SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12179
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime18/2/2008, 2:44 pm

17 Feb 2008
Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 1bc55a10

Kalau berpeluang ke negeri di bawah bayu, Sabah , jangan ketinggalan untuk ke Pasar Kraftangan atau lebih dikenali sebagai Pasar Filipina oleh penduduk tempatan serta para pelancong yang berkunjung di sini. Di Pasar Filipina terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya mutiara pelbagai jenis, perhiasan kristal, barangan kraftangan serta pelbagai cenderahati yang pastinya boleh dibuat kenang-kenangan buat pelancong.

Menurut beberapa orang peniaga yang ditemui di pasar tersebut, saban hari premis mereka akan dikunjungi oleh para pelancong dari seluruh dunia. Kebanyakan pengunjung berminat untuk membeli perhiasan mutiara serta kraftangan Sabah yang sememangnya terkenal bermutu tinggi.
“Selalunya kalau pelancong dari Semenanjung, mereka suka membeli mutiara untuk dijadikan cenderahati buat kawan-kawan. Selain mutiara mereka juga suka mencari karaftangan yang unik untuk perhiasan sebagai tanda kenang-kenanagn," ujar seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Rita.
Katanya dia sudah beberapa tahun berniaga di situ dan hasil yang diperolehinya sangat memuaskan. Katanya walaupun terdapat ramai peniaga lain, namun dia tidak merasakan mereka bersaing sesama sendiri kerana menganggap segala rezeki yang diterima telah ditentukan oleh Allah.
“Memang kebanyakan barangan yang kami jual adalah sama. Namun segalanya bergantung kepada rezeki dan cara kita melayan para pelanggan yang datang. Selalunya saya akan memberikan diskaun istimewa kepada pelanggan. Namun ada juga pelanggan yang mahukan diskaun yang melampau sehingga sukar untuk saya penuhi. Bukannya apa, sebagai peniaga kami juga memerlukan modal untuk membeli produk tersebut sebelum dijual kepada pelanggan,” tambahnya yang menjual pelbagai barangan perhiasan wanita di premisnya.
Menurutnya lagi, kesemua produk yang dijualnya diperolehi daripada masyarakat setempat atau pun di import terus daripada Indonesia dan Filipina. Namun ada juga beberapa perhiasan mutiara yang dihasilkannya sendiri mengikut kehendak pelanggan. Katanya semasa membeli barangan di Pasar Filipina, pelanggan perlu bijak tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih menarik.
“Kesemua mutiara yang kami jual adalah tulen. Namun harganya bergantung kepada kualiti serta jenis mutiara tersebut. Selalunya mutiara air tawar akan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding mutiara air masin. Ini kerana tiram untuk menghasilkan mutiara itu diternak dan bukannya hidup secara semulajadi di laut dalam,” terangnya panjang lebar.


INFO PASAR FILIPINA
* Pasar Kraftangan Kota Kinabalu lebih dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk dan pelancong. Ia merupakan satu tempat yang cukup terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Ia terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.
* Terdapat beraneka kraftangan dijual di sini. Selain cenderamata dan kraftangan tempatan seperti rantai kunci, T-shirt dan ukiran kayu, ada juga kraftangan daripada negara-negara Asia yang lain.

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping MPPB_03451Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping MPPB_03452
* Kain sarung batik, tikar rotan, ukiran khat, kerongsang dan juga mutiara merupakan antara barangan paling popular di pasar ini.

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping MPPB_03453Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping MPPB_03454
* Selain Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, pasar ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi hingga 6:30 petang.
* Untuk ke Pasar Filipina anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dengan bayaran RM7 dari mana-mana tempat di bandaraya atau pun berjalan kaki beberapa minit daripada terminal bas bandaraya yang terletak tidak jauh dari situ.
* Jika menginap di hotel Promenade, Beverly, Berjaya Palace, Jesselton, Hyatt, Shangri-la Tanjung Aru, Magellan atau Pacific Sutera, perkhidmatan bas perantara ada disediakan dan akan membawa anda bersiar-siar di sekitar bandaraya. Jika menginap di Le Meridien, pasar kraftangan ini terletak di seberang jalan sahaja.


SEJARAH PASAR FILIPINA
* Pasar kraftangan dibuka awal tahun 70-an ketika era pemerintahan BERJAYA. Ketika itu, ia terletak di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu. Pada tahun 1978, pasar ini dipindahkan ke belakang bangunan Bank Negara, berhampiran Kompleks Sinsuran dan Plaza KK.
* Pasar ini dipindahkan sekali lagi pada awal 80-an ke bangunan UNHCR. Bangunan ini dulu merupakan penempatan sementara pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah sewaktu berlakunya perang di selatan Filipina pada tahun 70-an.
* Selepas itu, pasar ini tidak dipindahkan lagi dan kekal di situ sehingga kini. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia berkembang, kraftangan tempatan dan produk negara lain mula dijual oleh peniaga di sini.
* Pasar ini dikenali dengan beberapa nama. Selain Pasar Kraftangan, ia juga dikenali sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR di kalangan penduduk tempatan. Pasar ini kini menjadi kawasan popular di bandaraya Kota Kinabalu
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12079
Reputation : 0
Number of posts : 737

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime18/2/2008, 9:38 pm

land below the wind..... respek respek respek Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12246
Reputation : 0
Number of posts : 1159

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime18/2/2008, 10:43 pm

ini area bini ku ni..

masuk 1000 keluar 10 ringgit..
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12179
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime19/2/2008, 3:15 pm

iya ba otai ....kalau perempuan sudah masuk ke sini pasar Filipina ndak sedar duit habis semua pun mau di beli pale
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Princess_Cutie01
REGULAR
REGULAR
Princess_Cutie01

Female
Age : 33
location : Sabah
Points : 12100
Reputation : 0
Number of posts : 384

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime24/2/2008, 3:48 pm

apa ada dalam tu kak pasar tu kak??
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12152
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime24/2/2008, 4:53 pm

kalau sy ada kat sana..sy nak beli handbag bnyk2..sy slh sorang pengumpul handbag!!!
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14854
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime28/6/2008, 11:17 am

Princess_Cutie01 wrote:
apa ada dalam tu kak pasar tu kak??
mcm2 ada... selalu kalo mau pulang kampung, satu pasar mau dibeli kalo blh... hehehe....
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12163
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime13/7/2009, 10:29 am

Very Happy MURAH MURAH KA BARANG NYA TU KA Very Happy
Back to top Go down
adzul almy
FRESHIE
FRESHIE
adzul almy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : kota kinabalu
Points : 10993
Reputation : 1
Number of posts : 9

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime15/1/2010, 4:25 pm

nama "Pasar Filipina" udah nda pakai lagi
sekarang dah jadi Pasar Kraftangan
adakah patut pasar kat sabah filipina dapat nama ???
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12204
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime15/1/2010, 4:44 pm

adzul almy wrote:
nama "Pasar Filipina" udah nda pakai lagi
sekarang dah jadi Pasar Kraftangan
adakah patut pasar kat sabah filipina dapat nama ???


tidak patut!....tukar p pasar kftngn kota kinabalu,tu yg ngam,) Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping 735631 macam d kay2 bah uhuhu....
Back to top Go down
Sponsored content




Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Empty
PostSubject: Re: Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping   Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pasar Filipina Syurga buat kaki shopping

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
Jump to: