SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bantulah saya selamatkan Suhaila... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bantulah saya selamatkan Suhaila... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bantulah saya selamatkan Suhaila...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15449
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Bantulah saya selamatkan Suhaila... Empty
PostSubject: Bantulah saya selamatkan Suhaila...   Bantulah saya selamatkan Suhaila... Icon_minitime5/3/2012, 9:03 pm

Bantulah saya selamatkan Suhaila... Image

SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya. Bila sakit menyerang, dia lebih suka berkurung dalam bilik.
Apabila kerap bersembunyi berjam-jam, kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena. Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng*gugut setiap kali datang bulan.

Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis, saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor. Tetapi, kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.

Kata pakar, anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan. Tetapi apabila pembedahan dilakukan, doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.

Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.

Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif. Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.

Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac ini belum mencukupi.

Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba*ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.

Pastinya ada yang berta*nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak*lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah*kan Suhaila kepada risiko.

Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap kekangan mendapatkan surat sokongan daripada hospital dapat disegerakan bagi menye*lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permudahkanlah usah saya ini. Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!


sumber; http://www.sinarharian.com.my/semasa/bantulah-saya-selamatkan-suhaila-1.29450
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Bantulah saya selamatkan Suhaila...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: