Satu sindiket penipuan dikesan cuba memperdaya kakitangan kerajaan di sekitar Lembah Klang yang terlalu taksub untuk memiliki peralatan komunikasi terkini seperti komputer riba MacBook Pro, iPad mini dan telefon bimbit Samsung Galaxy Note dengan harga murah, sedangkan produk itu sebenarnya tidak wujud.
Akibat tawaran harga runtuh itu, mangsa yang sudah lama teringin peralatan berteknologi berkenaan mudah terpedaya dengan taktik sindiket terbabit yang mengaku kononnya barangan itu hasil rampasan kastam.
Modus operandi sindiket itu mudah. Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai kastam pada mulanya berpura-pura silap menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum menawarkan pelbagai peralatan komunikasi dengan harga murah yang sukar ditolak mangsa.
Berdasarkan perbualan dan nama tertera pada nombor akaun diberikan suspek, sindiket dipercayai didalangi satu pasangan yang menyasarkan kakitangan kerajaan.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zarul, 29, berkata, dia menerima mesej daripada lelaki itu yang menyatakan mahu menjual pelbagai peralatan komunikasi seperti Ipad3, MacBook Pro, Galaxy Note dan beberapa model komputer riba lain dengan harga murah
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html