SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Saya hanya mahu beruk' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Saya hanya mahu beruk' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Saya hanya mahu beruk'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

'Saya hanya mahu beruk' Empty
PostSubject: 'Saya hanya mahu beruk'   'Saya hanya mahu beruk' Icon_minitime4/1/2013, 11:48 am

'Saya hanya mahu beruk' Image
Patimah melihat ular sawa yang kekenyangan setelah menelan beruknya.

KUALA NERUS – “Saya tidak mahu minta apa-apa, tapi hanya perlukan seekor beruk untuk meneruskan hidup,” demikian kata Patimah Yong, 63, yang nyata masih lagi bersedih setelah beruknya yang menjadi sumber rezeki ditelan ular sawa kelmarin.

Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kematian beruk itu kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika anak bongsunya ingin keluar ke tempat kerja dan terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan tergantung pada rantai besi setelah menelan beruk yang diletakkan di hadapan rumah.

Malah dia juga tidak menolak kemungkinan bunyi bising monyet hutan pada malam kejadian merupakan petanda buruk yang akan menimpa beruk peliharaannya yang dipanggil Hitam.

Menurut Patimah lagi, kehilangan beruk yang lebih empat tahun ‘berkhidmat’ sebagai pemetik kelapa sememangnya memberi kesan baginya, kerana mereka sekeluarga kini hilang punca pendapatan.

“Selepas ini saya tidak tahu lagi bagaimana untuk meneruskan hidup, kerana tidak mampu untuk membeli beruk yang lain sebagai ganti.

“Ini kerana, harga seekor beruk yang terlatih dan boleh memetik kelapa mencecah ribuan ringgit dan saya juga tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada pelanggan tetap yang ingin mendapatkan bekalan kelapa selepas ini,” kata ibu tunggal kepada lima cahaya mata di kediamannya di sini, semalam.

Jelas wanita gigih itu lagi, kebanyakan pengusaha kuih dan makanan di sekitar kawasan berkenaan sememangnya mendapatkan bekalan kelapa darinya seminggu sekali.
Patimah berkata, Hitam antara 10 beruk yang pernah dimilikinya sebelum ini.

“Antara semua beruk yang saya pernah miliki sebelum ini, Hitamlah antara yang paling rapat dan mudah diajar dengan mampu memetik sehingga 200 biji kelapa sehari,” katanya yang kini tinggal bersama anak bongsu dan menantunya.

Katanya lagi, kini dia sekeluarga hanya mampu menunggu buah kelapa yang gugur untuk dijual, sementara menanti rezeki membeli beruk yang lain.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/saya-hanya-mahu-beruk-1.117859
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

'Saya hanya mahu beruk'

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: