SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
UMNO invite PAS join BN... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
UMNO invite PAS join BN... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 UMNO invite PAS join BN...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12420
Reputation : 0
Number of posts : 2311

UMNO invite PAS join BN... Empty
PostSubject: UMNO invite PAS join BN...   UMNO invite PAS join BN... Icon_minitime15/3/2008, 7:08 pm

Umno ulangi senario 1967, pelawa PAS sertai BN atas alasan bangsa

Basiron Abdul Wahab
Fri | Mar 14, 08 | 4:03:10 pm MYT


BERA
14 March (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata,
situasi sekarang seolah-olah mengulangi senario 1969 apabila Perikatan
(kini Barisan Nasional) tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang
dan Kelantan.

Katanya, Umno cuba memainkan isu perkauman
sempit yang digunakan dahulu sehingga PAS bersetuju menyertai kerajaan
campuran dan akhirnya membentuk Barisan Nasional (BN).

"Stretegi
sama mula dimain Umno kini, pemimpin mereka cuba mendekati PAS dengan
memainan sentimen Melayu kononya demi survivasl bangsa, agama dan
sebagainya.

"Jangan terkejut jika dihubungi oleh orang-orang
Umno mengajak untuk bertemu dan berbincang atau mengajak bersatu di
bawah Umno," ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran petugas BA
kawasan Bera di Darul Ikhwan dekat sini.

Menurut Mazlan,
pemimpin Unmo itulah yang suatu masa dahulu mensabotaj ahli PAS di
kampung-kampung, menafikan hak untuk mendapatkan subsidi baja, hak
untuk mendapatkan saham Felcra, tanah dan sebagainya, mereka itu
mungkin akan menangis ketika bertemu bagi menunjukkan betapa perlunya
PAS bersama Umno.

Itu semua kata, Mazlan adalah usaha terdesak
Umno ketika berada dalam "kritikal" serta sedang mengerakkan usaha
memujuk ahli-ahli bersatu di dalam Umno, sama seperti senario 1969
dahulu apabila Tun Abdul Razak menyediakan helikopter untuk mengambil
Presiden PAS, Dato’ Asri Haji Muda untuk bertemunya.

Mazlan
menegaskan, ahli PAS perlu tegas menolak pelawaan bersatu di bawah
Umno. Ini kerana PAS mendapat mandat rakyat, mereka mengundi PAS
mengapa pula perlu bersatu di dalam Umno, sepatutnya Umnolah yang
menyertai PAS.

"Buat apa bersatu di bawah Umno yang bakal
dilupuskan, sepatutnya orang Umnolah yang menyertai PAS, bersatu di
dalam PAS," tegasnya.

Katanya, perkara itu telah diputuskan oleh pimpinan PAS baru-baru ini, bahawa PAS tidak akan melayan pelawaan Umno.

Pengalaman
(1969) membukti Umno hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang
'nazak' apabila Umno kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas
alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978," katanya.

Difahamkan
di kampung-kampung, pemimpin Umno merupakan hero, merekalah yang
mensabotaj dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyahkan
orang PAS daripada mendapat subsidi baja serta bantuan kerajaan
lainnya.

Malah, imam-imam yang disyaki menyokong PAS turut
dibuang malah tiada ahli PAS dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya.

Menurut
Mazlan, Umno semakin tidak releven, parti itu dikuasai oleh pemimpin
korup yang tamak, membolot kekayaan negara tanpa mempedulikan nasib
rakyat.

Apa yang perlu PAS buat kini ialah memperkuatkan
organisasi bagi menerima penghijrahan beramai-ramai ahli Umno ke dalam
PAS tidak lama lagi.

"Senario ini akan berlaku tidak lama lagi dan PAS serta rakan –rakan BA mesti bersedia," ujarnya.

Pada
pilihan raya 8 Mac lalu, Mazlan bertanding kerusi Parlimen Bera. Beliau
tewas kepada Dato' Ismail Sabri dengan majoriti 3,821 undi.

Bagaimanapun beliau berjaya mengurangkan majoriti lebih 1000 undi berbanding pilihan raya 2004 lalu. - mns




Sumber: Harakah Daily
Back to top Go down
 

UMNO invite PAS join BN...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: