SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Padah diploma ‘auta’ Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Padah diploma ‘auta’ Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Padah diploma ‘auta’

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15321
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Padah diploma ‘auta’ Empty
PostSubject: Padah diploma ‘auta’   Padah diploma ‘auta’ Icon_minitime4/1/2013, 11:45 am

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah dihukum penjara dua bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM1,500 sebagai balasan memberi penuntutnya kelulusan diploma tanpa menghadiri kuliah dan peperiksaan, tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas Elmy Shadzly Wahi, 41, menukar pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan dibuat 5 November tahun lalu kepada bersalah.


Bagaimanapun, mahkamah melepas dan membebaskan bekas pensyarah Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu bagi satu lagi tuduhan cuba memperoleh secara rasuah RM1,500 bagi tujuan sama.

Keputusan itu dibuat Rozilah selepas dimaklumkan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nur Lokman Samingan bahawa pihak mereka bersetuju menggugurkan tuduhan kedua sekiranya dia mengaku bersalah.


Berdasarkan tuduhan pertama, bapa kepada empat anak itu didakwa menerima RM1,500 secara rasuah daripada Muhammad Asrull Aizat Solehen sebagai balasan penuntutnya mendapatkan diploma bidang kulinari dari KLMU tanpa menghadiri kuliah dan peperiksaan.


Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Dataran Maybank Bangsar, No 1, Jalan Maarof, di sini, pada jam 3.30 petang, 13 Julai lalu.

Manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa secara rasuah cuba memperoleh RM1,500 daripada Muhammad Asrull Aizat bagi tujuan sama di Jalan Sri Ehsan 2, Taman Perindustrian Sri Ehsan, di sini, jam 8.30 malam, 16 Julai lalu.


Tuduhan bagi kedua-dua perbuatan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh diwakili peguam SI Rajah memohon hukuman ringan dengan alasan dia tidak lagi boleh bekerja dalam bidang pendidikan. Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan 23 Januari depan untuk jatuh hukum.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/20...054158/Article
__________________
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Padah diploma ‘auta’

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: