SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Pengerusi NGO parah ditembak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
 Pengerusi NGO parah ditembak Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

  Pengerusi NGO parah ditembak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

 Pengerusi NGO parah ditembak Empty
PostSubject: Pengerusi NGO parah ditembak    Pengerusi NGO parah ditembak Icon_minitime28/7/2013, 11:58 am

 Pengerusi NGO parah ditembak Xpix_gal1.pagespeed.ic.Qoji8fer0W

Seremban: Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna perak.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau, dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok.

"Tiba-tiba muncul sebuah motosikal Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki dipercayai berbangsa India.

"Pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya melepaskan sedas tembakan dari jarak dekat dan mengenai rusuk kanan mangsa sebelum suspek turun dan cuba menghampiri kereta terbabit.

"Bagaimanapun, mangsa yang dalam kesakitan berjaya memecut keretanya manakala kedua-dua suspek dikatakan berpatah balik ke arah Rompin untuk melarikan diri," katanya.

Hamzah berkata, kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, rakan mangsa berjaya memberhentikan kereta itu dan mengalih mangsa ke tempat duduk belakang sebelum memecut ke hospital.

"Setakat ini, tiada saksi mengecam suspek malah mangsa juga tidak mengesyaki sesiapa. Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Pilah dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Menurut Hamzah, polis melakukan siasatan terperinci dari segenap aspek bagi mengetahui motif serangan serta mengesah suspek terbabit.

Katanya, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melakukan siasatan dengan diselia pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

"Saya tidak dapat memberikan komen lanjut kerana siasatan masih dijalankan dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk mengaitkan mana-mana pihak dalam kejadian ini.

"Kita membuka siasatan kes ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya.

Sementara itu, media pada Februari lalu melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di Jelebu.

Serentak itu, polis kontinjen negeri menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan itu.





sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2013072800232420130728002324/MA/Article
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

Pengerusi NGO parah ditembak

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: FORUM OVERVIEW :: OTHERS-
Jump to: