SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jimat cara konvensional Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Jimat cara konvensional Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Jimat cara konvensional

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Jimat cara konvensional Empty
PostSubject: Jimat cara konvensional   Jimat cara konvensional Icon_minitime16/2/2008, 5:44 pm

Jimat cara konvensional

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
irwan@majalahkereta.com.my


Ramai yang mengambil mudah teknik konvensional untuk menjimatkan minyak. Percaya atau tidak cara ini amat berbaloi.Jimat cara konvensional Va_01.1





KRISIS harga minyak dunia membawa kepada pengenalan pelbagai jenis teknologi baru dalam bidang automotif. Kereta hibrid adalah antara kereta hijau yang paling menonjol.

Namun, dengan harga yang sangat mahal, pemilik kenderaan tidak mempunyai cara lain selain kembali kepada kaedah konvensional.

Tetapi, apakah langkah permulaan yang boleh kita lakukan? Pertama sekali ialah memastikan persediaan kenderaan anda sempurna daripada segenap aspek. Apa yang tidak disedari tapi sebenarnya penting dan kritikal pada bahagian faktor penjimatan adalah tekanan udara di dalam tayar.

Di samping menjamin keselamatan kenderaan, tayar juga merupakan medium yang menentukan tahap penjimatan yang mampu dihasilkan oleh sesebuah kenderaan.

Tayar yang lembik atau kurang tekanan udara menghasilkan geseran yang berlebihan serta menjadikan pergerakan kenderaan lebih berat.

Ini akan menjejaskan jarak perjalanan yang sepatutnya boleh diperolehi dengan tayar yang baik tekanannya dan memerlukan lebih daya enjin untuk mengerakkan kenderaan.

Bukan sahaja penjimatan bahan api terjejas, malah jangka hayat tayar juga semakin susut.

Kajian telah membuktikan bahawa penyusutan tiga psi tekanan pada tayar mengikut tekanan disyorkan akan mengurangkan jarak perjalanan sebanyak 1.5 peratus.

Manakala kajian daripada pihak ejen Perlindungan Alam Sekitar Amerika (EPA) menunjukkan penyusutan 20 psi pada tekanan tayar dengan mudahnya menyebabkan anda kehilangan perjalanan 1.6 kilometer (km) bagi setiap gelen bahan api.

Perlu diketahui bahawa tekanan tayar tidak kekal selamanya dalam tayar kenderaan. Sejumlah satu psi udara akan susut setiap 30 hari dan penyusutan ini akan lebih drastik ketika cuaca sejuk. Oleh kerana udara sejuk kurang padat, tekanan akan menurun dengan kadar satu psi bagi setiap 10 darjah celsius.

Masa yang paling baik memeriksa tekanan tayar adalah ketika keadaan tayar sejuk. Ini kerana ketika keadaan tayar panas, udara di dalamnya sedang memadat dan akan memberikan bacaan tekanan yang kurang tepat.

Sebaik-baiknya tayar diperiksa tekanannya setiap 30 hari. Kebanyakan kenderaan baru hari ini telah dilengkapi dengan sistem pemerhatian tekanan udara tayar. Teknologi ini adalah sangat ringkas tetapi ia mampu menyelamatkan nyawa dan kos.

Rekaan bunga pada tayar juga mampu mempengaruhi penjimatan bahan api. Tayar yang direka lebih ringan serta mempunyai bunga yang lebih halus dan rapat mampu memberikan tahap penjimatan bahan api lebih baik berbanding tayar yang bunganya lebih kasar.

Pastikan kenderaan anda sentiasa membawa muatan yang perlu sahaja. Muatan yang berlebihan menambahkan bebanan pada kenderaan anda sekali gus menjejaskan penjimatan.

Setiap berat berlebihan sebanyak 45 kilogram akan menjejaskan penjimatan bahan api sehingga empat peratus. Aksesori tambahan pada bahagian dalaman mahupun luaran kenderaan sememangnya merupakan tradisi bagi sesetengah pemilik kenderaan.

Apa sahaja aksesori yang mengganggu struktur laluan udara pada badan kenderaan boleh menyebabkan geseran udara berlebihan pada badan kenderaan, lalu menjejaskan nilai Coefficient Of Drag (COD) asal pada kenderaan. Ini akan hanya menambah daya rintangan kenderaan yang sedang bergerak terhadap udara.

Elakkan terus memandu kenderaan sejurus selepas menghidupkan enjin apatah lagi apabila kenderaan telah dibiarkan lama dan enjin dalam keadaan sejuk.

Enjin yang belum mencapai tahap suhu operasi yang baik akan menggunakan lebih bahan api untuk mempercepatkan proses pemanasan enjin.

Jika keadaan ini sedang berlaku dan pemandu terus sahaja memandu tanpa menunggu takat suhu enjin yang sesuai, awal pemanduan akan menggunakan lebih bahan api daripada sepatutnya sehinggalah enjin berada dalam keadaan suhu operasi.

Selain itu, jika tidak perlu, jangan isikan tangki dengan minyak yang penuh. Tangki minyak penuh hanya akan menambah beban berat pada kenderaan.

Tabiat mengisi minyak pada awal pagi iaitu ketika cuaca sejuk juga disarankan. Ini kerana ketika cuaca panas jumlah bahan api di dalam tangki akan mengembang sedikit dan anda sebenarnya telah berjaya mendapatkan lebih nilai daripada pembelian minyak ketika awal pagi.

Gaya pemanduan juga banyak mempengaruhi hal ini. Elakkan daripada memijak pendikit sepenuhnya terutamanya ketika kenderaan baru berganjak untuk bergerak, kecuali ketika perlu.

Kenderaan hanya memerlukan daya kilasan yang lebih untuk mula bergerak, pembukaan pendikit yang kecil serta sederhana mampu menjana daya kilasan yang baik dengan menyalurkan udara yang lebih deras dari kebuk ketika awal pembukaan berbanding pembukaan yang besar secara tiba-tiba. Ini hanya akan menjejaskan penjimatan bahan api.

Perbaiki gaya penukaran gear jika perlu. Penukaran gear yang lambat atau kerap mencapai rpm tinggi menyebabkan penggunaan bahan api yang berlebihan akan berlaku.


Last edited by on 17/2/2008, 11:19 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12596
Reputation : 0
Number of posts : 1159

Jimat cara konvensional Empty
PostSubject: Re: Jimat cara konvensional   Jimat cara konvensional Icon_minitime17/2/2008, 10:56 pm

jef kasi point2 bah..

panjang betul.. kau tau la hobi ku.. sot kat..
Back to top Go down
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12429
Reputation : 0
Number of posts : 737

Jimat cara konvensional Empty
PostSubject: Re: Jimat cara konvensional   Jimat cara konvensional Icon_minitime17/2/2008, 11:16 pm

hehehe nanti saya edit What a Face
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15110
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Jimat cara konvensional Empty
PostSubject: Re: Jimat cara konvensional   Jimat cara konvensional Icon_minitime18/2/2008, 12:06 am

info yg berguna.. walaupun perkara ini sering kali diabaikan.. tapi ia amat perlu.. macam kajian formula 1 pulak tips ni... he he he
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12799
Reputation : 18
Number of posts : 2464

Jimat cara konvensional Empty
PostSubject: Re: Jimat cara konvensional   Jimat cara konvensional Icon_minitime18/2/2008, 1:22 am

nice info.. chaiyooo
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
Sponsored content




Jimat cara konvensional Empty
PostSubject: Re: Jimat cara konvensional   Jimat cara konvensional Icon_minitime

Back to top Go down
 

Jimat cara konvensional

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: