SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15323
Reputation : 31
Number of posts : 1806

SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal Empty
PostSubject: SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal   SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal Icon_minitime21/5/2013, 11:03 pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas tidak kekal lama selepas dicalit.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berdasarkan pengalaman pertama itu, SPR yang mengadakan mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13' untuk meneliti hal-hal berkaitan dakwat kekal itu.

Beliau berkata pasukan itu antara lain akan mengkaji aspek ramuan, syarat Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal dan kaedah calitan dakwat kekal di jari.

Pasukan itu juga akan meneliti hasil ujian yang telah dibuat sebelum dan selepas dakwat itu dihantar ke Malaysia.

"SPR menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi lebih daripada sekali oleh seseorang pengundi namun penggunaan itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada parti politik, calon dan pengundi bahawa dakwat kekal itu tidak kekal lama melekat di jari pengundi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata pasukan khas itu dijangka menyiapkan penyiasatan dalam tempoh sebulan dan ia diharap dapat membantu SPR mengenal pasti perkara-perkara yang menyebabkan dakwat itu tidak kekal lama di jari selepas dicalit.

Beliau berkata SPR juga memandang serius perbuatan pihak-pihak tertentu yang menyebarkan rakaman video, tulisan dan gambar melalui laman sosial, media cetak dan portal berita berhubung tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas mengenai SPR.

"Antara tuduhan itu ialah warga asing mengundi dalam PRU13, kejadian lampu padam semasa pengiraan undi, berlaku tiga tong undi hilang di pusat penjumlahan rasmi undi di Putrajaya, peti undi diturunkan dari helikopter dengan tujuan memenangkan pihak tertentu.

"Selain itu, kenderaan SPR membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi dengan tujuan untuk memanipulasi keputusan pengundian, petugas SPR meminta ejen calon menandatangani Borang 14 sebelum tamat proses pengiraan undi, terdapat pengundi hantu dan pengundi dari Sabah dan Sarawak diangkut untuk mengundi di beberapa negeri," katanya.

Abdul Aziz berkata SPR mendapati semua tuduhan dan dakwaan itu tidak berasas, tidak benar dan boleh mengelirukan rakyat serta mendatangkan ketidaktentuan dalam negara.

Berikutan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bagi menjaga nama baik dan integriti SPR sebagai sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pilihan raya.

"SPR akan meneruskan sesi penerangan dan penjelasan berhubung isu-isu PRU ke-13 bagi memberikan maklumat dan fakta yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai kaedah termasuk media massa.

"SPR juga menasihatkan orang ramai supaya menapis maklumat-maklumat yang dibaca terutama dari media sosial dan jika perlu, orang ramai boleh menghubungi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan sesuatu isu itu," katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/spr-tubuh-pasukan-khas-siasat-punca-dakwat-tak-kekal-1.162499
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10993
Reputation : 19
Number of posts : 1183

SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal Empty
PostSubject: Re: SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal   SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal Icon_minitime22/5/2013, 7:28 am

memang dakwat tu tak kekal..boleh cuci dan akan hilang dengan serta merta. Pasal pengundi hantu tu, kita dh tengok dlm video2 d dalam youtube dan FB.. sah sah bangladesh pegang Mykad nk baris g undi. Kalau dia rakyat Malaysia memang dia akan pertahankan hak dia, tapi dia x cakap apa2 pn..mmg x tau nk ckp Malaysia..
Back to top Go down
 

SPR tubuh pasukan khas siasat punca dakwat tak kekal

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: