SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Suara sejuta Ayu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Suara sejuta Ayu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Suara sejuta Ayu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12419
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Suara sejuta Ayu Empty
PostSubject: Suara sejuta Ayu   Suara sejuta Ayu Icon_minitime2/3/2008, 11:32 am

Suara sejuta Ayu


JUTAWAN segera! Asalnya hanya dari kampung dan dia sendiri punya kurang keyakinan terhadap kecantikan tapi One in a Million (OIAM) membuktikan bakat menjadi pilihan.
Nyata kemantapan vokal, persembahan yang konsisten dan sentiasa mendapat komen-komen positif juri tetap, Paul Moss dan Syafinaz Selamat memberikan asas kukuh untuk Ayu mengungguli musim kedua OIAM yang berlangsung malam Jumaat lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Paling utama, Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit mendapat sokongan padu peminat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membolehkannya mengaut hadiah wang tunai RM1 juta, habuan paling tinggi setakat ini yang pernah ditawarkan oleh sebuah program realiti di negara ini.
Mempersembahkan tiga lagu, memilih lagu Ceritera Cinta sebagai lagu pilihan, selain sebuah lagu pilihan juri, Samudera, Ayu turut menonjol dengan lagu balada Hanya Di Mercu, sebuah lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Habsah Hassan.
Gelaran
Berentap menentukan gelaran juara bersama Shila atau Nur Shahila Amir Amzah, kemenangan yang ditentukan seratus peratus SMS itu memperlihatkan Ayu memperoleh 62 peratus undi meninggalkan jauh saingannya yang hanya memperoleh 38 peratus daripada keseluruhan jumlah undian 167,977 berdasarkan undian selama sejam selepas pengumuman Top 2.
Siti Sarah Raisuddin atau Sarah pula walaupun berjaya menjadi peserta akhir Top 3 namun terpaksa akur dengan nasibnya apabila disingkirkan setelah tidak berjaya meraih undian terbaik mengatasi Ayu dan Shila.
Sementelah pada musim ini, penerbitnya, 8TV menetapkan hanya dua peserta akhir ‘bertarung’ dengan alasan untuk memudahkan khalayak membuat pilihan selain mewujudkan satu persaingan yang benar-benar sengit pada final kali ini.
Dan tanpa sokongan peminat, mungkin Ayu tidak mampu mencapai tahap tertinggi itu malah gadis berusia 18 tahun itu menganggap dirinya amat kerdil berbanding Shila dan Sarah yang mempunyai pengalaman luas di pentas.
“Tetapi apabila Sarah tersingkir, ia memberikan saya satu kelegaan dan kemenangan ini juga memberikan saya satu keyakinan bahawa kecantikan bukanlah segala-galanya,” kata Ayu ketika sidang akhbar yang diadakan selepas pertandingan itu.
Ayu juga memberitahu amat berterima kasih dengan sokongan padu peminat dan akan menggunakan wang kemenangannya itu untuk membeli sebuah rumah untuk keluarganya di samping memperbetulkan giginya selain urusan kerjayanya dalam bidang seni.
Shila yang menyampaikan lagu-lagu Contigo En La Distancia, medley Oops I Did It Again/Stuck dan lagu baru Memori Tercipta ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Tinta-s pula menganggap kemampuan untuk sampai ke peringkat Top 2 merupakan antara usaha gigihnya membuktikan keupayaan sebagai penyanyi.
“Saya mahu melihat sejauh mana saya mampu pergi dan menonjolkan apa yang belum pernah saya tonjolkan sebelum ini,” kata Shila.
Sementara Sarah yang mempunyai pengaruh besar pula menganggap penyingkirannya sebagai satu qadak dan qadar serta rezeki yang tidak memihak kepadanya.
“Tetapi saya harus terus berjuang dalam industri muzik,” kata Sarah yang tetap berpeluang menyanyikan lagu baru ciptaan Audi Mok, Pasti Berbeza pada persembahan selingan OIAM2.
Kemana selepas ini?
Tidak dinafikan, peserta ke final mempunyai bakat tersendiri dan kehebatan masing-masing malah Shila dan Sarah mempunyai kelebihan kerana mempunyai pengalaman luas di pentas berbanding Ayu.
Namun tanpa kelainan dan perubahan sukar memancing khalayak dan peminat khususnya pengundi baru.
Ini kerana penggemar mencari faktor-X yang bukan sahaja diperoleh melalui kemantapan vokal dan persembahan di pentas.
Ayu mungkin tidak punya pengalaman sebagai penyanyi rakaman malah dianggap tidak mempunyai pakej tetapi dia membuktikan berjaya membawa perubahan-perubahan pada setiap kemunculannya.
Ini menguatkan keinginan khalayak dan peminat OIAM2 untuk memberi sokongan kepada diri anak jati Sabah itu.
Begitu juga dengan Shila yang walaupun mempunyai pengalaman sebagai artis tetapi popularitinya hanya memuncak sebaik dia menyertai OIAM kerana dia memberikan satu ‘wajah’ baru kepada peminat.
Berbanding Sarah yang pada awal-awal minggu sering kali menduduki tangga bawah akibat persembahan yang sering kali dianggap sebagai satu persembahan biasa.
Pun begitu, yang menjadi persoalan kini ialah bagaimana nasib juaranya kali ini? Kerana pencarian suara bernilai RM1 juta itu bersandarkan satu matlamat.
Untuk membolehkan pemenangnya mengembangkan bakat dengan menggunakan wang yang dimenangi itu sepenuhnya dalam mengasah kerjaya sebagai penyanyi dengan lebih baik.
Malah OIAM antara platform terbaik menjana dana untuk industri hiburan selain membolehkan peserta yang memenanginya melakukan promosi lebih baik dalam peningkatan kerjaya masing-masing.
Ini kerana jika dilihat kepada corak musim lalu, naib juaranya lebih menonjol berbanding sang juara. Lihat nasib Suki hari ini kerana selepas tamat OIAM2 pun, albumnya masih belum dipasarkan.
Penggemar
Berbanding Faizal Tahir yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan.
Apakah corak yang sama juga bakal berlaku kepada juara musim ini? Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar memberikan janjinya.
“Sekarang perancangannya lebih tersusun dan kami sudah bersedia untuk menerbitkan album Ayu secepat yang mungkin.
“Malah bukan sahaja pelaburan sejuta ringgit untuk Ayu malah kami turut mengesahkan bahawa akan mengambil Shila sebagai artis,” jelasnya.
Diacarakan oleh Awal Ashaari dan Marion Counter, OIAM2 telah disiarkan pada setiap hari Jumaat bermula 21 Disember untuk mencari yang terbaik daripada kalangan kelompok Top 12 yang turut disertai artis-artis Intan Sarafina dan Shajiron (Rony) yang mencuba nasib bersama-sama Tunku Tiara Yasmin Sofia (Tiara), Nor Azrinna (Rina), Joni Tham Chi Won (Joni), Khairullah Ezuan (Iz), Shone Eric Jr. Majimbun (Shone), Abraham Edwin Dungot (AB) dan Mark Glenn Malim (Mark).
Masih mengekalkan konsep ‘kalah-mati’ pada pusingan kelayakan, para peserta dikehendaki melalui cabaran yang memerlukan mereka dipasangkan menjadi 10 pasangan dan bersaing sesama sendiri. Dari situ, 10 orang pemenang dikenal pasti manakala baki dua orang lagi peserta dipilih melalui pilihan juri untuk melayakkan mereka bergelar Top 12.
Meneruskan tradisi musim pertama OIAM, para penonton bukan sahaja berpeluang untuk mengundi masuk peserta yang digemari tetapi juga mengundi keluar peserta yang kurang digemari dari pertandingan ini.
Cuma untuk kelainan dan menjana lebih kehangatan, OIAM membuat percaturan mempertandingkan hanya dua peserta akhir pada malam kemuncaknya berbanding tahun lalu apabila ketiga-tiga finalis berentap memberi persembahan.
Diterbitkan stesen 8TV, walaupun ke udara lewat setengah jam daripada siaran yang berlangsung di Stadium Malawati, ia bukan punca ‘mengganggu’ tumpuan penggemar menonton final OIAM.
Malah biarpun program itu yang terpaksa menerima tempias digantung hak siaran langsungnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gara-gara kontroversi ciptaan naib juara OIAM musim lalu, Faizal Tahir, ia nyata mencipta polemiknya tersendiri apabila memilih bakat sebagai penentu segalanya
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
 

Suara sejuta Ayu

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: