SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Mual tengok restoran dapur mamak kotor' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Mual tengok restoran dapur mamak kotor' Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Mual tengok restoran dapur mamak kotor'

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15431
Reputation : 31
Number of posts : 1806

'Mual tengok restoran dapur mamak kotor' Empty
PostSubject: 'Mual tengok restoran dapur mamak kotor'   'Mual tengok restoran dapur mamak kotor' Icon_minitime13/6/2013, 4:59 pm

'Mual tengok restoran dapur mamak kotor' Image

BUKIT SENTOSA - Ramai dalam kalangan pengunjung sangsi dengan status halal dan kebersihan makanan di beberapa restoran mamak dalam daerah ini berikutan wujud dakwaan kebanyakan pekerja mereka adalah bukan Islam.

Pemilik atau pengusaha restoran menjadikan pekerja warga asing dari India, Bangladesh dan Nepal yang bukan Islam sebagai penyelia, tukang masak dan pelayan.

Perkara itu didedahkan seorang penduduk di Bukit Beruntung, dekat sini apabila dia sendiri berdepan dengan pekerja India di sebuah restoran mamak di sini yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Saya pasti apa yang saya lihat dan tanya sendiri adalah pekerja India di restoran itu dan dia bukan Islam.

“Apabila saya ke dapur, minta maaf cakap, kotor dan memualkan seperti setahun tidak dibersihkan,” katanya.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Jaffar, 44, berkata, bukan seorang pekerja yang bukan Islam bekerja di restoran tersebut tetapi lebih termasuk warga Indonesia.

Menurutnya, restoran dimaksudkan mempunyai ramai pelanggan Islam yang mungkin tidak tahu mengenai perkara itu.

Jaffar turut mendakwa, restoran yang beroperasi lebih lima tahun itu sering bertukar pekerja sehinggalah sekarang lebih ramai pekerja warga Indonesia.

“Saya percaya, mereka ambil pekerja warga Indonesia sebab banyak aduan mengenai pekerja bukan Islam.

“Jadi, untuk elak dituduh bukan-bukan maka pengusaha restoran ambil pekerja Indonesia,” katanya.

Tambah Jaffar, restoran tersebut juga tidak dikendalikan pemiliknya sebaliknya disewa kepada orang lain.

Ayat al-Quran sebagai simbolik kedai Islam

Sebelum isu ini dibangkitkan, media massa pernah melaporkan tindakan segelintir pengusaha restoran mamak yang meletakkan gambar ayat al-Quran, kalimah Basmalah, ayat Qursi dan nama ALLAH SWT serta Muhammad SAW bertujuan mengaburi mata pengunjung beragama Islam.

Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak kerana tindakan pengusaha restoran sememangnya menyalahi undang-undang. Malah, ketika itu timbul isu penggunaan logo halal tidak diiktiraf.

Paid ambil tindakan

Sinar Harian mendapatkan sedikit maklum balas daripada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Hulu Selangor mengenai isu tersebut. Susulan itu, Paid daripada Bahagian Kajian dan Penyelidikan turun meninjau restoran dimaksudkan.

Bagaimanapun, Sinar Harian gagal menerima maklumat lanjut mengenai tindakan diambil dan usaha menghubungi pegawai berkenaan gagal.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan kali kedua Sinar Harian ke restoran tersebut semalam mendapati, penyelia restoran diberikan sepucuk kertas oleh pegawai Paid dipercayai notis berkaitan kompaun.

Pengunjung restoran dikenali sebagai Ali, 39, berkata, pegawai Paid itu dilihat menyoal penyelia dan pekerja restoran tersebut dan meninjau bahagian dapur, tandas dan ruang legar.

“Saya nampak pegawai itu ke dapur selepas itu dia mengarahkan pekerja restoran terbabit supaya bersihkan bahagian restoran yang kotor.

“Pegawai yang datang bersendirian itu turut berikan kertas dipercayai notis amaran atau kompaun kepada penjaga kaunter,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Junainah Abdullah berkata, pihaknya hanya mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establismen Makanan 2007 MDHS, di mana tiada syarat untuk premis Muslim atau bukan Muslim mendapatkan lesen perniagaan makanan.

Menurutnya, MDHS hanya menyatakan berkaitan kriteria atau syarat kebersihan premis.

“Bagi premis makanan, pemeriksaan secara rutin melalui Unit Penggredan Premis Makanan di bawah Bahagian Kesihatan Awam MDHS, iaitu pemeriksaan mengikut UUK 2007 MDHS.

“Ini termasuk pemeriksaan kebersihan, suntikan dan kursus pengendali makanan. Setiap premis yang diperiksa akan diletakkan gred A, B, C bagi penentu aras kebersihan,” katanya.

Menurutnya, satu lagi UUK yang digunakan adalah UUK Pengendali Makanan yang mensyaratkan aktiviti dan kesihatan bagi pekerja seperti pemeriksaan kesihatan, pencemaran makanan, perkakas dan sebagainya.

Katanya, bagi setiap kesalahan yang melanggar UUK MDHS boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM1,000.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/mual-tengok-dapur-kotor-1.170624
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

'Mual tengok restoran dapur mamak kotor'

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: