SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Hulur coklat sambil tarik tangan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Hulur coklat sambil tarik tangan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Hulur coklat sambil tarik tangan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15431
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Hulur coklat sambil tarik tangan Empty
PostSubject: Hulur coklat sambil tarik tangan   Hulur coklat sambil tarik tangan Icon_minitime20/5/2013, 10:50 pm

Hulur coklat sambil tarik tangan Image Nur Ezzati bersama adiknya, Muhammad Syazreel Haikal, 10, dan Megat Muhammad Arif, 3, menunjukkan laporan polis dan fotofit suspek KEMAMAN– “Lelaki itu hulur coklat, tapi saya tak ambil lalu dia hulur sekali lagi sambil tarik tangan saya. Saya sempat tepis dan berlari ke arah rumah,” kata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Nur Ezzati Nadhirah Amaram yang nyaris menjadi mangsa culik ketika pulang dari sekolah, Rabu lalu. Ketika kejadian kira-kira jam 1.30 petang, sebuah van berwarna perak secara tiba-tiba berhenti berdekatan Nur Ezzati ketika dia berjalan pulang keseorangan kira-kira 200 meter dari rumahnya. Menceritakan detik menakutkan itu, Nur Ezzati yang masih trauma berkata, selepas sebuah van berhenti, seorang lelaki berkulit gelap dipercayai Melayu turun dari van lalu menegurnya dan mahu menyerahkan sekeping coklat. “Dia tegur saya ‘Adik nak coklat tak? Abang kenyang dah, ambillah’ sambil hulur coklat, tapi saya tak cakap apa-apa sebab takut dan ingat pesan mama yang melarang saya bercakap dengan orang tak dikenali. Lepas saya tepis tangan dia, saya lari sekuat hati ke arah rumah, waktu saya toleh ke belakang saya tengok van itu mengundur dan berlalu pergi. “Waktu lihat van itu, saya tengok ada antara empat atau lima orang lelaki dan semuanya pakai cermin mata hitam termasuk lelaki yang hulur coklat,” katanya semalam kepada Sinar Harian. Jarak sekolah dan rumahnya hanya kira-kira 500 meter dan ketika kejadian, Nur Ezzati melalui hadapan padang futsal Binjai dan pulang sekolah agak lewat kerana menjalani latihan untuk sambutan Hari Guru. “Mulut lelaki itu senget sedikit sebelah kiri dan pakai baju berwarna gelap. Dia macam sebaya abah saya, mungkin dalam lingkungan umur 40-an. "Saya sempat tengok nombor pendaftaran van itu yang bermula dengan huruf T dan nombor 3 di belakang,” katanya yang mengakui takut untuk ke sekolah kerana khuatir akan berulang perkara sama. Sementara itu, ibu Nur Ezzati yang juga suri rumah, Roziah Harun, 43, berkata, dia terduduk apabila mengetahui kejadian yang menimpa anaknya itu selepas pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Katanya, pada waktu pagi hari kejadian, dia menghantar anak ketiganya itu ke sekolah seperti biasa namun tidak mengambil anaknya itu pada waktu pulang sekolah kerana berada di Kuala Terengganu bagi menyelesaikan urusan. Berikutan itu, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Chukai kira-kira jam 10.27 malam pada hari sama dan fotofit suspek pula siap kelmarin. “Saya sendiri pun trauma, pada malam itu saya terkejut dalam tidur dan masih teringatkan kejadian yang menimpa anak saya. Tapi saya syukur sebab anak selamat. “Jadi saya harap ibu bapa, masyarakat dan anak berjaga-jaga kerana kita tidak mahu peristiwa yang menimpa anak saya ini berlaku lagi. Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi dan memberi ingatan kepada anak untuk elak kejadian culik berlaku,” katanya sambil berharap polis dapat membuat rondaan lebih kerap terutama ketika waktu pergi dan pulang dari sekolah. Katanya, kejadian itu perlu dipandang serius kerana kes culik yang kerap terjadi di kawasan Pantai Barat sebagaimana yang disiarkan media massa sekarang turut berlaku di Pantai Timur. sumber;http://www.sinarharian.com.my/hulur-coklat-sambil-tarik-tangan-1.161512
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
roseflame
FRESHIE
FRESHIE


Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : sioloon
Points : 8539
Reputation : 1
Number of posts : 9

Hulur coklat sambil tarik tangan Empty
PostSubject: Re: Hulur coklat sambil tarik tangan   Hulur coklat sambil tarik tangan Icon_minitime21/5/2013, 10:05 am

bahaya la skrg ni mcm2 trick dorang nak culik.nsb bek adik tu slamat
Back to top Go down
 

Hulur coklat sambil tarik tangan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: