SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kereta anti alkohol.. - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kereta anti alkohol.. - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kereta anti alkohol..

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12429
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime4/12/2007, 4:10 pm

First topic message reminder :

Oleh Zamri Mahmud
zamri@hmetro.com

Kereta anti alkohol.. - Page 2 253979.1-lg


Pemanduan selamat teknologi Nissan
NISSAN Motor Co Ltd terus mengorak langkah memanfaatkan teknologi untuk keselesaan memandu kenderaan membabitkan jenama itu. Terbaru Nissan mengambil tindakan proaktif meningkatkan keselamatan ketika memandu melalui teknologi baru direka termasuk khusus untuk menangani gejala mabuk ketika memandu.

Melalui model Fuga sedan, beberapa kaedah diuji sejak pertengahan tahun ini untuk mengesan tahap ‘kesedaran’ pemandu dan mengaktifkan alat pencegahan apabila terdapat tanda kelesuan atau dipengaruhi alkohol termasuk menghentikan kenderaan terbabit.

Nissan membangunkan kereta konsep ini sebagai platform untuk mendedahkan kemajuan besar dicapai dalam teknologi berpotensi dilaksanakan dalam pengeluaran kereta pada masa depan.

Ketika Lawatan Media Nissan di Tokyo sempena Tokyo Motor Show 2007 penghujung Oktober lalu, wakil media dibawa melawat ke New Advanced Technology Centre (NATC) dan diberi taklimat serta berpeluang melihat kemajuan teknologi dibawa Nissan untuk keselamatan di atas jalan raya.

NATC ditubuhkan untuk meningkatkan penyelidikan dan kejuruteraan masa depan menerusi penemuan teknologi terkini untuk pembinaan produk generasi akan datang. Teknologi masa depan dibangunkan bertumpu kepada penggunaan enjin mesra alam dan mewujudkan masyarakat yang selamat ketika di jalan raya.

Pengesanan alkohol melalui bau

Pengesan bau alkohol yang amat sensitif dicipta dan diletakkan pada tombol gear dan bertindak menerusi peluh pada tapak tangan pemandu. Ia mampu mengesan kehadiran alkohol dalam badan seseorang sebaik saja menyentuh tombol gear.

Apabila tahap alkohol didapati melebihi had sepatutnya secara automatik transmisi dikunci dan kenderaan akan terhenti.

Suara amaran ‘pemanduan mabuk’ juga dipaparkan pada sistem navigasi kenderaan terbabit.

Selain itu, alat tambahan turut disediakan pada tempat duduk pemandu dan penumpang bagi mengesan kehadiran alkohol dalam udara. Apabila alkohol dikesan, amaran bersuara dan mesej akan dipaparkan menerusi monitor pada sistem

navigasi.

Pengesanan melalui mimik wajah

Kamera dipasang pada alat papan pemuka dan mengawasi wajah pemandu untuk mengenal pasti tahap ‘sedar’ ketika memandu melalui kerlipan mata.

Apabila sistem berkenaan mengesan tanda-tanda mengantuk, suara dan mesej akan muncul pada sistem navigasi.

Langkah keselamatan juga ditambah pada tali pinggang dengan mengetatkan ikatan secara automatik untuk menarik perhatian pemandu.

Pengesanan menerusi tingkah laku pemanduan

Sistem ini bertindak mengawasi tingkah laku pemanduan terhadap kenderaan, antaranya apabila ia melencong daripada laluan sebenar. Sistem yang dilaksanakan mampu mengenal pasti tanda-tanda kurang tumpuan terhadap pemanduan seseorang pemandu. Suara dan mesej akan dipaparkan menerusi sistem navigasi dan tali pinggang turut diketatkan secara automatik bagi menyedarkan pemandu.

Julai lalu Nissan itu menguji alat mengesan pernafasan pemandu yang disediakan dalam kenderaan dengan kerjasama beberapa pihak berkuasa tempatan di Jepun. Sistem ini bertindak memberhentikan kenderaan apabila paras alkohol didapati melebihi paras dibenarkan.

Nissan mengambil langkah bersepadu terhadap sistem keselamatan dalam teknologi pembuatan kenderaan. Bagi mencapai persekitaran pemanduan selamat, Nissan melaksanakan Intelligent Transport System Project (ITS) di wilayah Kanagawa bagi mengurangkan kemalangan jalan raya melalui analisis data lalu lintas.

Di Jepun, wawasan Nissan ialah untuk mengurangkan sehingga separuh kematian atau kecederaan parah membabitkan jenama itu menjelang 2015 berbanding 1,391 kes pada 1995.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza

AuthorMessage
Street_Mover*
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Street_Mover*

Male
Age : 40
location : Kota Kinabalu
Points : 12378
Reputation : 0
Number of posts : 1237

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime11/12/2007, 10:45 pm

jipun ada nissan......

kita, ada nizan !!!!! Tiara 4E-FTE .....hehehehe

kambang lah tu munyit tu.......

heytang wrote:
pintar betul engineer2 nissan ni
Back to top Go down
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13863
Reputation : 34
Number of posts : 5595

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime12/12/2007, 12:16 am

hahaha!!! kau ni kan ady... lolx. KK pun ada nizan!! dia kereta pun hybrid ma, hybrid proton+citroen+toyota... hehe
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12542
Reputation : 0
Number of posts : 834

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime13/12/2007, 7:00 pm

ko ni street....ndak ka c nizan marah ko ckp mcm 2....hehehe
Back to top Go down
Nieto
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
Nieto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 01287
Points : 13863
Reputation : 34
Number of posts : 5595

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime13/12/2007, 7:03 pm

mana dia pandai marah, haha
Back to top Go down
xiaomao
MODERATOR
xiaomao

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota kinabalu,sabah
Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361
Tag ID: : 00735
Points : 14027
Reputation : 24
Number of posts : 7994

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime14/12/2007, 9:29 am

nanti ketawa kuat2 tu....kekeke.....
Back to top Go down
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12542
Reputation : 0
Number of posts : 834

Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime14/12/2007, 4:20 pm

Hahaha...yaka...bguslah mcm 2...
Back to top Go down
Sponsored content




Kereta anti alkohol.. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kereta anti alkohol..   Kereta anti alkohol.. - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kereta anti alkohol..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: