|
Author | Message |
---|
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Spears masuk perangkap 31/1/2008, 1:18 am | |
| Spears masuk perangkap
Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bharian.com.my
Teman lelaki peralat untuk bina karier
BARANGKALI memang sudah ditakdirkan dalam hidup Britney Spears bahawa insan popular, ternama dan kaya sepertinya memang sukar untuk menemui cinta sejati. Selepas rumah tangga yang dibinanya bersama Kevin Fiderline berkecai di pertengahan jalan, Britney yang baru saja menjalinkan hubungan dengan seorang jurugambar bebas, Adnan Ghalib, kini dilaporkan kembali bersendirian.
Berita perpisahan antara Britney dan Adnan mungkin mengejutkan sesetengah pihak kerana sebelum ini ikatan cinta pasangan merpati dua sejoli ini begitu kuat sehingga tidak mungkin dapat dipisahkan lagi. Mereka berdua ibarat belangkas dan terlalu banyak yang dicurahkan Britney termasuk kasih sayang dan wang ringgit.
Sebelum ini pernah dilaporkan Britney membelikan Adnan sebuah Mercedes untuk membawanya bersiar-siar.
“Britney mencurahkan Adnan dengan hadiah kerana dia begitu terdesak untuk memastikan Adnan sentiasa di sisinya," kata sumber itu kepada akhbar Internet, Mail Online.
Malah, teman Britney pernah mendakwa penyanyi itu mencintai jejaka berusia 35 tahun itu dengan sepenuh hati dan merancang untuk mengahwininya dan memeluk Islam. Paling mengejutkan, penyanyi yang mula mengecapi populariti menerusi lagu Baby One More Time ini menyatakan kesediaannya memalsukan kematiannya untuk memulakan hidup baru bersama Adnan di Pakistan. Begitulah hebatnya panahan asmara lelaki kelahiran Birmingham ini.
Namun harapan kini hanya tinggal impian. Ikatan yang terjalin dalam jangka masa yang singkat itu akhirnya terlerai juga. Britney meninggalkan lelaki itu selepas mendapat tahu bahawa tiada keikhlasan dalam hubungan mereka berdua. Dan kemarahan Britney semakin memuncak apabila menyedari Adnan cuba mempergunakan dirinya semata-mata untuk meningkatkan kariernya.
Tindakan Adnan menyiarkan gambar Britney untuk agensi yang dinaunginya membuatkan penyanyi itu naik angin kerana ia boleh menjejaskan kerjaya seninya.
Agensi Britney menerusi laman web mengatakan, “Britney melahirkan kekecewaannya dan amat marah terhadap Adnan dan agensi kerana membuat pakatan sulit untuk menjual gambar yang merakamkan aksi mereka berdua sedang membeli alat pengesan kehamilan.”
Simpati buat Britney kerana baru saja menyedari bekas teman lelakinya itu sebenarnya berniat jahat sewaktu menjalinkan hubungan dengannya. Bukan tidak ada amaran supaya Britney berfikir panjang sebelum menerima kehadiran Adnan cuma dia saja yang berdegil dan tidak mahu mengendahkannya. Rancangan jahat Adnan terbongkar apabila dua tahun lalu, Adnan pernah memberitahu keluarga dan rakannya akan hasratnya untuk memikat bintang Hollywood supaya beliau memperoleh cerita eksklusif yang akan dijualnya dengan harga yang tinggi. Adnan turut didakwa memaklumkan kepada rakannya akan menjadikan Britney sebagai sasaran selepas melihat ketidakstabilan emosi penyanyi itu.
Pun begitu, walau sekuat manapun cinta mereka namun Britney tetap menghadapi kesukaran untuk menoktahkan kisah cinta mereka berdua dengan ingatan perkahwinan berikutan isteri bekas kekasihnya itu mendakwa mereka masih belum bercerai. Azlynn Berry, model dan perunding kecantikan, sebelum ini mengambil sikap membisu mengenai hubungan suaminya dengan Britney.
Dalam temu ramah dengan rancangan Access Hollywood, dia berkata, "Satu-satunya cara dia (Adnan) boleh berkahwin dengan Britney ialah dengan melangkah mayatnya dulu.
"Saya sangka dia menjalankan tugasnya dan cuba untuk mendapat keyakinan penyanyi itu untuk merakamkan gambarnya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Azlynn yakin perkahwinan itu takkan berlaku kerana dia mengenali sikap Romeo suaminya itu. Dan melihat apa yang berlaku ternyata ramalan AzLynn tidak tersasar. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 31/1/2008, 11:11 am | |
| kena lagi britney ni isk... isk... isk... |
|
| |
ap_opticlassic REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : Tawau Tag ID: : 2822 Points : 12159 Reputation : 0 Number of posts : 492
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 14/6/2008, 3:47 pm | |
| KEsian dia nie kan....kenak kasi main2 jak he3... BuLih2 Suda Tu Tau..he3.. |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 14/6/2008, 4:21 pm | |
| Lelaki tu mengambil kesempatan saja sama c britney........ |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12620 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 14/6/2008, 4:29 pm | |
| |
|
| |
TRU247 CONTRIBUTOR
Age : 37 location : Penampang Points : 12114 Reputation : 0 Number of posts : 1000
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 17/6/2008, 10:03 pm | |
| kesian dia.. tdk tau bila la nasib dia ni berubah.. |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 18/6/2008, 10:19 am | |
| sudahlah malang..bertambah-tambah lagi malang...kesian mei gan akulah... |
|
| |
shahrul_sky REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : Taman Bersatu Putatan Tag ID: : SFC00119 Points : 12805 Reputation : 3 Number of posts : 496
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 18/6/2008, 12:41 pm | |
| |
|
| |
ikankalui PARTNER
Countries/State : Age : 47 location : Putatan-Kota Kinabalu Website : www.dcl2u.webs.com Points : 12579 Reputation : 0 Number of posts : 1209
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 18/6/2008, 4:41 pm | |
| Kalu saya...saya mo naik Toyota Corolla AE111 Carib saja...cukup laaa |
|
| |
csilusz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : Tambunan-lahad datu Tag ID: : SFC 03201 Points : 12012 Reputation : 0 Number of posts : 1494
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 10/8/2008, 9:01 pm | |
| huhuhu... hahah siapa suruhh |
|
| |
Silent_Night CONTRIBUTOR
Age : 37 location : Keningau-Kota Kinabalu Tag ID: : 3910 Points : 12014 Reputation : 1 Number of posts : 1137
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 12/12/2008, 1:43 pm | |
| adei...harap2 dia nda jadi gila tu... |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12513 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 7/5/2009, 2:10 pm | |
| apa bole buat kesian |
|
| |
wanababe88 JUNIOR
Countries/State : Age : 36 location : L.I.K.A.S Points : 11397 Reputation : 1 Number of posts : 82
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 22/6/2009, 12:05 am | |
| |
|
| |
lovelycreature JUNIOR
Countries/State : Age : 45 location : Sem4na Tag ID: : SFC 06927 Points : 11402 Reputation : 1 Number of posts : 148
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 12/7/2009, 2:28 am | |
| apalarrr pula pas ni aar.... cian dealooo.... |
|
| |
Princess_Cutie01 REGULAR
Age : 34 location : Sabah Points : 12450 Reputation : 0 Number of posts : 384
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 23/8/2009, 5:45 am | |
| dia ni macam hilangakal.. mau masuk tanjung rambutan ba ni.... |
|
| |
baby_puteranaga2 MODERATOR
Countries/State : Age : 34 location : W.P Labuan Tag ID: : SFC 05324 Points : 17996 Reputation : 16 Number of posts : 6512
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 14/9/2009, 7:44 pm | |
| huuhu cian juga ngan spears ni... ada jak malang timpa dia... |
|
| |
azroy_five REGULAR
Age : 40 location : k@y K@y Points : 13220 Reputation : 0 Number of posts : 314
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 14/9/2009, 7:55 pm | |
| aduih.... mlangnya nasib spears ni.... erm nasi dh jd bubur..... |
|
| |
FAREL SENIOR
Countries/State : Age : 36 location : kundasang,Ranau Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC13231 Points : 11506 Reputation : -7 Number of posts : 818
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 3/5/2010, 8:32 pm | |
| pa bleh buat la......da hanyut kn2kn....... |
|
| |
Kornurts SIFU
Countries/State : Age : 34 location : KK**TAWAU** Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew] Tag ID: : SFC 15951 Points : 18885 Reputation : 128 Number of posts : 8256
| Subject: Re: Spears masuk perangkap 21/10/2010, 10:24 pm | |
| kasian bah c spears ni...ada perasaan jg dia tu.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Spears masuk perangkap | |
| |
|
| |
|