Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun
2007, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff.
Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-
1. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau
kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah,
jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari
10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda
mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton
atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya,
jadi tiada kenaikan gaji.
2. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan
kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
3. WAKTU LUNCH
i) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini
kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
ii) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15
minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil
makanan secara stabil.
iii) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat
selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu
atau teh untuk menguruskan badan.
4. CUTI SAKIT
Mulai 2007 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari
Doktor. Ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik
untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
5. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama
di dalam tandas. Mulai tahun 2007 setiap seorang hanya boleh
menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5
minit secaraautomatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu
akan terbuka dan kemera akan menyala. <>Sekiranya lebih dari 2
kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board
di bawah korum 'staff sembelit'.
6. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa
saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja
kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini
bermakna anda telah melanggar kontrak.
7. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti
membaca e-mail,chatting dan games akan dikenakan bayaran
RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini
akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat
gaji selama 3bulan, ini kerana harga penggunaan internet
sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat
ini. Kami akan cuba<>memberikan perkhidmatan yang terbaik.
Sebarang pertanyaan,komen, aduan,kekecewaan, sakit hati,
bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke
tempat lain
Sekian, terima kasih.