| Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah | |
|
|
Author | Message |
---|
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 1/5/2008, 12:06 pm | |
| DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.
"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.
Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.
Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.
"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.
"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.
Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.
Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.
Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.
Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.
Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.
Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.
Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.
Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.
"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.
"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.
Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.
Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit. Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.
Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.
Last edited by drakult on 1/5/2008, 12:20 pm; edited 2 times in total |
|
| |
sdil_trdtoms CONTRIBUTOR
Age : 41 location : w.p labuan-kk-sdk Points : 12460 Reputation : 0 Number of posts : 1199
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 1/5/2008, 12:11 pm | |
| Drakult kasi ubah font saiz tulisan mu tu pyh kan baca...sama kasi wna yg cerah tulisan font tue TQ |
|
| |
andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12535 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 2/5/2008, 5:30 pm | |
| Tun Mahathir adalah jauh lebih baik daripada badawi.. |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12391 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 3/5/2008, 1:27 pm | |
| Tun Mahathir adalah wira Malaysia.... tanpa dia, xla kita megecapi pembangunan yg begini pesat... |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14352 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 4/5/2008, 12:03 pm | |
| - andypeterh wrote:
- Tun Mahathir adalah jauh lebih baik daripada badawi..
bro knapa bgini bro..?aku nda taw pasal politik2 nie...flywheel,cover,lining tau lg aku hehehe.... |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 7/5/2008, 1:28 pm | |
| kereta sama jak mcm pemimpin.. klu pandai bikin makin laju la dia punya lari. pasang g turbo. bah.. secara ringkasnya, klu kereta bagus. jalan pun semacam jak, gitu ga pemimpin. klu bagus pentadbiran, negara pun cantik ja pembangunannya. tp kereta klu sudah buruk.. kasi jual pun org tidak amik. last masuk kedai besi buruk jual ikut kilo. untung juga ma.. <--- apa yg aku mengarut ni |
|
| |
ekinasri256 JUNIOR
Age : 41 Points : 12646 Reputation : 0 Number of posts : 125
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 17/6/2008, 5:35 pm | |
| he will alwayz be my idol.. |
|
| |
fantasia FRESHIE
Age : 54 location : Penampang Points : 11988 Reputation : 0 Number of posts : 13
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 18/6/2008, 9:18 am | |
| Jangan main main Tun Mahathir...George Bush sama George Soros pun gentar kalu jumpa dia ni .... 8) |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12391 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 18/6/2008, 9:25 am | |
| - fantasia wrote:
- Jangan main main Tun Mahathir...George Bush sama George Soros pun gentar kalu jumpa dia ni .... 8)
sokong ko fantasia bola madu.... Tun still myidol.... |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12357 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 18/6/2008, 10:28 am | |
| tun dr mahadir...dulu bilang org jahat tapi klu ada masalah rakyat tak di ketepikan..sekarang..pm baru.. ada masalah negara rakyat yg paling sengsara...contoh harga barang dan minyak..naik..sokong kah kata aku ni... |
|
| |
kuai MODERATOR
Countries/State : Age : 38 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 03039 Points : 11998 Reputation : 0 Number of posts : 1258
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 23/6/2008, 11:23 am | |
| saya sokong dr.mahathir...!!!!!! |
|
| |
kabul FRESHIE
Age : 48 Points : 12436 Reputation : 0 Number of posts : 73
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 3/7/2008, 10:05 am | |
| kalau ditanya seluruh malaysia...siapa pemimpin yang dikagumi????? pasti TUN MAHATHIR... aku pun sama. |
|
| |
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14021 Reputation : 10 Number of posts : 2993
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 3/7/2008, 10:25 am | |
| |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12606 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 3/7/2008, 12:00 pm | |
| |
|
| |
hYNdrAkrAziE REGULAR
Countries/State : Age : 42 location : Beaufort ke Lahad Datu Points : 12108 Reputation : 0 Number of posts : 390
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 3/7/2008, 11:42 pm | |
| dia antara orang paling pintar di dunia...ada ranking niee ooo |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 4/7/2008, 7:56 pm | |
| |
|
| |
kelisa_hitachi REGULAR
Age : 42 location : keningau~kk Tag ID: : TAG ID : SFC 03153 Points : 12115 Reputation : 0 Number of posts : 315
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 5/7/2008, 11:32 am | |
| saya mesti piilih!!!! |
|
| |
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15190 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 5/7/2008, 11:14 pm | |
| he is the legend.... im very proud with him... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14145 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 6/7/2009, 1:24 am | |
| kalau legend..kecapi lah..nanti sudah tiada baru terasa kehilangan, baru tribute sana sini..macam MJackson..hehe |
|
| |
lovelycreature JUNIOR
Countries/State : Age : 45 location : Sem4na Tag ID: : SFC 06927 Points : 11388 Reputation : 1 Number of posts : 148
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 6/7/2009, 1:38 am | |
| |
|
| |
BIGBOY FRESHIE
Countries/State : Age : 46 location : papar-kk-kb-kk-papar Tag ID: : 08254 Points : 12083 Reputation : 0 Number of posts : 48
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 24/7/2009, 6:07 pm | |
| kita sebagai hamba Allah hendaklah mensyukuri apa yg diberi dan sedia ada. dunia hanya pinjaman, akhirat jua kekal abadi.... saya yg kerja di Tabung Haji dan pernah menunaikan haji pernah merasakan sesuatu kenikmatan tidak terhingga sewaktu berada di Baitullah... suatu yg speechless... Bila berada di depan Kaabah, rasa kerdil diriku, Maha Suci Allah... Allah Maha Besar... dikelilingi jutaan manusia di Kota suci Makkah suatu yg menginsafkan, betapa ramai lagi umatNya yg menjadi hamba, walau di org ternama, kulit putih, hitam, asian, china, india, rusia, amerika, semuanya berpakaian yg sama, putih seperti mana baru lahir kedunia kita dibungkus dengan sehelai kain putih. wajah muslim berseri2 semasa berada di sana ... tak payah nak cakap panjang sini, pergilah... pergi lah jika seruan anda dah tiba... simpanlah di Tabung Haji bukan sebgai utk menunaikan haji sahaja malah sebagai pelaburan yg halal... keuntungan di dunia dan akhirat... cari lah saya jika anda betul2 berminat nak tau lebih... wallahualam... wassalam |
|
| |
aRyE SENIOR
Countries/State : Age : 33 location : K.k L!KAS<-->CpTaNG Tag ID: : SFC 06922 Points : 12136 Reputation : 4 Number of posts : 883
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 24/7/2009, 6:32 pm | |
| |
|
| |
Princess_Cutie01 REGULAR
Age : 34 location : Sabah Points : 12436 Reputation : 0 Number of posts : 384
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 21/8/2009, 3:54 pm | |
| memang terlalu diferent antara badawi dan mahathir... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14145 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 21/8/2009, 4:00 pm | |
| ni keadaannya dalam kaabah... time pembesar arab masuk ni.. |
|
| |
ah chong CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : melbourne,australia Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon Tag ID: : SFC 06241 Points : 12685 Reputation : 10 Number of posts : 1288
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah 31/10/2009, 9:17 pm | |
| lucky him to have a chance..aku pun mau juga kalau dbagi pluang..siapa yang tidak mo ooo kan...aku sanggup bayar lebih...hhhahahaha |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah | |
| |
|
| |
| Tun Mahathir pernah solat dalam Kaabah | |
|