SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Formula untuk berjaya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Formula untuk berjaya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Formula untuk berjaya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12517
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Formula untuk berjaya Empty
PostSubject: Formula untuk berjaya   Formula untuk berjaya Icon_minitime8/2/2008, 10:53 am

Formula untuk berjaya


Jangan takut dengan kegagalan, penderitaan dan kesengsaraan. Selagi kita tidak berputus asa, maka kejayaan semakin menghampiri.Formula untuk berjaya Fa_01.1
MELALUI kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan berhubung kekuatan dan kelemahan diri.



Formula untuk berjaya Fa_01.2


Kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang sangat penting. Setiap kali gagal kita dirangsang untuk berusaha lebih kuat dan semakin hampir dengan kejayaan. Kejayaan dan kegagalan sentiasa silih berganti. Hari ini kita gagal dan kecewa, esok kita mungkin berjaya dan gembira.
Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa, kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan.
Kita tidak gagal selagi tidak berputus asa. Melalui kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Selepas itu, barulah kita menemui formula baru untuk meraih kejayaan.
Ramai orang yang kaya raya menjadikan penderitaan hidupnya sebagai perantaraan untuk mengecapi kekayaan. Oleh itu jangan kita takut dengan penderitaan dan kesengsaraan kerana ia memberi kekuatan dalam kehidupan.
Pengalaman hidup gagal
Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk gagal dua atau tiga kali adalah lumrah. Gagal selama-lamanya adalah takdir. Apakah kita terlalu tua untuk berjaya?
Mungkin tidak. Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, beliau menyedari perlu melakukan sesuatu.
Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, berapa banyak pintukah yang perlu diketuknya sebelum mendapat pesanan pertama? Lebih 100 buah restoran menolak kerana tidak yakin dengan resipinya. Hari ini anda dapat lihat restoran KFC di hadapan rumah anda.
Berapa ramai di antara kita yang berhenti selepas tiga percubaan, 10 percubaan, 100 percubaan, kemudiannya berhenti dan berkata, "Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi gagal."
Enggan mengalah adalah kuasa kejayaan. Sikap tidak berputus asa menjadikan orang yang gigih berusaha dapat mencapai kejayaan. Contohnya ialah tokoh-tokoh yang telah mencipta pelbagai peralatan moden yang dapat kita gunakan pada hari ini.
Alexander Graham Bell telah mencipta telefon. Walaupun ramai orang mentertawakannya, beliau tidak mempedulikan kritikan mereka. Akhirnya, telefon telah melalui revolusi yang sangat besar dalam sejarah hidup manusia.
Pada tahun 1956, Lars Magnus Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh yang pertama di dunia, sekali gus menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi.
Dikenali sebagai Mobile Telephony A (MTA), beratnya adalah 40 kilogram dan dipasang dalam kenderaan. Pada tahun 1991, Ericsson melancarkan sistem telefon bimbit moden yang dikenali sebagai Nordic Mobile Telephony (NMT).
Kemudian GSM global diperkenalkan pada tahun 2001, standard rangkaian 3G dilancarkan sebagai evolusi kepada GSM untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan sehingga 3.6 megabit sesaat.
Henry Ford telah mencipta kereta tetapi terlupa untuk meletakkan gear undur dalam kereta pertama yang dihasilkannya. Sebelum itu, beliau telah papa ketika berusia 40 tahun.
Editorial New York Times pada 10 Disember 1903 telah mempersoalkan keupayaan Wright Brothers mencipta kapal terbang. Mana mungkin sebuah jentera yang lebih berat daripada udara mampu terbang. Seminggu kemudian di Kitty Hawk, Wright Brothers tersenyum menaiki penerbangan pertama mereka.
Thomas Alva Edison pernah bermimpi lampu yang boleh menyala dengan menggunakan tenaga elektrik dan dengan usaha yang gigih, beliau melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Latar belakangnya? Thomas Edison seorang yang separa pekak dan hanya tiga bulan mempunyai pendidikan formal.
Sentiasa dan terus mencuba
Seorang pemuda dari kampung ingin mencuba nasib di bandar raya besar Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan. Satu malam pemuda ini berfikir panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan hidupnya.
Formula untuk berjaya Fa_01.3


Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperoleh ijazah yang diidamkannya.
Pemuda ini ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau menceburi bidang politik sebagai ahli biasa sebuah parti. Usaha dan setianya kepada parti telah menarik keyakinan ahli-ahli dalam parti untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau menjadi presiden mereka.
Dalam satu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil dan meyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda yang dimaksudkan ialah Kakuei Tanaka.
Pilih proaktif atau reaktif?
Anda juga boleh menjadikan impian hidup masa depan sebagai satu kenyataan. Malah lebih mudah kerana manusia di sekitar anda lebih bersifat terbuka dan sedia membantu. Tetapi anda harus memilih satu antara dua : proaktif dan reaktif.
Tindakan proaktif biasanya disusuli dengan sikap positif iaitu perasaan yakin boleh, sentiasa menilai dan membuat perbandingan seperti, "Orang lain buat, kenapa aku tidak boleh?", sentiasa mencuba, menerima idea baru dan berfikiran terbuka.
Tindakan reaktif banyak dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran reaktif seperti enggan menerima idea, selalu memberi alasan, takut kepada cabaran dan tidak bersedia berkorban untuk berjaya.
Tidak ada sesiapa yang akan memberi tongkat sakti kepada anda kerana sememangnya ia tidak pernah wujud. Dunia menghargai orang yang menjadi pelaksana bukannya pemerhati, pemberi bukannya penerima.
Tanpa kerja keras dan keinginan untuk bangun kembali, tidak akan ada kejayaan. Ketabahan, keyakinan, kesungguhan, keberanian dan tidak takut gagal adalah resipi terbaik untuk anda kembali menyusun strategi dan membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang yang hebat. Mental anda beribu-ribu kali ganda lebih hebat daripada fizikal anda. Oleh itu anda harus ingat anda orang yang hebat.


Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12784
Reputation : 0
Number of posts : 649

Formula untuk berjaya Empty
PostSubject: Re: Formula untuk berjaya   Formula untuk berjaya Icon_minitime8/2/2008, 6:08 pm

jadi klo nak berjaya seseorang perlu tahu mcmana nak kendalikan kegagalan....sesetgh org tak memperbaiki kelemahan diri walaupun acap kali ditimpa kegagalan...
Back to top Go down
ikankalui
PARTNER
PARTNER
ikankalui

Male
Countries/State : Sabah
Age : 47
location : Putatan-Kota Kinabalu
Website : www.dcl2u.webs.com
Points : 12567
Reputation : 0
Number of posts : 1209

Formula untuk berjaya Empty
PostSubject: Re: Formula untuk berjaya   Formula untuk berjaya Icon_minitime20/2/2008, 4:41 pm

vijay91hebat wrote:
jadi klo nak berjaya seseorang perlu tahu mcmana nak kendalikan kegagalan....sesetgh org tak memperbaiki kelemahan diri walaupun acap kali ditimpa kegagalan...

Very Happy org tu macam kalau ikut Dr Fazilah Kamsah...umpama di patuk ular yang sama 2 kali d lubang yg sama Laughing Laughing
Back to top Go down
http://www.dcl2u.webs.com
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12517
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Formula untuk berjaya Empty
PostSubject: Re: Formula untuk berjaya   Formula untuk berjaya Icon_minitime22/2/2008, 9:25 am

Ni satu artikel yang saya ambik dari kosmo online mengenai kisah kejayaan seorang peniaga........baca dan renungkan lah Suspect


Dari RM50 ke RM100,000

Oleh Soraya Jamal


Di Malaysia bukan tak boleh cari duit. Orang dari luar datang ke negara ini bekerja berhempas pulas kumpul duit, kenapa kita susah?
Formula untuk berjaya Va_01.1
T. Sundaresan kini memiliki rangkaian perniagaan yang menjana pendapatan purata RM100,000 sebulan.




Dua puluh tahun lalu, T.Sundaresan, 40, menyara keluarga dengan berniaga di pasar malam. Pendapatan beliau ketika itu cuma RM50 sehari. Itu pun kalau cuaca baik.
Kini, anak jati Selangor itu memiliki rangkaian perniagaan yang menjana pendapatan purata RM100,000 sebulan.
"Di Malaysia bukan tak boleh cari duit. Orang dari luar datang ke negara ini bekerja berhempas pulas kumpul duit, kenapa kita susah," hujahnya.
"Kalau malas memang tak boleh. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan," tambahnya.
Kedengaran sangat mudah, tetapi hakikatnya usaha memang tangga kejayaan.
Menjual permainan Pada usia 19 tahun, ketika kebanyakan rakan sebaya Sundaresan masih lagi tercari-cari tujuan hidup, beliau membuat keputusan untuk berniaga barang permainan di pasar malam dengan bermodalkan RM300 dan sebuah motosikal.
Kemudian pada awal 1990-an, Sundaresan membeli van jenis Chevrolet C20 dan menambah produk jualannya. Selain barang permainan, beliau turut menjual produk berasaskan plastik. Selepas beberapa tahun, Sundaresan membeli lori satu tan dan kali ini, beliau turut menjual pasu. Waktu itu, negara sedang dilanda kemelesetan ekonomi.
"Hari-hari, saya akan pergi ke kilang di Yong Peng, Johor untuk ambil stok. Keluar pukul 3 pagi dan menjelang 6 petang, saya akan mula berniaga di pasar malam sekitar Lembah Klang. Inilah rutin saya setiap hari," kata Sundaresan.
Melihatkan vannya tidak digunakan, timbul idea untuk memulakan perkhidmatan pengangkutan supaya tidak terbazir begitu saja. Apatah lagi ketika itu, kawasan rumahnya di estet Glenmarie dan Kampung Saujana masih belum mempunyai pengangkutan awam dan sekolah pula agak jauh.
Tidak berhenti setakat itu dan berpuas hati dengan usahanya menambah pendapatan, Sundaresan mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan runcit secara kecil-kecilan di rumah.
Bijak hidu peluang Itu cerita dulu. Hari ini, Sundaresan memiliki tiga buah bas dan sebuah van sekolah. Beliau juga memiliki kedai runcit, restoran dan turut menguruskan kantin serta perkhidmatan katering.
Bapa dua anak ini bijak menghidu peluang perniagaan. Apabila melihat terdapat kedai kosong selang sebelah kedai runcitnya tiga tahun lalu, Sundaresan mengambil peluang membuka restoran.
Dengan modal RM80,000, Sundaresan membuka Restoran Ikan Tenggiri yang diuruskan oleh adiknya, T.Ramesh yang juga seorang pelakon.
Formula untuk berjaya Va_01.2





