SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Berakhir sebuah penantian Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Berakhir sebuah penantian Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Berakhir sebuah penantian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12517
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Berakhir sebuah penantian Empty
PostSubject: Berakhir sebuah penantian   Berakhir sebuah penantian Icon_minitime1/2/2008, 9:46 am

Berakhir sebuah penantian

Oleh HARYATI KARIM

Berakhir sebuah penantian Hi_01.1





DEBARAN menanti saat bahagia telah berakhir buat penyanyi terkenal Ning Baizura Sheikh Hamzah dan pasangannya Omar Sharif Christopher Layton Dalton setelah mereka berdua selamat dinikahkan semalam.
Ning dan Omar sememangnya kelihatan bagai pinang dibelah dua, apatah lagi mereka berdua mengenakan sepersalinan pakaian berwarna putih lambang kesucian, rekaan Jovian Mandagie.
Sinar bahagia bukan sahaja dirasai oleh kedua mempelai ini sahaja tetapi juga semua yang hadir di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, tempat berlangsungnya majlis penuh bersejarah itu.
Berakhir sebuah penantian Hi_01.3
HANYA dengan sekali lafaz, Ning Baizura sah menjadi milik Omar.

Dengan sekali lafaz, Omar yang baru tujuh bulan memeluk Islam telah sah menjadi suami kepada Ning sambil disaksikan oleh kedua ibu bapa mereka berdua.
"Sebenarnya debaran hati saya sebelum majlis ini (pernikahan) berlangsung Tuhan sahaja yang tahu. Untuk mententeramkan perasaan saya yang waktu itu gelisah, saya mendengar ayat Kursi.
"Ikutkan sepatutnya saya lebih risaukan Omar tetapi sebaliknya saya pula yang terlebih gelisah. Saya bangga dengannya kerana hanya sekali lafaz saya sah menjadi isterinya," ujar Ning gembira.
Tidak menyembunyikan perkara di sebalik majlis pernikahannya, Ning memberitahu, suaminya telah berlatih untuk menghafal lafaz nikah dalam bahasa Melayu daripada bapanya (Sheikh Hamzah).
Bukan itu sahaja, malah hantaran terakhir juga disiapkan sehingga pukul 8 pagi, beberapa jam sebelum majlis berlangsung.
"Memang penat kerana banyak persiapan hendak dilakukan dan ibu angkat Omar, Datin Sri Farida Hashim tidak dapat hadir kerana kepenatan," jelas Ning lagi.
Tambah Omar, selain majlis resepsi yang akan diadakan pada 2 Februari ini di Matrade Exhibition & Convention Centre, satu majlis ringkas akan turut diadakan di England untuk meraikan kehadiran Ning dalam keluarganya.
Apa yang pasti, Ning dan Omar akan terus menetap di Kuala Lumpur sampai akhir hayat kerana bagi mereka berdua tiada tempat yang tenang selain Kuala Lumpur.
"Saya dan Omar bekerja di sini selain keluarga saya juga ramai di sini. Jadi itu alasan yang kukuh untuk saya tidak meninggalkan Kuala Lumpur.
"Lagipun Omar sukakan Malaysia. Pada saya dia akan selesa untuk berada dalam budaya dan masyarakat Malaysia, cuma bila ada kelapangan baru kami akan berkunjung ke England," ucap Ning penuh nada bahagia.
Ning yang menerima wang hantaran sebanyak RM66,666.66 daripada suaminya itu turut menerima mas kahwin berjumlah RM80 untuk pernikahannya ini.
Rahsia bulan madu
Apabila diajukan soalan tentang destinasi berbulan madu, mereka berdua hanya tersenyum dan mengatakan masih belum merancang untuk berbuat demikian kerana terlalu sibuk.
"Mungkin ada, tetapi Omar merahsiakan daripada saya, mungkin dia ingin berikan kejutan," kata Ning sambil diiringi gelak tawa.
Berakhir sebuah penantian Hi_01.2
NING dan Omar bersyukur kerana impian mendirikan rumahtangga menjadi kenyataan.

Mengakui tanggungjawabnya kini lebih berat setelah bergelar isteri, Ning berjanji untuk menjaga hubungan suci ini sebaik mungkin.
"Yang penting persefahaman, tolak ansur dan komunikasi. Selain itu saya juga bertanggungjawab untuk membimbing Omar untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam lagi.
"Kini saya juga berstatus seorang ibu kepada dua anak Omar daripada perkahwinan terdahulunya," tutur Ning penuh iklas.
Anugerah terindah
Berakhir sebuah penantian Hi_01.5



Tambah Omar, inilah hari yang dinantikan dan dia juga bagai tidak percaya kini dia telah bergelar suami kepada wanita yang dicintainya.
"Dugaan untuk sampai ke hari ini tidaklah sukar, kerana Ning banyak membantu dan saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan dia kepada saya," bicara Omar penuh romantis.
Beralih cerita tentang kerjaya pula, Ning memberitahu, suaminya amat memahami dan pastinya dia akan mendapat restu setiap kali melangkah keluar daripada rumah.

"Saya cintakan bidang seni, masakan saya mahu berhenti menyanyi apabila kahwin. Saya pasti teruskan kerja. Malah suami saya juga tidak pernah menghalang kerana dia amat memahami," balas Ning lagi.
Ibu Omar, Maureen Dalton yang sempat ditemui sejurus majlis berakhir berkata, dia amat gembira untuk menerima Ning di dalam keluarganya.
"Omar membawa dia (Ning), bertemu dengan saya di Englad dua tahun yang lalu dan sejak itu saya merestui hubungan mereka.
"Ini kerana Ning seorang wanita yang membuatkan saya merasa bangga dengannya dan saya akan sentiasa menyokong mereka berdua walaupun kami berlainan agama," kata ibu Omar yang tiba di Malaysia Isnin lalu.
Mereka ditakdirkan bersama-Satilah
Manakala ibu Ning, Satilah Abdullah pula menyatakan perasaan gembira apabila anak kesayangannya itu akhirnya telah bertemu jodoh.
"Pastinya saya rasa gembira kerana mereka berdua sememangnya ditakdirkan untuk bersama.
"Sebagai ibu tunggal, kini saya tidak lagi merasa sepi kerana kehadiran Omar menceriakan anak saya (Ning) dan juga saya sebagai ibunya," kata ibu Ning yang turut kelihatan sebak tatkala memeluk anaknya itu.
Dalam pada itu, majlis yang diacarakan oleh Datuk Mahathir Lokman turut dihadiri beberapa rakan artis yang tidak ketinggalan meraikan hari bahagia Ning dan Omar.
Antara yang hadir ialah, Sarimah Ibrahim, Nikki, Chef Wan dan Hazami.Berakhir sebuah penantian Hi_01.4
PENGANTIN bersama dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Dari kiri Colin Dalton, Maureon Dalton, pasangan pengantin, Satilah Abdullah dan Sheikh Hamzah.





~dipetik dari kosmo online~
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
 

Berakhir sebuah penantian

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: