Ronaldo tambah penguasaan UnitedMANCHESTER – Cristiano Ronaldo meneruskan kecemerlangan dengan menjaringkan satu gol dan membuka gerakan untuk tiga lagi gol bagi Manchester United membelasah Aston Villa 4-0 kelmarin.
Kemenangan itu melebarkan kelebihan enam mata United di tangga teratas Liga Perdana England.
Wayne Rooney pula menjaringkan dua gol dan Carlos Tevez turut meraih manfaat daripada hantaran pemain sayap itu pada perlawanan yang mengesahkan kesukaran yang bakal dilalui oleh Arsenal dan Chelsea jika mereka mahu mengatasi juara bertahan itu.
Keputusan ke atas Villa itu merupakan ‘jawapan’ sempurna selepas Arsenal menang 3-2 di Bolton pada perlawanan terdahulu kelmarin.
Kemenangan Arsenal itu seakan-akan membuka semula harapan untuk kelab London itu merampas kejuaraan liga.
Kemenangan ke atas Villa bermakna United memulakan perlawanan kelmarin hanya tiga mata mengatasi pasukan bimbingan Arsene Wenger manakala Chelsea yang berdepan Middlesbrough pada perlawanan kemudian, menyebabkan jika kurang dari tiga mata yang diraih kelmarin, akan berlaku perubahan di antara ketiga-tiga pasukan tersebut dalam EPL.
Kemenangan bergaya pasukan bimbingan Ferguson itu melenyapkan keraguan bahawa peluang mereka semakin tipis untuk mengekalkan kejuaraan liga.
Kemenangan selesa kelmarin mendorong Ferguson membuat tiga pertukaran awal pemain di babak kedua ketika pasukannya selesa mendahului 3-0.
Ini bagi membolehkan pasukannya ‘segar’ untuk berdepan Roma pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di ibu negara Itali itu.
Aksi awal yang cemerlang oleh Villa kelmarin seakan-akan memberi petanda pasukan bimbingan Martin O’Neill bakal ‘melawan’, juga meningkatkan harapan untuk mereka layak pada saingan Piala UEFA musim depan.
Namun mulai dari saat Ronaldo menjaringkan gol dari jarak sepuluh meter dengan bola lencong di bawah kaki Martin Laursen, selepas jaringan pembukaan Scott Carson pada minit ke-17, United hampir menguasai perlawanan sepenuhnya.
Kecemerlangan pasukan tuan rumah dijelmakan 12 minit sebelum rehat apabila Ronaldo melakukan hantaran silang yang ditanduk kemas oleh Tevez.
Villa yang ternyata merupakan pasukan yang tewas kelmarin namun sekurang-kurangnya melakukan sedikit kebangkitan di babak kedua.
Pelawat sepatutnya memperoleh gol apabila pemain gantian Shaun Maloney melakukan rembatan tetapi bola meliar selepas ditampan Tomasz Kuzsczak.
United kembali dengan beberapa gerakan berterusan namun penjaga gol Villa, Carson beraksi cemerlang dengan menepis tinggi bola silang Ronaldo untuk menafikan gol kedua pemain Portugal itu.
Pelawat terus kecewa apabila United memperoleh gol ketiga, sekali lagi menerusi gerakan Ronaldo.
Pemain sayap Portugal itu melakukan hantaran jauh yang tepat kepada Rooney yang kemudiannya bijak memperdaya Carson sebelum menyepak bola ke gawang yang kosong.
Rooney meraih gol kedua, sekali lagi menerusi hantaran rakan sepasukan yang berada pada prestasi terbaik, dengan menyambar hantaran kebelakang Ronaldo untuk menyudah dari jarak dekat.
– AFP