Mila dan Ebi dah putus cinta?PUTUS juga akhirnya! Itulah berita yang sampai ke telinga Niezam perihal dua bintang Akademi Fantasia Kelima (AF5) yang sebelum ini cuba menafikan kisah cinta mereka.
Ada sumber yang memberitahu, kedua-dua penyanyi itu dah putus cinta.
Sebelum ini Ebi dan Mila tidak pernah mengaku bercinta tetapi sumber terdekat mengesahkan hubungan cinta pasangan itu.
‘‘Di depan wartawan mereka memang tak mengaku mempunyai hubungan istimewa tetapi kami tahulah cerita sebenar sebab selalu sangat nampak Ebi dan Mila asyik bermasam muka,’’ kata satu sumber.
Niezam tanya lagi kenapa nak bermasam muka pula? Bukankah orang yang asyik dengan percintaan kalau boleh dalam tidur pun dia boleh bercakap?
Menurut penyampai maklumat itu, macam mana tak masam muka sebab si Mila khabarnya kuat sangat cemburu.
Malah dalam satu majlis, Mila dikatakan menangis melihat Ebi diserbu peminatnya.
‘‘Mungkin kerana tu kedua mereka mengambil keputusan untuk putuskan saja hubungan. Itu lagi baik daripada asyik bergaduh setiap hari,’’ tambah orang terdekat dengan kedua pasangan tersebut.
Dalam masa yang sama ada orang beritahu Niezam melihat Mila keluar makan dengan seorang lelaki pertengahan usia. Siapakah gerangannya orang itu Mila? Gosip ke cerita benar ni?
NIEZAM: Terkenang lagu Ramlah Ram “Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi.’’
Utusan Malaysia 27 Januari 2008 / 18 Muharam 1429