rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Gwyneth mengandung lagi 29/1/2008, 8:24 am | |
| Hollywood: Gwyneth mengandung lagi Susunan Suzan Ahmad [url=mailto://][/url]
Gwyneth Paltrow
| DUNIA hiburan Hollywood bukan saja meriah dan mewah, malah subur. Terbaru, aktres yang terlalu berahsia mengenai kisah perkahwinannya, Gwyneth Paltrow dimasukkan ke hospital kerana merasakan dirinya sedang mengandung anak ketiga, demikian lapor media.
Bintang filem itu bermalam Isnin lalu di Hospital Mount Sinai New York, di mana dia menjalani rawatan untuk penyakit yang tidak didedahkan. Bagaimanapun, New York Daily News melaporkan Paltrow terpaksa dibawa ke hospital oleh suaminya, penyanyi kumpulan muzik Coldplay Chris Martin, kerana hamil.
Sumber terdekat memberitahu media itu, mereka melihat pasangan terbabit menghala ke wad ibu mengandung hospital berkenaan. Kata sumber: “Mereka kelihatan sangat tertekan dan serius. Paltrow juga kelihatan agak runsing. Mereka berjalan melalui semua orang dan terus masuk ke lif. Kelihatan seperti mereka bakal menerima orang baru lagi.” Bagaimanapun, jurucakap Paltrow, Stephen Huvane berkata spekulasi mengenai kandungan itu mengalami sedikit komplikasi adalah satu lagi gosip liar dan cuma bualan kosong orang ramai. Tambahnya, ini adalah hal berkaitan kehidupan peribadi dan bukan untuk tatapan orang ramai. Pasangan itu kini mempunyai dua anak - Apple, 3, dan Moses yang kini berusia satu tahun.
|
|
|