ZAN SUHAILA bersama anaknya, Maryam Sofea sebak selepas tidak dibenarkan menaiki pesawat AirAsia di Bandar Ho Chi Minh pada Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR - Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) menjelaskan bahawa pihaknya telah membawa pulang Izan Suhaila Mohd. Ali dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza dari Vietnam ke Malaysia setelah mendapati bayi itu sihat dan boleh menaiki pesawat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, pihaknya telah membawa Maryam Sofea, 14 bulan, ke sebuah klinik tempatan pada hari Ahad lalu dan bayi itu disahkan sihat.
Jelasnya, bayi berkenaan sudah sembuh dan parut di badan bayi tersebut hanyalah kuping kering serta tidak berisiko untuk menjangkiti orang lain.
"Sehubungan itu, kakitangan kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi membantu ibu dan anak berkenaan untuk pulang ke tanah air menerusi penerbangan MH759 yang berlepas dari Bandar Ho Chin Minh pada pukul 4.40 petang kelmarin (Ahad)," katanya.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm