rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Saksikan lima yang cantik dan lima yang jelik di karpet red 24/2/2008, 12:55 am | |
| First topic message reminder : | |
|
|
|
|
Anugerah Grammy ke-50 yang berlangsung di Staples Center California pada 10 Februari telah menghidangkan fesyen artis di karpet merah yang menarik untuk ditonton dunia. Ramai artis telah memilih rona biru untuk digayakan tetapi ada yang kena dan tidak kurang yang tersasar. Saksikan lima yang cantik dan lima yang jelik di karpet merah Anugerah Grammy 2008.
|
Rihanna kelihatan muda, seksi dan funky dalam gaun biru luarbiasa ciptaan Zac Posen. Dengan rambut pendek baru yang segar dan aksesori yang ringkas, Rihanna boleh suruh siapa sahaja duduk di bawah “Umbrella” dia. |
|
Kuning is in! Fergie nampak anggun dalam gaun labuh kuning lembut tidak berbahu ciptaan Calvin Klein dan kali ini Fergie tidak “Clumsy” berjalan di karpet merah dengan memastikan semua asetnya tertutup rapi. Err… tidak keseluruhan tubuh tetapi inilah yang paling sopan setakat ini daripada Fergie |
|
Berani mengenakan gaun labuh fabrik sarat bermotif ciptaan Zuhair Murad, Carrie Underwood menonjolkan seksi southern style dalam caranya yang tersendiri. Siapa kisah if “He Cheats”, yang ruginya dia! |
|
Natasha Bedingfield memilih rona ungu menarik hasil rekaan Reem Acra. Walaupun rambutnya nampak berusia ala Marilyn Monroe, gaun bertali pinggang empat segi ini nampak cantik bergaya. Dengan gaya sebegini, sesiapa pun sudi kalau Natasha kata, “I wanna have your babies”. |
|
Memilih untuk muncul dengan warna default karpet merah, Faith Hill elegan dengan gaun hitam labuh bahu sebelah ciptaan Valentino. Anting-anting labuh gaya Bollywood berwarna merah dan rambut yang disisir rapi menjadikan Faith Hill cukup bergaya malam itu. |
|
Corinne Bailey Rae kelihatan seperti ikan duyung tak cukup sisik dalam baju rekaan Esther Williams ini. Ketiadaan sebarang aksesori dan kasut yang membosankan menempatkan Corinne dalam senarai si jelik di Anugerah Grammy 2008. |
|
Miley Cyrus baru berumur 15 tahun tapi rambut dia macam dah tumbuh selama 30 tahun. Gaun pendek warna putih daripada Celine ini sesuai dengan Miley tetapi kalau rambutnya dapat di’segarkan dan mengenakan solekan yang lebih remaja, Miley pasti masuk senarai ‘Yang Cantik’. |
|
Di mana nak mula bercakap tentang fesyen Nelly Furtado malam itu? Semuanya kelam kabut dan menyakitkan mata. Kata dia, dia sendiri pilih fabrik ini untuk direka oleh Arthur Mendoza, pereka dari Kanada. Secara ringkasnya, rambut karat, kulit karat, gaun sarat! |
|
Fesyen ini tidaklah jelik tetapi gaun sebegini sudah dijangka dari Beyonce. Gaun labuh kembang ketat dipinggang ciptaan Elie Saab ini membosankan dan tiada memberi kesan wow langsung. Beyonce perlu berani mencuba gaya yang lain agar lebih menyerlah lain kali |
|
Tengok sahaja gaun ini rasa nak ambil buat tutup meja bulat tepi televisyen yang selalu ada di kampung-kampung. She’s trying too hard. Untuk umur semuda 18 tahun, Taylor Swift sepatutnya memilih gaun yang ringkas dan segar serta fesyen rambut yang lebih edgy. |
|
|
|
|