SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
18 wanita didera setiap jam di India Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
18 wanita didera setiap jam di India Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 18 wanita didera setiap jam di India

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12535
Reputation : 1
Number of posts : 4411

18 wanita didera setiap jam di India Empty
PostSubject: 18 wanita didera setiap jam di India   18 wanita didera setiap jam di India Icon_minitime15/1/2008, 8:34 pm





[url=mailto://][/url]



NEW DELHI: Setiap jam yang berdetik di India menandakan lebih banyak kekejaman berlaku terhadap wanita dengan dua kes rogol, dua penculikan, empat pencabulan dan tujuh kes kekejaman suami dan saudara mara.

Menurut Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB), pada purata setiap jam sekurang-kurangnya 18 wanita di negara itu menjadi mangsa penderaan pada 2006 dan lebih mengganggu, angka itu menunjukkan peningkatan.

Akhbar The Times of India melaporkan, Andhra Pradesh berada di tangga teratas senarai jenayah terhadap wanita dengan 21,484 kes, membentuk 13 peratus daripada keseluruhan kes pada 2006 diikuti Uttar Pradesh 9.9 peratus.

Kes baru jenayah rogol seorang wartawan Britain di bandar raya Udaipur di negeri Rajasthan dan pencabulan dua wanita di Mumbai, sekali lagi menunjukkan keperluan langkah lebih tegas diambil untuk memperkasakan dan melindungi wanita di negara itu.

Jenayah terhadap wanita meningkat dengan setiap hari yang berlalu. NCRB mendedahkan peningkatan kes rogol dari 2003 hingga 2006.

“Kes rogol melaporkan peningkatan membimbangkan sebanyak 15 peratus pada 2004 berbanding tahun sebelumnya, peningkatan marginal sebanyak 0.7 peratus pada 2005 berbanding 2004 dan pertambahan 5.4 peratus pada 2006 berbanding 2005,” menurut laporan.

Di kalangan 35 bandar raya dengan penduduk lebih sejuta orang, New Delhi mendahului dengan 4,134 kes, membentuk 18.9 peratus daripada keseluruhan jenayah terhadap wanita diikuti Hyderabad dengan 1,755 kes.

New Delhi melaporkan 31.2 peratus kes rogol, 34.7 peratus kes penculikan, 18.7 peratus kes kematian berkaitan mas kahwin, 17.1 peratus kes kekejaman suami dan saudara mara dan 20.1 kes pencabulan.

Keseluruhan 19,348 kes rogol dilaporkan di negara itu pada 2006 berbanding 15,847 pada tahun sebelumnya. Laporan menyebut 8.2 peratus daripada keseluruhan mangsa rogol adalah gadis di bawah usia 15 tahun, manakala 17.4 peratus remaja dan hampir dua pertiga dalam usia 18 hingga 30 tahun.

Laporan menyatakan wanita masih tidak selamat walaupun berada di kalangan rakan, jiran dan saudara. - Agensi
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

18 wanita didera setiap jam di India

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: