Tawaran menarik AirAsia, MAS
KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menyatakan bahawa ia menawarkan 300,000 tempat duduk yang mana penumpang hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan surcaj bahan bakar.
Sejumlah 75,000 tempat duduk telahpun terisi dalam tempoh satu hari pelancaran 'tempat duduk percuma'," menurut syari- kat itu dalam satu kenyataan di sini semalam.
Promosi itu boleh diperoleh daripada hab-habnya di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching dan tempoh perjalanan ialah dari 26 Februari hingga 15 Mei.
Destinasi-destinasi popular di kalangan penumpang untuk tempat duduk ini ialah Bangkok, Hanoi, Macau, Phuket, Singapura, Kota Kinabalu dan Kuching selain laluan baru dari Johor Bahru ke Bangkok.
Tempahan semasa promosi perlu dilaku- kan secara dalam talian pada 3 Februari menerusi www.airasia.com.
Sementara itu, Pesta Pengembaraan Malaysia Airlines (MATF) yang akan diadakan selama dua hari mulai 22 Februari, menawarkan enam juta tempat duduk bagi penerbangan domestik dan antarabangsa.
Dalam satu kenyataan di sini semalam, Malaysia Airlines (MAS) menyatakan, tawaran menarik sehingga 70 peratus diskaun daripada tambang pasaran semasa itu ditawarkan sepanjang tempoh promosi bagi perjalanan sepanjang tujuh bulan sehingga akhir September 2008, kecuali beberapa tempoh tertentu.
Pengarah Komersial MAS, Datuk Rashid Khan berkata, tawaran itu adalah sebagai penghargaan kepada para pelanggan yang sentiasa yakin terhadap syarikat penerba- ngan berkenaan.
Katanya, tambang rendah itu termasuk ke destinasi terbarunya, Macau dan Yogya- karta serta Chennai, Delhi dan Bangalore.
" Tambang menarik juga ditawarkan ke Timur Tengah dan destinasi tradisional pilihan MATF seperti London, Amsterdam, Melbourne dan Perth," jelas beliau. - Bernama