MUMBAI: Pelakon megastar Amitabh Bachan berkata, dia akan berlakon secara percuma untuk filem Hollywoodnya yang pertama di bawah arahan terbaru Baz Luhrmann, sebuah adaptasi novel ‘The Great Gatsby.’
Aktor berusia 68 tahun itu menulis di dalam blognya semalam, dia akan tampil “dalam satu babak saja atas dasar persahabatan” dalam filem itu yang turuti dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire dan Carey Muilligan.
Karektor Amitabh adalah sebagai Meyer Wolfsheim, seorang ketua penjenayah yang membantu seorang jutawan misteri Jay Gatsby mendapatkan wang dalam novel terkenal oleh F. Scott Fitzgerald yang diterbitkan pada tahun 1925.
Dikenali sebagai ‘Big B’ oleh berjuta peminatnya di India dan serata dunia, Amitabh bersetuju untuk berlakon selepas Luhrmann, seorang peminat filem Bollywood, datang melawat India, tahun lepas.
“Dia menelefon bulan lepas dan bertanya sama ada saya mahu berlakon dalam filemnya. Atas dasar persahabatan, saya tidak akan menerima bayaran,” katanya dalam blog “bigb.bigadda.com” dalam komen pertamanya tentang filem itu.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/AmitabhberlakonpercumauntukfilemHollywoodpertamanya/Article