|
Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 1:16 pm | |
| Parlimen bubar hari ini
13/02/2008 12:39pm
PUTRAJAYA 13 Feb. - Parlimen dibubarkan hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam tempoh 60 hari. Serentak dengan itu semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak, turut dibubarkan. Pengumuman pembubaran Parlimen itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di sini hari ini. Ia dibuat selepas Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka.
utusan malaysia
Last edited by rynjeff on 22/2/2008, 9:37 am; edited 1 time in total |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 1:30 pm | |
| naaaa... start mengundi... aku 1st ikut mengundi kali ni.. best kah mengundi tu? hehehe... aku dgr boleh dapat duit masa mengundi... |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 1:41 pm | |
| Saya pun umur dah 34 ni belum pernah mengundi lagi , ni pasal lambat mendaftar ni hehehe (jangan ikut ya). Pilihanraya yg lalu sebenarnya dah boleh mengundi tapi kena pula tempat mengundi di ulu kinabatangan, kena nak bot...ndak pigilah. Insyallah tahun ni tercapai hajat mengundi untuk kali pertama. Pasal duit tu memang ada tapi diam2 saja ndak boleh publish |
|
| |
mimie1010 REGULAR
Age : 42 location : KK/KL Points : 12288 Reputation : 0 Number of posts : 478
| |
| |
anakjomo CONTRIBUTOR
Age : 51 Points : 12622 Reputation : 0 Number of posts : 1303
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 3:10 pm | |
| undi jangan tak undi ....lepas pilihanraya harga barang naik lagi ...minyak naik lagi ...huu...huu....kamu tengok ja nanti ...sekarang ni harga emas jonkong mangkin naik .. |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12380 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 3:14 pm | |
| harap2 PM pilih CM baru.. huhuhu..mana tahan klu rumah kayu tapi berderet ninja king parking.. Maju Malaysia..SABAH TATAP..MANTAP!!?!! |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 6:56 pm | |
| - mimie1010 wrote:
- Mimie pun blum pena lg mengundi...hope this yr dpt la mengundi,kalu jd balik kk la.. . Rasanya area tmpt mimie mengundi adalah d kg my dad d papar. tp papar area mana nda tau lg. ada sapa2 dpt area papar ke d sni nie?
Undi anda adalah rahsia...syhhhhh Mari lah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat mesia.
kalu sebelah papar ni biasanya YB rahim lah.... tapi kamu semua sudah chek kah nama kamu kena di mana? www.spr.gov.my ... boleh chk nama kamu sini... |
|
| |
Hulk Malaysia JUNIOR
location : Kota kinabalu-KL Points : 12886 Reputation : 0 Number of posts : 145
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 13/2/2008, 9:29 pm | |
| mari kita mengundi demi masa depan rakyat dan bangsa. jangan salah undi parti.. |
|
| |
de@@_le$$ ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 46 location : Penampang, SABAH Tag ID: : SFC 01022 Points : 13913 Reputation : 23 Number of posts : 7093
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 14/2/2008, 12:26 am | |
| huhu.... kepada sesiapa yg belum mendaftar tu ... pergilah kamu.... itu ada lah kewajipan kita... sebagai rakyat malaysia..... ewah.. wakaka!! |
|
| |
anakjomo CONTRIBUTOR
Age : 51 Points : 12622 Reputation : 0 Number of posts : 1303
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 14/2/2008, 7:57 am | |
| kalau daftar sekarang dak juga boleh mengundi sekarang kena tunggu la pilihanraya akan datang ....wakakakah....siapa yang sudah mendaftar tu cek la nama anda untuk kepastian tempat anda mengundi di wed SPR ...mana tu alamat web nya ...ha...ni dia...www.spr.gov.my |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 14/2/2008, 8:04 am | |
| best jugak time pilihanraya ni bagi yang masih menggangur tu ,boleh cari side income |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12664 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 14/2/2008, 12:38 pm | |
| Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 24 Feb manakala pengundian pada 8 Mac, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Putrajaya hari ini. — Bernama |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12407 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 14/2/2008, 3:29 pm | |
| hahaha, time niela kami pling bz... |
|
| |
Hulk Malaysia JUNIOR
location : Kota kinabalu-KL Points : 12886 Reputation : 0 Number of posts : 145
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 14/2/2008, 10:38 pm | |
| tak tahu dapat balik atau tidak pilihan raya ni kalu kena bagi duit baru balik mengundi...hihihihihi |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 22/2/2008, 9:36 am | |
| Jangan cat kuku hari mengundi
PUTRAJAYA 21 Feb. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengingatkan para pengundi supaya tidak mengecat kuku pada hari pengundian 8 Mac ini bagi memudahkan petugas mencalitkan dakwat pada kuku jari mereka. Setiausahanya Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, bagaimanapun penggunaan inai adalah dibolehkan kerana ia berwarna merah. ''SPR meminta pengundi jangan mengecat kuku pada hari tersebut. Pakai pada hari keesokannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. SPR sebelum ini memutuskan untuk menggunakan dakwat khas dari India yang sukar dipadamkan untuk beberapa hari bagi mengelakkan penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Majlis Fatwa Kebangsaan telah membenarkan penggunaan dakwat itu yang tidak melanggar hukum syarak. Dari segi cara penggunaannya, kerani kedua di tempat mengundi akan mencalit dakwat itu pada kuku atau jari telunjuk tangan kiri selepas identiti pemilih dipastikan oleh kerani pertama. Kerani ketiga pula akan memberikan kertas undi yang telah ditindik selepas tanda kuku selesai dibuat oleh kerani kedua. Bagi pengundi yang tidak ada jari, cap akan dibuat atas tunggul lengan bagi menentukan individu berkenaan telah mengundi. Ditanya jika masih terdapat pengundi yang datang dengan memakai cat pada kuku: "Itu saya tak boleh kata apa, kerana itulah syaratnya dan SPR tidak akan menyediakan cecair penghakis cat kuku di pusat pembuangan undi," tegas beliau. Bagaimanapun, sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, jika terdapat pengundi memakai cat pada kuku, dakwat itu akan ditandakan pada jari. Mengenai dakwaan Pas Kedah, terdapat penipuan dalam Daftar Pemilih 2007 yang melibatkan 1,031 pengundi pos tentera di daerah mengundi Kota Aur, Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek beliau berkata, mereka boleh mendakwa apa sahaja dan daftar pemilih tersebut telah melalui proses undang-undang kerana ia sudah dipamerkan. ''Jadi, mengikut undang-undang, yang mana sudah diwartakan, berdasarkan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, ia tidak boleh lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk di mahkamah, sebab ia sudah melalui proses undang-undang," katanya. Kamaruzaman berkata, mereka boleh mempertikaikan apa sahaja dan semasa undi pos akan dikeluarkan, semua ejen calon yang bertanding termasuk parti pembangkang akan dijemput. ''Kalau Pas bertanding di semua 222 kerusi Parlimen, masa nak keluar undi pos, ejen mereka akan dijemput. Masa nak buka undi pos pun, ejen mereka akan dijemput. Begitu juga semasa nak kira undi pos. ''SPR tidak terlibat dalam kancah politik cuma memaklumkan perkara yang benar sahaja. Jadi, jika orang nak buat apa-apa tuduhan, terpulanglah," jelasnya. |
|
| |
blugu ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 46 location : Kota Kinabalu-Putatan Tag ID: : SFC02202 Points : 12595 Reputation : 10 Number of posts : 2945
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 22/2/2008, 11:28 am | |
| - aLFFiaN wrote:
- mimie1010 wrote:
- Mimie pun blum pena lg mengundi...hope this yr dpt la mengundi,kalu jd balik kk la.. . Rasanya area tmpt mimie mengundi adalah d kg my dad d papar. tp papar area mana nda tau lg. ada sapa2 dpt area papar ke d sni nie?
Undi anda adalah rahsia...syhhhhh Mari lah kita sama2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat mesia.
kalu sebelah papar ni biasanya YB rahim lah.... tapi kamu semua sudah chek kah nama kamu kena di mana? www.spr.gov.my ... boleh chk nama kamu sini... Skg tempat pembuangan undi suda boleh kita tau suda sila klik; http://daftarj.spr.gov.my/daftarbi.asp |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12531 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 22/2/2008, 1:54 pm | |
| Terima kasih blugu ....Jadi siapa yang belum tahu tempat mengundi tu boleh lah check di link yang blugu bagi tu |
|
| |
sakura CONTRIBUTOR
Age : 46 location : JB Points : 12504 Reputation : 0 Number of posts : 1109
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 27/2/2008, 1:35 pm | |
| - rynjeff wrote:
- Saya pun umur dah 34 ni belum pernah mengundi lagi , ni pasal lambat mendaftar ni hehehe (jangan ikut ya). Pilihanraya yg lalu sebenarnya dah boleh mengundi tapi kena pula tempat mengundi di ulu kinabatangan, kena nak bot...ndak pigilah. Insyallah tahun ni tercapai hajat mengundi untuk kali pertama. Pasal duit tu memang ada tapi diam2 saja ndak boleh publish
SAMALAH DGN SAYA.. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: PILIHANRAYA KE - 12 | |
| |
|
| |
|