| Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... | |
|
|
Author | Message |
---|
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:27 am | |
| Akuminat cerita pendek tapi lawak... sambil minum2 red guara.. aku curahkan sikit.. lawak jenaka yang aku dapat dari website lain.... enjoy urself... wazzaaaaa.... |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:28 am | |
| Jual Telur Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:29 am | |
| Termos air Seorang yang agak dungu telah memenangi satu cabutan bertuah semasa mengikuti hari keluarga syarikat tempatnya bekerja. Dia telah memenangi hadiah sebuah termos. Walaubagaimanapun dia tidak mengetahui apakah benda itu dan bagaimana menggunakannya. Dia pun bertanya kepada rakan di sebelahnya. Apakah benda ini dan apakah gunanya benda ini?. Rakannya menjawab,"Itu adalah termos. Ia menyebabkan benda panas kekal panas dan benda sejuk kekal sejuk".
Dia ke tempat kerja keesokan harinya. Semasa di pejabat, dia berselisih dengan bosnya.Bosnya bertanya apakah yang dimenanginya semalam. "Termos!", jawabnya pantas. "Ia membuatkan benda panas kekal panas dan benda sejuk kekal sejuk", sambungnya lagi dengan penuh yakin. Bosnya kemudian bertanya, "Apa yang kau isikan dalam termos itu?". "Ohh, saya isikannya dengan kopi panas dan aiskrim", jawabnya dengan penuh bangga. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:31 am | |
| Arahan Selanjutnya Seorang askar baru sedang bertugas mengawal pintu masuk utama.
Arahan untuknya adalah jelas. Tiada kereta dibenarkan masuk kecuali mempunyai sticker khas di cermin hadapannya.
Sebuah kereta tentera yang besar datang dengan seorang Jeneral berada di dalamnya.
Askar pengawal itu berkata, "Berhenti!. Siapa di dalam?"
Pemandu kereta berkenaan, seorang Korporal menjawab, "Jeneral Zaini"
"Maafkan saya. Tuan tidak dibenarkan masuk kerana kereta ini tidak mempunyai sticker khas pada cerminnya."
Jeneral itu berkata, "Pandu terus!"
Askar pengawal itu berkata, "Nanti dulu!. Tuan betul-betul tidak dibenarkan masuk. Saya mendapat arahan untuk menembak jika tuan cuba masuk tanpa sticker khas."
Jeneral itu kemudiannya berkata kepada Korporal dihadapannya, "Saya beritahu kamu, jalan terus!"
Askar pengawal itu kemudiannya merapati cermin belakang kereta dan berkata, "Jeneral, saya baru dalam perkara ini. Adakah saya perlu menembak tuan atau pemandu tuan?". |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:32 am | |
| Pemohon yang jujur Seorang penganggur sedang mengisi borang memohon pekerjaan sebagai seorang Pengawal Keselamatan di sebuah bank. Dia sedang menjawab satu soalan berbunyi "Pernahkan anda ditangkap?". Dia mencatatkan jawapan "Tidak Pernah"
Soalan seterusnya adalah untuk dijawab jika jawapannya adalah "Ya" bagi soalan sebelumnya. Soalannya berbunyi "Jika ya, kenapa?" Tetapi penganggur itu menjawab juga soalan itu dengan menulis "Kerana tidak pernah dapat ditangkap". |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:33 am | |
| Otak Lembu Ahmad dan Ludin berjalan seiringan menuju ke suatu tempat.
Ahmad menyandang sebuah beg besar di belakangnya.
"Hai, Ahmad, " Ludin menyapa. "Apa ada di dalam beg kamu?"
"Ayam", Ahmad menjawab.
"Kalau aku teka berapa jumlahnya, boleh kau berikan aku satu daripadanya?" Tanya Ludin lagi.
"Kau boleh miliki kedua-duanya" Balas Ahmad.
"Baiklah, aku teka ada lima kesemuanya. Betul tak?" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:33 am | |
| Gigi Ada seorang pemuda pergi makan KFC. Sesudah memesan makanannya dia bergerak ke sebuah meja. Sambil menikmati makanannya dia terlihat seorang pasangan tua sedang makan tetapi hanya suaminya sahaja yang menikmati makanan itu sedangkan si isteri itu hanya memerhati.
Dia pun pergi ke meja pasangan itu.dia bertanya kepada nenek itu, "Nenek, kenapa nenek tak makan burger nenek tu? nenek tak suka ke? nak saya tukarkan?". Nenek tu menjawab,"takpelah cu.nenek suka sangat makan burger ni."
Dia tanya lagi,"tapi kenapa nenek tak makan? Biarlah saya tukarkan. Mungkin nenek tak selesa?"."terima kasih cu.nenek memang nak makan burger ni,nenek tengah tunggu gigi atuk ni sebab lepas ni giliran nenek pulak."nenek itu menjawab lagi.pemuda terus senyap dan tidak bertanya lagi. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:34 am | |
| Orang Kampung Balik Kampung Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....
POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:35 am | |
| Pergi tandas Pada waktu persekolahan, ada seorang murid Bernama Azmin ingin pergi ke tandas ... dan ia mengangkat tangannya sambil mengatakan ...
Azmin : Cikgu , bolehkah saye pergi ke tandas dalam masa 1 jam setengah ?? Cikgu : 1 jam setengah ?? ... knapa awk ingin pergi ke tandas dlm 1 jam setengah ?? ... semua murid pergi ke tandas slama 15 minit jee ... kenapa awak 1 jam setangah ?? Azmin : saye ingin pergi ke tandas rumah saya cikgu ... tandas skolah busuk sangat cikgu ... tak sanggup saye tahannya |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:37 am | |
| Minta Cuti ALI: Boss,bleh x sy nak minta cuti krana nenek sy mninggal?
BOSS: Eh,bkn kah dulu nenek awak dah meninggal?
ALI: Ye, tapi datuk sy telah kahwin lagi...
BOSS: ########????? |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:37 am | |
| KuRA-Kur@ T'dpt 3 ekor sahabat kura2..1 ari yg indah,mrk merancang utk mengembara. Maka,mrk pon mbawa la bekalan mknan secukupnyer..
Jln pnya jalan,da agak jauh sampai tetiba ujan pon turun...Lalu berbincangla 3 eko sahabat ni sape yg sanggup berpatah blik amik payung..Kura2 ke3 itu pon bersetuju utk amik payung tp ngan syarat kengkawannyer xleh makan bekalan diorang sampai dia balik..Kawannyer setuju..
Tunggu pny tunggu.. lari berganti lari,kura2 ke3 xgak blik2 lg..sementara 2 ekor kwnnnyer tu da lapa siott.Lalu mrk pon bercadang tuk mkn aje bekalan tuh krana da 4 ari kura2 ke3 tu x balik dan mrk pon da mcm nak mati nyer lapa.
Sebaik aje mahu menjamah hidangan tu.tiba2 "HAAH!!!!! Tgk la korang tipu aku! Aku sembunyi blkg pokok ni br 4 ari pon korang da lupa janji..kalau aku blik pegi amik payung,sure korang terus tgal aku kan!!!!!!!" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:38 am | |
| Kilat Suatu hari ,
Seorang polis telah pergi ke rumah mayat.Dilihatnya keadaan mayat- mayat sedang senyum, lalu dia berasa hairan. Maka dia bertanya kepada si penjaga tentang keadaan mayat tersebut, maka berlakulah dialog tersebut:
Penjaga: Mayat yang pertama mati ketika naik atas pelamin lalu dia kena strok. Mayat yang kedua mati ketika menang loteri kemudian dilanggar kereta. Mayat yang ketiga mati kerana di panah petir.
Polis tersebut berasa hairan kerana takkanlah dipanah petir pun masih dalam keadaan senyum. Dia pun bertanya sekali lagi, maka inilah jawapan penjaga.
Penjaga: Sebenarnya, dia telah salah faham. Dia sangka ada orang ingin mengambil gambarnya, lalu dia senyum. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:39 am | |
| tiru meniru Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian.setiap kali ujian,Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.
ayah: saya tak percaya anak saya menru setiap kali ujian!
cikgu: betul encik.kami bukan tuduh begitu sahaja.
ayah: ape buktinya?
cikgu: nah,ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.
ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim.soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
ayah: memanglah jawapan mereka sama.macam mana cikgu kata anak saya meniru?
cikgu: sabar encik.cuba encik lihat soalan kedua.
ayah Niam melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama:31 ogos 1957. Ayah Niam sekali lagi marah,tetapi ditenteramkan untuk terus membaca
Soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis:maaf, saya tak tahu
Naim menulis: kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!! |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:40 am | |
| Dilema Ayam dan Lembu Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak?