Sambutan baik terhadap restorannya membuatkan beliau berkeyakinan dengan industri makanan dan minuman. Lantas Sundaresan melebarkan sayapnya menguruskan kantin pejabat dan menawarkan perkhidmatan katering.
Namun semua yang dimiliki Sundaresan hari ini tidak datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras. Apatah lagi semua dilakukan tanpa bantuan atau suntikan modal dari sesiapa. Pinjaman bank pun hanya diambil untuk membeli kenderaan.
Tak dapat beliau lupakan sewaktu kedai runcitnya dirompak empat tahun lalu. Malah pada tahun 2006, kedainya dilanda banjir yang mengakibatkan kerugian sehingga RM60,000.
"Saya terpaksa bermula dari kosong balik," katanya.
Cabaran bukan saja dalam mengumpulkan modal, tetapi juga dalam menguruskan kewangan seperti pusingan modal.
Kata Sundaresan, masalah pekerja juga kadang-kadang membebankan.
"Bukan senang nak ambil pekerja asing. Orang tempatan pula memilih kerja dan banyak kerenah. Kadang-kadang terpaksa minta bantuan anak dan saudara," kata Sundaresan yang turut menjaga anak dan isteri mendiang abangnya yang meninggal dunia 15 tahun lalu.
Cuti setahun sekali Kedai runcitnya dibuka setiap hari sekalipun cuti umum dan hari Deepavali. Perniagaannya cuma ditutup setahun sekali iaitu ketika beliau sekeluarga ke Chennai, India untuk upacara kesyukuran.
Sehingga hari ini, Sundaresan masih lagi memandu bas sekolahnya sekalipun beliau menggaji 16 orang pekerja.
"Selalu juga tak boleh tidur memikirkan perniagaan. Mesti kena sabar. Kadang-kadang memang terfikir untuk jual saja perniagaan tetapi itu bukan penyelesaian jangka panjang," katanya.
Mujur Sundaresan bertuah memiliki seorang isteri yang memahami kesibukan kerjanya.
"Dialah tangan kanan saya. Malah dia juga turun padang membantu menjaga kedai runcit ketika saya sibuk memandu bas dan memantau perniagaan lain," kata Sundaresan.
Tiada rahsia, hanya usaha Bagi Sundaresan, tiada rahsia dalam kejayaannya. Hanya usaha dan kegigihan.
"Kita tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain kerana dalam perniagaan, kita kena bertanggungjawab, bukan hanya menanam modal," katanya.
Menurutnya, sesiapa yang memilih untuk menceburi perniagaan mesti komited, bersedia untuk mengerah tenaga tak mengira waktu dan mengambil tahu apa yang sedang berlaku dalam perniagaan.
Tambahnya lagi, dalam perniagaan mesti berhati-hati dan tidak boleh lepas tangan. Perancangan jangka panjang mesti dibuat dengan sebaik mungkin serta mesti kreatif dalam mencari idea dan menyelesaikan masalah.
"Janganlah ada yang ingat... hari ini mula meniaga, esok sudah kaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya," katanya.
Katanya, pengalaman sangat penting. Jadi, jangan terburu-buru dan ghairah untuk mendapat keuntungan besar.
"Dalam perniagaan bukan boleh bersuka ria. Ada orang yang meniaga untung RM10, tapi belanja RM12. Macam mana?
"Paling penting dalam hidup ialah jangan cepat putus asa. Ini kerana hanya kita dapat mengubah nasib sendiri," kata Sundaresan menutup bicara. - Bernama
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 33
location : Labuan
Points : 12784
Reputation : 0
Number of posts : 649

Formula untuk berjaya Empty
PostSubject: Re: Formula untuk berjaya   Formula untuk berjaya Icon_minitime22/2/2008, 7:49 pm

ikankalui wrote:
vijay91hebat wrote:
jadi klo nak berjaya seseorang perlu tahu mcmana nak kendalikan kegagalan....sesetgh org tak memperbaiki kelemahan diri walaupun acap kali ditimpa kegagalan...

Very Happy org tu macam kalau ikut Dr Fazilah Kamsah...umpama di patuk ular yang sama 2 kali d lubang yg sama Laughing Laughing
btl 2
Back to top Go down
Sponsored content




Formula untuk berjaya Empty
PostSubject: Re: Formula untuk berjaya   Formula untuk berjaya Icon_minitime

Back to top Go down
 

Formula untuk berjaya

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: