|
|
Author | Message |
---|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: ALKOHOL DAN ANDA 26/10/2008, 4:58 pm | |
| KETAGIHAN ALKOHOLDari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.KESAN FIZIKAL• Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. • Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. • Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis. • Ulser dan gastritis • Kecederaan otak dan masalah saraf • Masalah jantung dan tekanan darah • Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut • Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan • Masalah seksual • Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS) SINDROM ALKOHOL JANIN (FEOTAL ALCOHOL SYNDROME - FAS)FAS merupakan satu gejala yang sangat serius yang boleh dicegah. Ia boleh memberi kesan buruk kepada mangsa serta keluarganya. Kanak-kanak yang menghidapi FAS akan menderita sepanjang hayatnya akibat dari kesan masalah ini. Bayi yang lahir dengan FAS akan mengalami: • Kekurangan berat badan. • Kurang tinggi • Kepala kecil • Masalah jantung • Kecacatan kaki-tangan serta sendi • Koordinasi yang lemah • Hilang ingatan • Masalah pembelajaran
Masalah-masalah lain yang akan dialami oleh mangsa ialah masalah kesihatan mental, zaman persekolahan yang terganggu, kelakuan seksual yang luarbiasa, menghadapi masalah undang-undang, masalah dadah dan alkohol serta sukar menjaga diri dan anak-anak mereka. Mereka sering menjadi kutu rayau.
ALKOHOL DAN KANSER Meminum minuman keras menjadikan rawatan terhadap kanser tidak berkesan. Sebagai contoh: • Jika anda memerlukan pembedahan, alkohol di dalam badan akan menimbulkan masalah dengan ubat bius (anesthesia). • Jika anda dirawat dengan kemoterapi, dan mungkin terdapat kudis dalam mulut anda, alkohol akan memburukkan lagi keadaan. • Jika anda memerlukan rawatan radiasi/kemoterapi, anda perlu makan dengan betul untuk menguatkan diri anda. Meminum minuman keras boleh mengganggu tabiat makan dan membantutkan penyembuhan. • Penyalahgunaan alkohol mengganggu keupayaan anda menghadapi masalah kanser, tekanan perasaan dan emosi yang berkaitan dengannya.MASALAH TINGKAHLAKU DAN TEKANAN EMOSI• Alkohol boleh menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu di luar batas kawalannya seperti memandu terlalu laju dan amalan-amalan lain yang merbahaya. • Perubahan ragam atau mood seperti marah, ganas, murung dan mungkin ke peringkat ingin membunuh diri dengan pengambilan alkohol yang berlebihan. • Boleh mengakibatkan hilang daya ingatan dan kewarasan (paras pengambilan alkohol yang tinggi menghalang daya ingatan yang baik). • Membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Kadar perceraian meningkat di kalangan penagih arak dan anak-anak mereka mengalami tekanan perasaan yang berpanjangan. • Penagih arak juga menghadapi penurunan prestasi kerja, masalah pergaulan dengan pekerja-pekerja lain dan majikan. Anda memerlukan bantuan profesional sekiranya:• Menghadapi masalah daya ingatan atau pengsan kerana minum. • Anda tidak boleh hidup tanpa meminum alkohol. • Gagal mengawal tabiat minum anda walaupun anda mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh tabiat buruk ini. • Perlu minum banyak alkohol untuk mengatasi gejala seperti sakit kepala, kesejukan, menggigil dan ketagihan arak yang teruk. • Tabiat minum ini menjejaskan kerja, persekolahan dan pergaulan anda dengan orang lain. • Perlu mengambil alkohol untuk mengatasi masalah hidup atau melarikan diri dari masalah yang dihadapi • Melakukan kegiatan yang berisiko tinggi seperti mengadakan hubungan seks yang tidak selamat dan rambang setelah minum.. • Melakukan beberapa kesalahan undang-undang seperti memandu dalam keadaan mabuk • Mendapat aduan dari kaum keluarga dan sahabat handai serta majikan mengenai tabiat buruk anda ini. • Tidak suka bergaul dan terasing selepas mengambil alkohol.RAWATANKetagihan alkohol boleh diwarisi . Kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol di kalangan lelaki dan wanita adalah 4 kali ganda jika ibu bapa mereka juga penagih alkohol. Penagihan alkohol perlu dirawat sebagai satu penyakit. Ini adalah penting dan cara yang baik untuk mengatasi masalah minum arak ini ialah dengan berhenti meminumnya. Dua jenis ubat yang boleh diberi untuk merawat masalah ini adalah ubat yang dikenali sebagai antabuse (tidak terdapat di Malaysia). Ubat ini boleh menimbulkan reaksi fizikal yang teruk sekiranya pesakit meminum alkohol semasa mengambil ubat ini. Kedua ialah ubat Naltrexone (terdapat di Malaysia), ia menyekat keinginan untuk meminum arak dan merasa nikmat kemabukannya.PELIHARA DIRI ANDAJika anda seorang peminum tetapi masih belum mencapai tahap menyalahgunakannya, lebih baik berhenti sahaja sebelum terlambat. Lebih cepat anda berhenti lebih baik peluang anda terselamat dari kesan fizikal dan psikologikal yang serius. • Langkah pertama dan yang terbaik untuk mengelak diri anda dari menjadi penagih alkohol adalah dengan mengakui diri anda sebagai seorang peminum. • Ubah gaya hidup anda. Jauhi dari tempat-tempat yang boleh menyajikan alkohol (kelab malam, parti dan majlis tari menari) sehinggalah anda boleh mengawal diri anda dari minum. Apabila anda berjaya mengatasi masalah ini, mintalah jus, soda atau kopi sebagai ganti, jika anda menghadiri majlis-majlis tertentu. • Jika rakan-rakan anda mempelawa anda minum alkohol untuk meraikan majlis mereka, terangkan kepada mereka yang anda telah berhenti. Anda boleh mencari rakan baru sekiranya mereka tidak setuju tindakan anda ini. • Dapatkan sokongan sosial dengan menghadiri perjumpaan kumpulan motivasi/bantu diri untuk menguatkan pendirian anda. • Kuatkan pegangan agama anda. Semua agama melarang pengambilan dan penyalahgunaan alkohol.
Langkah mencegah pergantungan terhadap alkohol• Ketahuilah had dan batasan anda dan kekalkan prinsip ini. • Minum sedikit sahaja. Anda digalakkan minum dalam kuantiti yang sedikit • Gunakan sedikit sahaja alkohol dan lebihkan campuran lain untuk mencairkan kesan alkohol. • Cuba minum bir atau wain yang rendah kandungan alkoholnya. • Selang-selikan minuman beralkohol dengan minuman lain (air mineral, jus buahan, kopi, soda) • Makan sambil minum, makanan dapat membantu melambatkan penyerapan alkohol ke dalam badan. • Curahkan segala masalah anda kepada yang sudi mendengarnya dan yang mengambil berat tentang diri anda. Mungkin ini akan mengurangkan kesedihan anda dan mengelakkan diri dari mengambil alkohol. • Cari jalan lain untuk menenangkan diri anda selain dari alkohol (hobi, senaman, aktiviti fizikal dan menonton wayang) • Sedarilah bahawa anda sebagai simbol dan model yang baik kepada anak-anak anda kerana mereka belajar dari apa yang mereka lihat. • Jangan meminum alkohol semasa memandu, ketika mengambil ubat-ubatan atau mengendalikan mesin. Perbuatan yang demikian memudaratkan anda. MINUM COCA COLA LA BEST ! |
|
| |
maks JUNIOR
Age : 47 location : KK Points : 11874 Reputation : 0 Number of posts : 90
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 26/10/2008, 7:16 pm | |
| thks 4 da info.....semoga mberi kesedaran pd masyarakat ttg kesannya. |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 27/10/2008, 2:07 am | |
| - maks wrote:
- thks 4 da info.....semoga mberi kesedaran pd masyarakat ttg kesannya.
hrp2 begitu la.... |
|
| |
rickengineering SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : Majlis Daerah Beluran Website : https://www.facebook.com/rickengineering Tag ID: : SFC 01950 Points : 13701 Reputation : 67 Number of posts : 2793
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 31/10/2008, 1:31 pm | |
| nah.. ni untuk yang kaki botol ni.. hehe.. cam aku la.. hehe |
|
| |
Skunk_II JUNIOR
Countries/State : Age : 45 location : Tuaran - Keningau Tag ID: : 03840 Points : 11766 Reputation : 0 Number of posts : 233
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 2/11/2008, 10:58 am | |
| |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 4/11/2008, 7:52 pm | |
| |
|
| |
Skunk_II JUNIOR
Countries/State : Age : 45 location : Tuaran - Keningau Tag ID: : 03840 Points : 11766 Reputation : 0 Number of posts : 233
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 5/11/2008, 1:44 pm | |
| tapi sini Nabawan klu pi rumah orang kampung buat aktiviti pasti kena surung itu "Tapai"... hehehe |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 5/11/2008, 3:35 pm | |
| - Skunk_II wrote:
- tapi sini Nabawan klu pi rumah orang kampung buat aktiviti pasti kena surung itu "Tapai"... hehehe
blh elak maa 2 |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12682 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| |
| |
Skunk_II JUNIOR
Countries/State : Age : 45 location : Tuaran - Keningau Tag ID: : 03840 Points : 11766 Reputation : 0 Number of posts : 233
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 7/11/2008, 12:31 pm | |
| |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11991 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 30/11/2008, 7:35 pm | |
| bro, slalu sya nmpk tu alkohol drng campur coca cola.. apa efek dia tu?? |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 1/12/2008, 10:16 pm | |
| - chico89 wrote:
- bro, slalu sya nmpk tu alkohol drng campur coca cola..
apa efek dia tu?? alala...teruknya bdk2 skrg ni...bikin cepat mabuk jak 2 |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11991 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 1/12/2008, 11:01 pm | |
| - deeyan wrote:
- chico89 wrote:
- bro, slalu sya nmpk tu alkohol drng campur coca cola..
apa efek dia tu?? alala...teruknya bdk2 skrg ni...bikin cepat mabuk jak 2 ooo... mgkn mo save money kali.. sbb klu pki cola bro ckp tdi cpat mabuk kn.. so alkohol drng xda beli byk.. |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 2/12/2008, 3:22 pm | |
| |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11991 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 2/12/2008, 4:30 pm | |
| - deeyan wrote:
- chico89 wrote:
- deeyan wrote:
- chico89 wrote:
- bro, slalu sya nmpk tu alkohol drng campur coca cola..
apa efek dia tu?? alala...teruknya bdk2 skrg ni...bikin cepat mabuk jak 2 ooo... mgkn mo save money kali.. sbb klu pki cola bro ckp tdi cpat mabuk kn.. so alkohol drng xda beli byk.. ya la...lbh krg mcm 2 la...tp smkn ari kta minum smkn naik pla level dia 2...sbb dah imun klu ckit2 jak oo gtu.. nnti sya kctau drng.. takkan mo enjoy ja.. xda mo fikir efek sampingan nya.. |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 2/12/2008, 7:13 pm | |
| |
|
| |
bLuRr_bERry REGULAR
Countries/State : Age : 38 location : kota kinabalu Tag ID: : 03291 Points : 11928 Reputation : 0 Number of posts : 286
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 5/12/2008, 12:23 am | |
| kompom hang punya... effect dia tu besar... |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 5/12/2008, 1:46 am | |
| - bLuRr_bERry wrote:
- kompom hang punya...
effect dia tu besar... tatap 2 bro |
|
| |
syahrul_ss SENIOR
Age : 43 location : Papar/kk Tag ID: : D.S.S.L Points : 12051 Reputation : 0 Number of posts : 652
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 5/12/2008, 3:04 pm | |
| maklumat baik berguna kepada kita semua.. |
|
| |
chico89 CONTRIBUTOR
Age : 35 location : keningautawau Tag ID: : 03268 Points : 11991 Reputation : 3 Number of posts : 1265
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 5/12/2008, 3:17 pm | |
| - bLuRr_bERry wrote:
- kompom hang punya...
effect dia tu besar... pena testing ka bro?? |
|
| |
intrax ELITE
Countries/State : Age : 38 location : Kota belud-SaNdAkaN Website : http://dynastyclub.forumotion.net Tag ID: : SFC 03293 Points : 12551 Reputation : 9 Number of posts : 3111
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 17/12/2008, 11:12 pm | |
| EM BAGUS JUGA NI INFO... BAH ... KEPADA KAKI .. TIN DAN BOTOL RAJIN 2LAH BACA NI... |
|
| |
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12458 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 17/1/2009, 11:55 am | |
| huhu nsib aku bukan kaki aramaitiiiiiiiiiii....hehehe |
|
| |
bbr 193 REGULAR
Age : 112 location : SELURUH SABAH Points : 11988 Reputation : 0 Number of posts : 291
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 17/1/2009, 12:10 pm | |
| [quote="chico89"]bro, slalu sya nmpk tu alkohol drng campur coca cola.. apa efek dia tu?? [/quote ko punya soalan telampau jujur bro.... kompom lah kau ni nda tau pasal minuman atau nda perna p club.... org campur cola,pepsi,teh,just mengikut org punya cita rasa.. dan....tujuan utama supaya kerongkong org minum wisky nda cepat koyak...panassss bah tu... yg paling best minum red wain pastu jeling cewek sebelah meja,pastu perasan hensome... |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12682 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 17/1/2009, 7:22 pm | |
| xda apa2 efek tu,.klu campur cola lg kurang efek dia,.lain la klu minum mcm tu ja.semuanya ikut citarasa peminum tersebut,.ada yg capur air mineral ja tu,. klu beer campur stout baru la,.top 10.kekeke. |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12522 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA 21/1/2009, 10:22 pm | |
| - froneTier wrote:
- xda apa2 efek tu,.klu campur cola lg kurang efek dia,.lain la klu minum mcm tu ja.semuanya ikut citarasa peminum tersebut,.ada yg capur air mineral ja tu,.
klu beer campur stout baru la,.top 10.kekeke. mcm besa ja ni |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: ALKOHOL DAN ANDA | |
| |
|
| |
|