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil jek!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK! |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:40 am | |
| Beratur awal di gedung jualan murah Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut ... sehingga ada yang beratur seawal2nya...walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg. Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai...tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi..."woi..tak nampak ke orang ha.." jerkahnya.. "Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "... Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan hadapan... tapi tetapi tidak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata... "Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat jgk smpai kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"
Laaaaa..........Tokey kedai tue rupanye... ehehehe..... kesian dia kan.... |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:41 am | |
| Pulanglah anak Sulaiman menelefon anak bongsunya Ali di Amerika, " mak dan abah akan berpisah". Ali gempar dan berkata ,"betul ke? Nanti Ali telefon kakak di Florida, kami akan balik ke Malaysia". (mereka sudah 5 tahun tidak pernah pulang). Sulaiman letak telefon dan berkata pada isterinya ," Anak-anak kita balik Hari Raya ni." Mereka tersenyum. |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:42 am | |
| Nenek yang nazak Seorang nenek nazak didatangi Mudhin, tiba2 nenek terketar2 dan meminta kertas dari Mudhin. Setelah menulis , diberikanya kepada Mudhin.
Selang seminggu kematian neneknya , Mudhin pun memberitahu ahli keluarga supaya berkumpul.
"Sebelum arwah meninggal ada ditinggalkan wasiatnya pada saya".
Mudhin pun membaca surat yg berbunyi: "Woit Mudhin, jgn pijak getah oksigen tu, aku tak dapat bernafas, nak kiok dah ni!!" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:43 am | |
| Curi ke tak curi? Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu. Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya. Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma. Hakim: Maksud kamu? Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya. Hakim: !!!???!!! |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:43 am | |
| nterview Lanun Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?" Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua" Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?” Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!" Penemuduga: "Mata kamu pula?" Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya." Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?" Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:44 am | |
| Mayat Tiga Lelaki Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya... |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:45 am | |
| Pensyarah dan petugas TNB "Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah
"Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani?"
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"Tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini encik... Saya petugas TNB" |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:46 am | |
| Lulus periksa Sekembali Rosyam dari sekolah... dia terus menghampiri papanya.
Rosyam : "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!" Papa : "Wow.. berita gembira apa tu?" Rosyam : "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?" Papa : "Tentu papa ingat." Rosyam : "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:46 am | |
| Ayam dan kambing, siapa lebih hebat? Satu hari berlakulah bertengkaran yang hebat disebuah reban kambing dan sebuah reban ayam.. pertelingkahan tu menyebabkan satu kampong heboh... beginilah kisahnya.
Kambing : Apalah kau ni ayam... Baju ada tapi berkaki ayam tak malu ke... . kah kah kah Ayam : Kau tu dah baju jarang nampak kemaluan ... lagi malu pa. kah kah kah
Ayam : Daging aku lazat.. enak sehingga menjilat jari.. Kambing : Lazat pun bukan boleh buat korban...
Kambing : Apalah kau ni bertelur sebiji riuh sekampong Ayam : Aku bertelur setiap hari... kau tu beranak setahun sekali.. hebat apakebendanya. Kambing : Aku hebat... .. yahoooo Ayam : Aku hebat ... . yahoooo
Perbualan mereka yang riuh menyebabkan tuan rumah terjaga lalu keluar melihat apa pasal yang riuh... tuan rumah lalu keluar dan mengambil pisau terus menyembelih kedua dua binatang tu sambil berkata... .. Ha... . sekarang siapa yang hebat..!!! |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:47 am | |
| Anak berbisik saja lah Seorang anak kecil berlari masuk ke ruang tamu pada ketika mama dan papanya sedang menjamu rakan-rakannya.
"Mama!!" teriaknya, "Saya ingin kencing." Si mama membawa si anak ke bilik mandi dan berkata,
"Boboy, lain kali kalau kamu hendak ke bilik air utk kencing maka katakanlah,'Mama, saya mahu berbisik.' Itu lebih sopan,faham?"
"Baik mama.." kata si anak.
Beberapa malam kemudian, si anak terbangun dan berasa hendak kencing. Dia masuk ke kamar papa dan mamanya lalu mendekati mamanya yang sedang tertidur lelap.
"Mama, saya mahu berbisik," katanya sambil menggoncang-goncang tubuh mamanya. Dengan malas dan mengantuk, mamanya yang masih setengah tidur berkata ,
"Aduh Boboy.., kamu selalu mengganggu mama. Kalau mahu berbisik, pergilah berbisik di telinga Papa di sana.." |
|
| |
taktahu MODERATOR
Countries/State : Age : 43 location : Papar & Sandakan Tag ID: : 01370 Points : 15171 Reputation : 9 Number of posts : 5398
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... 16/1/2008, 5:48 am | |
| Jangan terlalu yakin lepas buat pembedahan Raju baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata "Syukurlah, semuanya sudah berlalu."
"Jangan terlalu yakin," kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi!"
Yusri yang berada disebelah kiri tempat tidurnya pula menyampuk, "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulangan kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru "Adakah sesiapa yang nampak handphone saya?" |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... | |
| |
|
| |
| Cerita Lawak.... kalau x ketawa x taula.... | |
|