Keperluan kalori sehariDengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.BERAPAKAH kalori yang sepatutnya diambil oleh seseorang?
ANDA berlari di atas mesin treadmill selama 20 minit setiap pagi di pusat kecergasan. Paparan papan bacaan di atas treadmill menunjukkan anda telah membakar 150 kalori dalam sesi itu.
Kemudian anda bertukar pula kepada mesin cross trainer selama 10 minit untuk membakar kira-kira 100 lagi kalori. Rasa penat dan letih terasa di seluruh badan semata-mata untuk membakar sekitar 250 kalori itu.
Tetapi tahukah anda sebenarnya di sebalik penat lelah bersenam membakar kalori setinggi itu, kita sebenarnya hanya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk menambahkannya semula. Kenapa?
|
KITA mengambil masa kurang lima minit untuk menambah semula kalori yang dibakar.
|
Ini kerana ramai di antara kita yang tidak pernah mengambil tahu apa nutrisi, buruk baik dan manfaat makanan yang kita makan. Bayangkan 250 kalori itu sebenarnya bersamaan dengan sepotong piza berkeju atau seketul ayam berkuah atau satu setengah cawan nasi putih.
Kalau begitu cuba bayangkan pula berapa sebenarnya jumlah kalori yang kita ambil dalam sehari. Untuk makan tengah hari sahaja dengan sepinggan nasi penuh, sejenis lauk berkuah, satu telur goreng dan sayuran - kalori yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori.
yang dicapai mungkin sudah mencecah 1,000 kalori.
Itu belum dicampur dengan makan pagi, minum petang, makan malam dan makan lewat malam yang semakin menjadi budaya di kalangan rakyat Malaysia.
Persoalannya apakah itu kalori dan berapa jumlah yang sepatutnya diambil oleh seseorang?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.
Bagaimanapun, sekiranya diambil secara berlebihan seseorang berpotensi menjadi obesiti dan lebih buruk lagi mengganggu tahap kesihatan tubuh. Penyakit pakej zaman ini tentunya kardiovaskular, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Keperluan tenaga seseorang juga bergantung kepada tahap keaktifan atau aktiviti dilakukan, tahap kesihatan, kehamilan selain pengaruh keadaan sekeliling. Dengan budaya kerja rakyat Malaysia yang hanya terikat di pejabat, kalori yang diperlukan adalah lebih rendah.