Jutawan muda Hollywood Miley bilionair televisyenDrama terbitan Disney,
Hannah Montana telah menjadikan Miley Cyrus pelakon remaja paling kaya dalam sekelip mata. Baru berusia 15 tahun, dia bakal bergelar bilionair menjelang hujung tahun ini.
Gadis ini memiliki kekayaan sebanyak AS$18 juta (RM56 juta) pada 2007. Namun, penyanyi dan aktres ini akan menjadi bilionair kerana siri francais yang dilakonkannya,
Hannah Montana dianggarkan bernilai AS$1 bilion (RM3.16 bilion).
"Pada mulanya, tiada siapa yang menjangkakan populariti Miley. Dia adalah pujaan remaja dan kanak-kanak," kata jurucakap Disney.
Bukan itu sahaja, Miley yang kini dilanda kontroversi gambar seksinya juga baru sahaja menandatangani kontak bersama Disney Book Group untuk menerbitkan buku autobiografi yang dikatakan bernilai jutaan dolar.
"Pendapatan anak saya itu akan disalurkan kepada dana pelaburan. Dia (Miley) hanya boleh menggunakan wang selepas usianya mencecah 18 tahun," kata ibunya, Leticia.
Mereka muda, popular dan paling utama, kaya. Bukan kerana mewarisi kekayaan keluarga tetapi bintang-bintang remaja Hollywood ini terkenal kerana melibatkan diri dalam industri hiburan pada usia muda.
Ada yang bergelar bayi jutawan dan ramai juga memiliki pendapatan berjuta-juta pada usia remaja. Mungkin mereka bertuah kerana muncul pada masa yang tepat tetapi bintang-bintang muda Hollywood ini sebenarnya turut banyak berkorban.
Menghabiskan zaman remaja dengan lakonan dan nyanyian, ramai di antara mereka juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia glamor sehingga menimbulkan pelbagai skandal hitam.
Selebriti remaja seperti Miley Cyrus, Dakota Fanning, Emma Watson, Hayden Panettiere, Lindsay Lohan, Daniel Radcliffe, Hilary Duff dan Ashlee Simpson adalah antara bintang yang sedang diperhatikan dunia.
Ada yang mampu mengawal diri dalam arus populariti dan ada pula yang terkandas dengan kekayaan pada usia muda. Berikut adalah beberapa kisah artis muda dengan kekayaan mereka
beberapa kisah artis muda dengan kekayaan mereka.
Kembar kaya sejak bayiDalam ramai-ramai selebriti remaja, rasanya pasangan kembar Olsen, Mary-Kate dan Ashley adalah pelakon termuda bergelar jutawan. Mula berlakon pada usia sembilan bulan, pasangan ini popular menerusi drama
Full House.
Menambahkan koleksi kekayaan melalui pengeluaran produk jenama sendiri dengan menubuhkan syarikat Dualstar, barangan kembar ini dijual menerusi lebih 5,300 kedai seluruh dunia.
"Nama mereka kukuh dalam industri hiburan dan juga fesyen. Produk jenama mereka merangkumi pakaian, buku, minyak wangi, majalah, poster dan patung fesyen dengan kerjasama Mattel menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja," ujar sumber kepada
Contactmusic.
Pada usia 21 tahun, pendapatan keseluruhan Mary-Kate dan Ashley yang memiliki firma yang dikenali sebagai
Tween - yang menguruskan bisnes dan karier mereka, mencecah 300 juta paun sterling (RM2.1 bilion).
Sungguhpun selalu dikecam kerana mempromosikan bentuk badan kurus, memakai fesyen pelik dan mereka koleksi pakaian daripada bulu haiwan, pasangan kembar ini masih menjadi idola pujaan remaja Amerika Syarikat.
Daniel bernilai RM113 jutaTiada siapa yang pernah menyangka filem
Harry Potter akan menjadikan aktor muda, Daniel Radcliffe sebagai remaja paling kaya di Britian pada tahun 2006 dengan anggaran kekayaan 14 juta paun sterling (RM93 juta)
Dia muncul sekali lagi sebagai remaja terkaya pada tahun 2007 di Britian dengan jumlah kekayaan 17 juta paun sterling (RM113 juta).
Dia juga dilaporkan menerima bayaran sebanyak 250,000 paun sterling (RM16.7 juta) untuk filem
Harry Potter pertama dan sekitar 5.6 juta paun sterling (RM37.5 juta) untuk filem keempat. Selepas itu, dia menerima bayaran sebanyak 8 juta paun sterling (RM53.6 juta) untuk
Order of the Phoenix.
Menerusi
Contactmusic, satu sumber berkata, "Wang akan terus mengalir ke dalam tabungnya. Sebahagian besar adalah royalti setiap kali filem itu ditayangkan semula di kaca televisyen."
Pendapatan Radcliffe disalurkan ke Gilmore Jacobs, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuknya oleh kedua ibu bapanya.
Sungguhpun kaya, Radcliffe, 18, memberitahu dia tidak mempunyai cita rasa 'mahal' dan tidak mempunyai masalah menguruskan kekayaannya.
"Saya tidak bercadang untuk menjadi seperti mereka yang membeli kereta mewah atau barangan mahal sebaik sahaja berusia 18 tahun. Benda yang saya suka adalah buku, cakera padat dan cakera video digital," tegasnya yang suka membaca.
Radcliffe juga merupakan penyokong beberapa badan amal termasuk Demelza House Children's Hospice di Sittingbourne, Kent - yang mana dia menyuruh peminatnya menderma sebagai hadiah hari jadinya.
Pada Februari 2005, Radcliffe juga menandatangan kemeja-T untuk bidaan dan hasilnya disalurkan kepada mangsa tsunami iaitu Badan Kebajikan Rebuilding Sri Lanka.
Lindsay kini menganggurBekerja keras pada tahun 2004 dan 2005, Lindsay Lohan berdepan dengan tekanan kerja dan berehat seketika. Kembali selepas berehat, Lohan memperolehi pendapatan sebanyak AS$11 juta (RM35.2 juta) untuk filem
Herbie Fully Loaded (2005).
"
Herbie Fully Loaded membenarkan saya memilih kepelbagaian filem serta transisi kepada watak lebih matang.
"Filem saya sebelum ini kebanyakan menunjukkan usia di sekolah tinggi. Dan dalam filem ini, saya sudah menghabiskan pengajian kolej," ulas Lohan mengenai filem yang berjaya meraih kutipan AS$144.2 juta (RM441.5 juta).
Terlibat dalam beberapa filem selepas itu seperti J
ust My Luck, A Prairie Home Companion, Bobby dan
Chapter 27, kesemua filem itu menerima kritikan pelbagai tetapi masih laris di pasaran.
Dengan kekayaan itu, dia merupakan antara aktres remaja terkaya di Amerika Syarikat. Namun, kedudukannya sedikit terancam berikutan kontroversi yang dilakukannya sepanjang 2006, terutamanya sikap tidak profesionalnya di lokasi pengambaran filem,
Georgia Rule. Filem ini bagaimanapun berjaya meraih kutipan hanya AS$22 juta (RM70.4 juta). Dan tahun 2007 juga tidak begitu cerah bagi aktres bermasalah ini.
Menurut sumber, Lindsay menjayakan watak penari bogel dalam filem
I Know Who Killed Me.
"Karya ini satu kegagalan dan dia dicalonkan sebagai aktres terburuk pada majlis Golden Raspberry Awards. Kariernya telah lama tamat sebelum semua masalah yang timbul."
Sudah menganggur selama 18 bulan, ramai yang berpendapat dia sudah tersalah langkah tetapi masih boleh diselamatkan. Namun, dengan sikap yang suka membeli-belah, Lohan juga dikatakan akan muflis tidak lama lagi.
Tidak kira sama ada dia boleh diselamatkan, Lohan kini bercadang untuk melanjutkan pelajaran selepas proses pemulihan alkohol.
Emma dan teman lelakiSeorang lagi pelakon
Harry Potter yang berjaya bergelar jutawan adalah Emma Watson. Penglibatannya dalam filem ini telah mengisi dana pendapatannya sebanyak £10 juta paun sterling (RM67.7 juta).
Namun, aktres ini memberitahu bahawa dia tidak bekerja untuk mengumpul wang. Dia juga tidak mahu berhenti bersekolah untuk menjadi aktres sepenuh masa.
"Ramai orang tidak faham mengapa saya tidak mahu berhenti sekolah. Mereka tidak tahu sekolah membolehkan saya berkawan dan lebih mendekati realiti," jelasnya.
Walaupun tidak dilihat mempunyai masalah dengan hidupnya sebagai selebriti dengan sokongan ibu bapa, Watson, 18, bagaimanapun sering bertukar teman lelaki.
Terbaru, ibu bapanya telah melarang dia keluar dengan penyanyi kumpulan Razorlight, Johnny Borrell, 27. Ini kerana berang selepas melihat gambar anak perempuan mereka berparti bersama bekas penagih dadah itu.
Menurut
Contactmusic, ibu bapa Watson mengawasinya dengan teliti.
"Ibu bapa Watson bimbang kerana bekas kekasih Borrell, Kirsten Dunst terpaksa menjalani rawatan di pusat pemulihan selepas berpisah dengan Borrell," ujar satu sumber.
Watson sebelum ini dilaporkan pernah menjalinkan hubungan dengan Daniel Radcliffe.