rina01 SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : melaka Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/ Tag ID: : [B][I][url Points : 15443 Reputation : 31 Number of posts : 1806
| Subject: Gaji RM6,000 sukar beli rumah 8/1/2013, 12:35 pm | |
| Golongan berpendapatan sederhana rendah yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan berdepan kesukaran memiliki kediaman sendiri berikutan keghairahan pemaju dan spekulator yang mengambil sikap mementingkan diri dengan menaikkan harga rumah secara keterlaluan terutama di Lembah Klang.
Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, keluarga dengan pendapatan sebanyak itu hanya mampu membeli rumah yang berharga sekitar RM200,000 sedangkan boleh dikatakan tiada lagi unit baru yang dibangunkan dengan harga terbabit.
“Bagi isi rumah dengan pendapatan bulanan RM6,000 di mana kedua-dua pasangan bekerja, mempunyai sebuah kenderaan dengan seorang anak selain tanggungan kepada ibu bapa, akan mempunyai baki untuk simpanan kira-kira RM150 saja sebulan sekiranya mereka membeli rumah berharga RM400,000 seperti yang banyak dijual kini,” katanya.
sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/GajiRM6_000sukarbelirumah//Article |
|