SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime17/10/2012, 1:47 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.

"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Khaled berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik.

Justeru, beliau berkata, adalah wajar individu membiayai sebahagian pelaburan itu daripada ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai (orang awam).

"Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidak betul dari segi pelaburan pendidikan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hujah pembangkang bahawa Turki memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat, sebaliknya negara itu turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari serta pasca siswazah, dan keadaan tersebut sama seperti Malaysia.

Beliau berkata, Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6-18 tahun) dan keadaan ini sama dengan Malaysia, yang turut memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.

"Sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution, yang ditubuhkan pada 1961, dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) mengikut kadar inflasi semasa.

"Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58 peratus dan 2011 ialah 6.46 peratus. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5 peratus daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Khaled menyifatkan cadangan pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai janji populis tanpa mengkaji implikasinya.

Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.

Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.

"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - Bernama


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...-sedia-1.95275
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13017
Reputation : 7
Number of posts : 1048

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime17/10/2012, 3:53 pm

Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini

setuju dgn ni statement
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime17/10/2012, 10:16 pm

klu sdh pengajian 'free', xpayahla maw bsusah payah belajar lg...sbb 'free' kan...huhuhu...masuk jak mn2 institusi, free punya...
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 13017
Reputation : 7
Number of posts : 1048

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime18/10/2012, 4:29 pm

kualiti graduan pasti merosot sbb biasa la benda "free" jarang dihargai..maaf kpd yg bkn dlm golongan ni tapi aku pecaya yg trmasuk dlm golongan ni pasti lbh ramai hehehe
Back to top Go down
dzeta88
SUPERIOR
SUPERIOR
dzeta88

Female
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : lahad datu
Tag ID: : SFC 05696
Points : 14165
Reputation : 11
Number of posts : 2716

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime20/10/2012, 6:02 pm

itu adalah cara pemikiran yg ke belakang.. sepatutnya dah d beri pengajian free orang ramai lebih menghargai.. pernah ka kita terfikir kalau kita orang miskin dah di beri pinjaman oleh ptptn pas jak keluar kita tetap akan bayar, tak tau berapa tahun la kita bekerja nak bayar ptptn tu.. sampai bila kita dapat kumpul duit?? harga barang semuanya naik.. minyak pun naik.. berapa ringgit jak la kita dapat kumpul.. sepatutnya bersyukurlah ada bakal pemimpin yg ingin mansuhkan ptptn ni.. kalau orang kaya tu dia tak kisah la.. berapa bayaran pun dia sanggup.. tp orang yg sebaliknya?? kesian kan.. skrg kita perlu fikirkan masa depan kita dan anak cucu kita.. nak senang masa skrg, undi la yg skrg ni.. duit sentiasa d beri, bantuan ada, apa yg kamu mau apply jk la.. simpanan diri sndiri kena cari kerja lebih la..kalau nak masa depan yg terjamin, harga barang turun, harga kereta turun, kwsp untuk istri ada n mcm2 lagi yg bley anak cucu kta rasa.. pilih la parti yg bley memerintah dengan baik..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16978
Reputation : 75
Number of posts : 5575

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime16/11/2012, 6:39 am

dzeta88 wrote:
itu adalah cara pemikiran yg ke belakang.. sepatutnya dah d beri pengajian free orang ramai lebih menghargai.. pernah ka kita terfikir kalau kita orang miskin dah di beri pinjaman oleh ptptn pas jak keluar kita tetap akan bayar, tak tau berapa tahun la kita bekerja nak bayar ptptn tu.. sampai bila kita dapat kumpul duit?? harga barang semuanya naik.. minyak pun naik.. berapa ringgit jak la kita dapat kumpul.. sepatutnya bersyukurlah ada bakal pemimpin yg ingin mansuhkan ptptn ni.. kalau orang kaya tu dia tak kisah la.. berapa bayaran pun dia sanggup.. tp orang yg sebaliknya?? kesian kan.. skrg kita perlu fikirkan masa depan kita dan anak cucu kita.. nak senang masa skrg, undi la yg skrg ni.. duit sentiasa d beri, bantuan ada, apa yg kamu mau apply jk la.. simpanan diri sndiri kena cari kerja lebih la..kalau nak masa depan yg terjamin, harga barang turun, harga kereta turun, kwsp untuk istri ada n mcm2 lagi yg bley anak cucu kta rasa.. pilih la parti yg bley memerintah dengan baik..
oppps, ujung cerita ni lain macam sj bunyinya...pilih parti yg bole memerintah dgn baik???
klu turunkan faedah, itu lebih bgs...klu free, kualiti graduan rendah, macam mn masa depan mereka nanti...???
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15410
Reputation : 41
Number of posts : 3863

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime16/11/2012, 8:27 am

macam rmai juga yg kna ksi jdi biasiswa ptptn pelajar yg baik.sa rsa ni la yg terbaik.sbb pelajar yg berkeputusan baik ptptn jadi biasiswa.siapa yg kurang baik kena la byar balik.jdi pelajar dri kluarga yg kurang berpendapatan perlu la kerja keras klau tdk mau byar balik ptptn.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
Sponsored content




PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Empty
PostSubject: Re: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia   PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia Icon_minitime

Back to top Go down
 

PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: