SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Usia 10 tahun baru bersekolah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Usia 10 tahun baru bersekolah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Usia 10 tahun baru bersekolah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime24/5/2008, 10:05 pm

Usia 10 tahun baru bersekolah


Oleh Nahar Tajri



Maximus Ongkili jaga kerbau, bersawah bantu bapa cari pendapatan

KETIKA berusia 10 beliau terpaksa berjalan berkaki ayam selama sejam setiap pagi menyusuri laluan berlopak dan berlumpur untuk ke sekolah. Sungguhpun begitu beliau tidak pernah mengeluh dan putus asa demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang yang berjaya dan dihormati.

Sepanjang perjalanan ke sekolah angan-angan itu sentiasa bermain di mindanya meskipun memulakan alam persekolahan pada usia 10 tahun boleh dianggap lewat kerana lazimnya kanak-kanak seusia itu sudah berada di darjah empat berbanding dirinya yang baru belajar mengenal huruf.

Namun, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus @ Johnity Ongkili memang dilahirkan sebagai kanak-kanak cerdas sehingga terus dinaikkan ke darjah empat sebaik tamat darjah dua dan enam bulan selepas menduduki darjah empat beliau ditempatkan ke darjah enam.

"Bapa saya Ongkili Indon adalah bekas polis yang bersara awal kerana mahu mengerjakan tanah di kampung manakala ibu, Battindoi Kandian seorang suri rumah sepenuh masa yang gigih dan tidak kenal penat lelah ketika membesarkan kami 10 adik beradik.

"Saya lambat masuk sekolah sebab pada ketika itu keluarga kami amat susah dengan pendapatan tidak menentu dan hanya cukup makan. Sebagai pesawah, kami tidak pernah putus beras tetapi kerap kali terpaksa makan nasi dengan garam dan kicap.
"Meskipun teringin untuk ke sekolah, hasrat itu terpaksa saya pendam. Bapa beritahu saya, beri peluang kepada abang yang lain dulu dan apabila berusia 10 tahun barulah hasrat saya tercapai," kata anak ketujuh daripada 10 beradik itu.

Menyingkap kembali kehidupan zaman kanak-kanaknya, Maximus selalu terkenang saat beliau dan abang-abangnya terpaksa menarik tali kerbau, menebas rumput, bersawah dan memotong getah untuk membantu bapa mencari nafkah.

"Bapa buat macam-macam kerja yang kebanyakannya berasaskan pertanian. Jadi bila tidak ke sekolah kami adik beradik akan membantu bapa. Saya akan jaga kerbau atau mengikut bapa ke sawah dan aktiviti itu akan kami jalankan bergilir-gilir sesama adik beradik.

"Bukan senang nak mencapai tahap yang saya ada sekarang kerana ia berkat usaha gigih. Saya tidak nampak kekurangan mampu menyekat kemajuan seseorang. Bukan nak membesarkan diri sendiri tetapi pengalaman saya ini harus menjadi contoh kepada generasi muda.
"Pengalaman seperti ini mungkin turut dikongsi sama dengan orang lain yang sezaman dengan saya. Namun itulah sebenarnya yang mendidik kami ilmu kehidupan yang sebenarnya tidak boleh dipelajari secara formal di mana-mana institusi.

"Kekurangan anak muda sekarang adalah mereka tidak tahan tekanan dan mudah putus asa. Mereka tidak boleh terlalu bergantung dengan keadaan tetapi harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan itu," katanya.

Ditanya mengenai kisahnya cintanya, Maximus tersenyum sambil memberitahu mengenai pesanan ibunya supaya tidak mencari wanita yang cantik untuk dijadikan isteri kerana bimbang terpaksa mengeluarkan belanja besar mengikut adat Kadazan Dusun.

"Pesan ibu, kamu adik beradik jangan cari perempuan cantik sangat nanti beriannya (hantaran) tinggi. Kalau kena dua ekor kerbau setiap seorang nanti 20 ekor kita kena sediakan. Itu belum masuk belanja yang lain lagi.

"Cantik adalah subjektif dan saya sebenarnya tidak pernah mengambil pesanan ibu sebagai peraturan tetapi sebagai satu cabaran. Masalah yang dimaksudkan ibu itu lebih berbentuk sinis kerana masalahnya bukan cantik tetapi 'berian' yang menjadi adat kaum Kadazan Dusun.

"Maksudnya untuk mendapat sesuatu yang terbaik kita perlu berusaha dan menjadi yang terbaik," katanya yang mendedahkan beliau dan isterinya tidak pernah berjumpa selama lima tahun dan hanya berutus surat kerana berlainan sekolah dan tempat ketika bercinta.

Isterinya Joan Maluda pada mulanya adalah sahabat pena yang kemudian membibitkan rasa cinta.

"Selepas lima tahun berhubung melalui surat barulah kami bersua muka. Pada masa itu isteri saya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Mara (ITM) dan saya pula di Kolej Sabah di Kota Kinabalu. Pertemuan kali pertama itu menambat hati kami.

"Bagi saya dia adalah wanita tercantik dan terbaik yang saya ada. Lima tahun selepas kami berjumpa itu kami melangsungkan perkahwinan dan sehingga hari ini perkahwinan kami dikurniakan dua orang anak seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Bapa dan ibu mertua saya orang bandar dan bekas guru. Sedikit sebanyak saya rasa segan juga tetapi itulah yang dikatakan cinta. Mujurlah mereka berfikiran terbuka dan meminta berian yang tidak keterlaluan.

"Memang betul telahan ibu saya perlu menyediakan dua ekor kerbau sebagai berian bersama sebiji gong. Bezanya ialah pada pada masa itu berian sebanyak itu bukanlah sesuatu yang dianggap keterlaluan," katanya.

Pengalaman ditahan ISA

SEBAGAI ahli politik Maximus pernah di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dikaitkan dengan satu gerakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia walaupun hakikatnya beliau tidak pernah mengetahui perkara itu.

"Ketika dua pegawai datang menghampiri dan memegang saya sebelum diarah untuk mengikut mereka saya sedang menikmati kari kepala ikan di hotel wilayah di Kuala Lumpur pada Januari 1991. Saya terkejut kerana tidak tahu sebab ditahan sehinggalah ketika disoal siasat.

"Saya bantah kerana saya tiada kaitan langsung dengan gerakan seperti itu. Mereka memberi hujah pergerakan saya banyak menjurus ke arah itu selain saya juga didakwa turut serta ke Manila iaitu tempat yang tidak pernah saya lawati hingga sekarang," katanya.

Ketika dalam tahanan Maximus memberitahu beliau pernah tidak makan selama tiga hari selain tidur di atas lantai berbantalkan lengan. Saya tidak makan bukan kerana protes tetapi tidak selesa selain memikirkan berbagai perkara.

"Bagaimanapun saya masih mampu untuk cergas dan melakukan apa yang perlu ketika dalam tahanan. Saya tiada masalah dengan tekanan seperti itu kerana saya sudah biasa menghadapinya semasa membesar sebagai anak kampung.

Sungguhpun pernah melalui pengalaman pahit itu Maximus tetap mempertahankan ISA yang disifatkannya perlu dalam keadaan tertentu misalnya jika ia benar-benar berkaitan dengan keselamatan dalam negara.

"Pada saya ia perlu asalkan tiada pembabitan dan kepentingan politik. Pendekatannya saja yang harus diubah dan disesuaikan tanpa campur tangan politik agar ia relevan dengan keadaan semasa serta tidak menganiaya sesiapa," katanya.

Profil

Datuk Seri Maximus @ Johnity Ongkili


Asal: Tambunan, Sabah

Lahir: 26 Oktober 1953

Kelulusan: Ijazah doktor falsafah Ekonomi Pertanian dari La Trobe University, Melbourne.

1984-1985 Pensyarah Universiti Pertanian Malaysia.

1985-1987 Penyelidik Kanan, Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (Isis)

1991-1994 Pengarah Eksekutif Institute kajian Pembangunan (IDS), Sabah

2003-2004 Penasihat Sains dan Teknologi Ketua Menteri Sabah.

Mac 2004 Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mac 2008 Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Re: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime25/5/2008, 3:22 pm

dulu lain..sekarang lain..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 12334
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Re: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime26/5/2008, 12:28 am

Dulu pas tahun 6 boleh jadi cikgu....
Sekarang pas tingkatan 6 pun nasib2 jak....
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Re: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime26/5/2008, 7:03 am

Ben507 wrote:
Dulu pas tahun 6 boleh jadi cikgu....
Sekarang pas tingkatan 6 pun nasib2 jak....

itu yang aku maksudkan bro..

"Dulu lain, Sekarang lain.."..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Re: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime26/5/2008, 8:51 am

dulu kerja yg mencari kita.......sekarang kita yg mencari kerja, itu pun susah mau dapat kerja dont know
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12371
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Re: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime26/5/2008, 12:52 pm

kecekalan hidup membawa kebahgian
Back to top Go down
Sponsored content




Usia 10 tahun baru bersekolah Empty
PostSubject: Re: Usia 10 tahun baru bersekolah   Usia 10 tahun baru bersekolah Icon_minitime

Back to top Go down
 

Usia 10 tahun baru bersekolah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: