Ferguson lega Scholes cergasLONDON – Alex Ferguson percaya pengalaman tonggak tengah, Paul Scholes boleh memainkan peranan penting membantu usaha Manchester United mengulangi kejayaan tahun 1999 dengan menjulang tiga gelaran sekali gus.
Bekas pemain kebangsaan England berusia 33 tahun itu baru pulih daripada pembedahan lutut dan keadaan dia semakin baik semasa diturunkan sebagai pemain gantian semasa menewaskan Tottenham 3-1 dalam saingan Piala FA.
‘‘Setiap kali bola singgah ke kaki Scholes, ada sahaja keajaiban yang dilakukannya. Permainan seolah-olah terhenti seketika apabila dia mengawal bola. Memang dia hebat,’’ kata Ferguson.
Scholes menjalani pembedahan pada lututnya, Oktober lalu selepas cedera semasa menentang Dynamo Kiev dalam saingan Liga Juara-Juara.
Buat masa ini, United menguasai kedudukan liga dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dengan Arsenal yang akan ditentangnya dalam saingan Piala FA, bulan depan.
Bagaimanapun, United dilihat mempunyai peluang yang baik untuk merangkul ketiga-tiga kejuaraan musim ini - Piala FA, liga dan Liga Juara-Juara.
‘‘Sasaran ini tampak mustahil tetapi kami akan cuba membuktikannya. Ramai orang kata kejayaan tahun 1999 sukar diadakan semula tetapi kami akan pergi mendapatkannya.
‘‘Kami semakin menruskan kemaraan dalam Piala FA dan kami juga adalah pendahulu Liga Perdana,’’ kata Ferguson.
– AFP