Liverpool berjaya ikat ChelseaCARRAGHER (kiri) diasak penyerang Chelsea, Anelka pada pertemuan di Stamford Bridge semalam.
LONDON - Chelsea mempersia-siakan peluang untuk kembali bersaing dalam perebutan juara Liga Perdana England apabila diikat tanpa jaringan oleh Liverpool semalam.
Pasukan
The Blues itu mungkin mampu mengurangkan perbezaan mata dengan Arsenal kepada tiga mata sekiranya menang di Stamford Bridge, namun Liverpool membuktikan bahawa mereka bukan sebuah pasukan yang mudah untuk digugat.
Skuad bimbingan Rafael Benitez itu berpeluang menamatkan rekod hambar andai penyerang tinggi lampai Peter Crouch menyempurnakan dengan baik peluang menjaringkan gol di depan pintu gol lawan.
Ini merupakan kali kelapan Liverpool gagal meledakkan sebarang gol pada kunjungan mereka ke gelanggang kelab dari London barat itu.
Chelsea mungkin ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal sekiranya
The Gunners menang ke atas Blackburn hari ini, sementara Liverpool pula kini tiga mata di belakang pasukan tangga keempat, Everton.
Chelsea sekurang-kurangnya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri kepada 76 perlawanan, rekod yang dicipta sejak empat tahun lalu.
Liverpool yang turun tanpa penyerang, Fernando Torres yang mengalami kecederaan mempunyai peluang pertama menerusi Ryan Babel, namun percubaannya tidak menepati sasaran.
Tandukan Crouch pula berjaya diselamatkan penjaga gol Chelsea, Peter Cech manakala percubaan Gerard pula tersasar.
Chelsea pula mempunyai pelaung terbaik menerusi Nicolas Anelka, namun ia masih belum cukup untuk menewaskan Pepe Reina. - AFP