SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15443
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses Empty
PostSubject: Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses    Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses Icon_minitime4/1/2013, 10:11 pm

KUALA LUMPUR - Pakej Komunikasi Belia yang menawar rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar golongan berkenaan mendapat sambutan amat menggalakkan sehingga menyebabkan 'kesesakan' dalam talian semasa membuat pendaftaran.

Sejak permohonan dibuka pada 1 Jan, beberapa belia yang ditemui Bernama mengadu sukar mengakses laman web http://pakejkomunikasibelia.skmm.gov.my yang dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengisi borang permohonan secara dalam talian.


Antara rungutan mereka ialah masa terlalu lama diambil memuat naik maklumat peribadi mereka sehingga ada kalangan mereka yang sudah berputus asa.

Mereka berharap pihak yang berkenaan dapat mengatasi masalah itu secara mempertingkatkan kelajuan perkhidmatan laman web berkenaan.

Mohamad Fazli Nordin, 25, berharap pihak SKMM dapat menaiktaraf pengaksesan laman web itu memandangkan beliau tidak dapat membuat permohonan sejak bermula pada 1 Jan.

"Saya sanggup berjaga hingga lewat malam dengan harapan dapat mengakses dengan cepat dan mengisi borang, namun keadaan sangat menghampakan kerana menghadapi masalah sama sudah empat hari berturut-turut," katanya yang bertugas sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Semarak di sini.

"Sepatutnya sebelum permohonan dibuka SKMM perlu meningkatkan mutu pengaksesan laman web bagi memberi lebih banyak ruang kepada belia membuat permohonan kerana biasanya perkara seperti ini mendapat sambutan ramai," katanya kepada Bernama.

Kenny Lai, 22, Eksekutif Operasi sebuah syarikat pembuatan di Kuantan, Pahang, berkata walaupun insentif diberi kerajaan itu mendapat sambutan menggalakkan, pihak SKMM perlulah menaiktaraf akses laman web supaya orang ramai mudah memohon.

"Ramai rakan-rakan saya merungut dan risau akan terlepas rebat itu kerana ia hanya terhad kepada 1.5 juta belia berpendapatan RM3,000 ke bawah sahaja dan skim itu pula berasaskan siapa cepat dia dapat," katanya yang menghadapi masalah sama sejak dua hari lepas.

Yong Jin Jin, 21, mahasiswa tahun tiga sebuah universiti tempatan berkata beliau sudah berputus asa memohon berikutan kegagalan memasuki laman web sejak permohonan itu dibuka.

"Lagipun, saya rasa telefon bimbit pintar itu bukan satu keperluan bagi saya kerana di universiti sudah ada internet yang lancar. Telefon bimbit biasa sudah memadai bagi saya untuk berkomunikasi dengan keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Seorang pegawai SKMM yang enggan memberi nama berkata pihaknya sedang menaiktaraf pengaksesan laman web berkenaan bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan.

"Kami juga menerima banyak aduan dan pihak kami sedang membaik pulih perkhidmatan laman web itu bagi memberi ruang kepada belia membuat permohonan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, setakat ini lebih 200 ribu permohonan sudah diterima dan menganggarkan rebat itu akan habis diagihkan dalam masa beberapa minggu sahaja.

Pada perbentangan Belanjawan 2013 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah ditawarkan rebat RM200 untuk membeli telefon mudah alih 3G sebagai usaha kerajaan memberi 1.5 juta belia akses kepada gerbang maklumat dengan peruntukan RM300 juta.

Kemudian, pada 27 Dis lalu, SKMM mengumumkan belia boleh mendapatkan rebat RM200 itu ketika membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 sahaja daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik.

Namun dua hari lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju mereka boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan mendapat rebat RM200 itu, berkuatkuasa serta merta.- Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...akses-1.118066
__________________
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Kecewa laman web daftar rebat RM200 tidak boleh diakses

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: