SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kuasa kanta lekap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kuasa kanta lekap Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kuasa kanta lekap

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime26/5/2008, 10:51 am

Kuasa kanta lekap


Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Ternyata mata mempunyai kuasa tersendiri sebagai daya penarik. Justeru, kanta lekap berwarna menyerlahkan aura mata seseorang.Kuasa kanta lekap St_03.1




PERUBAHAN gaya bukan hanya tertakluk pada potongan rambut baru, solekan menawan mahupun pakaian. Warna mata juga mempunyai pengaruh tersendiri dalam menentukan gaya.
Mata dianggap sebagai jendela jiwa kerana ia bukan sahaja mampu menarik perhatian mereka yang melihat, tetapi juga antara cara untuk melihat emosi individu.
Selain daripada bentuk mata, warna juga memainkan peranan sebagai daya penarik wajah individu.
Jika zaman dahulu, ramai yang ingin mengubah warna mata untuk menjadikan diri lebih cantik atau menarik, kini perkara itu tidak mustahil dengan kehadiran kanta lekap berwarna.
Kanta lekap bukan sekadar memperbaiki penglihatan si pemakainya, tetapi juga boleh digunakan sebagai kenyataan fesyen yang mudah dan mampu dimiliki.
Terdapat empat jenis kanta lekap berwarna iaitu warna legap, berwarna, penambahan warna dan turas warna cahaya.
Kanta lekap berwarna legap biasanya digunakan dalam filem kerana ia memberikan kesan khas pada bahagian mata. Ia juga dikenali sebagai kanta teater atau kostum kerana kesan menarik yang diberikan pada mata.
Kanta lekap berwarna adalah kanta yang diberikan sedikit warna, biasanya biru atau hijau lembut. Ini akan memudahkan si pemakai melihatnya apabila terjatuh di lantai atau ketika dibersihkan. Disebabkan warna yang amat lembut, ia tidak memberikan kesan pada warna semula jadi mata.
Kanta lekap penambahan warna digunakan untuk meningkatkan warna semula jadi mata. Ia biasanya digunakan oleh mereka yang inginkan warna mata yang lebih menyerlah. Warna lutsinar yang lebih jelas membezakannya dengan kanta lekap biasa.
Kuasa kanta lekap St_03.2
KANTA lekap juga boleh digunakan untuk meningkatkan penampilan diri.

Kanta berwarna juga mempunyai kepelbagaian warna seperti hazel, violet, biru, hijau dan kelabu. Ia mampu mengubah warna mata secara dramatik.
Difahamkan kanta lekap turas warna cahaya telah dibangunkan untuk atlet sukan kerana ia mempertingkatkan warna-warna tertentu seperti kuning untuk bola tenis sekali gus menjadikannya lebih terserlah daripada warna latar dan menjadikannya sasaran yang jelas.
Bagaimana memilih kanta lekap berwarna yang sesuai?
Secara amnya, pemilihan bergantung pada anda. Tetapi jika anda tidak pasti warna yang sesuai, anda boleh bertanyakan pakar optik atau ahli keluarga atau rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka.
Namun, sekiranya anda seorang yang berani, dramatik dan ingin menjadi tumpuan ramai, pemilihan warna yang mudah menarik perhatian adalah jawapannya.
Contohnya:
*Sekiranya warna mata semula jadi anda perang, kanta lekap berwarna violet, hijau atau biru mungkin sesuai.
*Jika rambut, kulit dan warna semula jadi mata anda mempunyai bayang warna biru-merah dan sejuk, kanta lekap berwarna panas seperti perang muda adalah satu pilihan.
*Manakala jika anda berkulit gelap, kanta berwarna terang juga sesuai untuk anda.
*Sekiranya anda memakai solekan mata, pilihlah warna kanta lekap yang menonjol daripada warna pembayang mata dan maskara yang akan dipakai.
Jika anda seorang yang pemalu atau hanya mahukan penampilan yang semula jadi, perubahan yang tidak ketara seperti ini boleh dilakukan.
*Jika kulit, rambut, solekan dan warna semula jadi mata berton panas, anda mungkin mahu memilih kanta lekap berwarna hangat seperti hazel atau perang.Kuasa kanta lekap St_03.3
PADANKAN warna kanta lekap mengikut kesesuaian diri.



Bagaimana sekiranya pemakai kanta lekap ingin memakai alat solek?
*Cuci tangan sebelum mengendalikan kanta lekap dan elakkan daripada menggunakan sabun berbau wangi dan berubat.
*Masukkan kanta lekap ke mata sebelum mengenakan kosmetik. Bukan sahaja ia akan membantu anda melihat sapuan dengan lebih jelas, tetapi mengelakkan kanta daripada tercemar.
*Pembayang mata berbentuk krim atau cecair mempunyai kemungkinan yang lebih kecil memasuki mata berbanding serbuk. Namun demikian, ini tidak bermakna ia tidak boleh menyebabkan kepedihan jika memasuki kawasan mata. Pilih krim berasaskan air berbanding minyak.
*Jika anda gemarkan pembayang mata berbentuk serbuk, pastikan anda menutup mata semasa mengaplikasikannya. Kemudian, bersihkan lebihan serbuk sebelum membuka mata anda.
*Jangan mengenakan penggaris mata di bahagian dalam kelopak mata. Ia boleh melekat pada kanta lekap anda, menyebabkan pedih mata dan penglihatan yang kurang jelas.
Sungguhpun pemakaian kanta lekap menyerlahkan lagi warna mata anda, terdapat kelemahan dalam pemakaiannya.
*Saiz anak mata atau pupil berubah mengikut keadaan cahaya. Oleh itu, adakalanya saiz itu akan lebih besar daripada bahagian lut sinar tengah kanta. Kuasa kanta lekap St_03.4




*Sekiranya perkara tersebut berlaku, ia memberikan sedikit kesan pada penglihatan. Pemakaian kanta lekap juga boleh meletakkan anda dalam beberapa keadaan serius seperti jangkitan mata dan ulser kornea.
*Keadaan ini boleh terbentuk dengan pantas dan boleh menjadi serius. Oleh itu, sekiranya anda mengalami kerengsaan atau jangkitan pada mata, penting sekiranya anda mendapatkan rawatan daripada profesional dengan segera.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
eleanor
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 47
location : sabah
Points : 12319
Reputation : 0
Number of posts : 2620

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime26/5/2008, 1:44 pm

adede... cair nir sesaipa yang berani merenung mata si dia..... hehehhe

good info rynjeff...
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12127
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime26/5/2008, 1:47 pm

renungan mata padu maut.......kacing kacing$$$$$ sring sring sring lepas pakai terus buang yahhh...
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12373
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime29/5/2008, 3:36 pm

inilah dikatakan mata mengoda ni
Back to top Go down
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12932
Reputation : 0
Number of posts : 470

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime31/5/2008, 1:32 pm

canggih kan.......
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 47
location : KL & KK
Points : 12230
Reputation : 0
Number of posts : 411

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime1/6/2008, 10:27 am

i'm lenses user... What a Face

my advice..utk yg 1st time use..if mata anda gatal or merah masa mula2 guna,tanggalkan lense cepat2..jan biar lama d mata. kdg2 ada mata yg cpt berair or merah masa mula2 guna..

Kalu bleh jgn guna lense ni more than 8hrs in a day ya..especially jika mata jenis sensitif n baru2 guna...

Highly recomendation color.......... misty grey!! (my fav nie)
Back to top Go down
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12932
Reputation : 0
Number of posts : 470

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime1/6/2008, 11:42 am

Dvivie99 wrote:
i'm lenses user... What a Face

my advice..utk yg 1st time use..if mata anda gatal or merah masa mula2 guna,tanggalkan lense cepat2..jan biar lama d mata. kdg2 ada mata yg cpt berair or merah masa mula2 guna..

Kalu bleh jgn guna lense ni more than 8hrs in a day ya..especially jika mata jenis sensitif n baru2 guna...

Highly recomendation color.......... misty grey!! (my fav nie)

misty grey arr.....me like too!!! Very Happy
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12380
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime2/6/2008, 4:27 am

warna merah ada kh??
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12044
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime3/6/2008, 8:01 pm

I love my contact lense..hehehe
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 12116
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 9:52 am

contact lense nice ooo.. tru use midnight grey last time..
huh! takut kawan tru bcoz the contact lense pandai reflect the light at night.
mcm mata hantu pula my contacts at nite.. so change le..
sheer punya.. malas mo guna specs.. but still, color ori jugak yg cantik. Very Happy
Back to top Go down
stacy_fc
FRESHIE
FRESHIE
stacy_fc

Female
Age : 38
location : kk city
Points : 12034
Reputation : 0
Number of posts : 28

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 1:04 pm

contact lence....aku pena pkai blue kaler pnya...nice jg hehehe.... queen
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12380
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 1:14 pm

aku penah pakai yg colourful..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12044
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 1:46 pm

CG wearing pure hazel..look natural.. Wink
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12380
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 1:51 pm

wah..mesti cantik kan..mcm VV..he he he hee..
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 12116
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 2:52 pm

pakai contact lense mesti pandai kasi padan wif our own tone color..
mcm padankan dress wif shoe..
if lari tune.. hmf! pakai pun xguna.. bikin samak jak..
lain la klu go halloween.. 8)
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 9:11 pm

Saya pun pengguna kanta lekap juga, tapi yg biasa saja teda warna, mau juga cuba2 guna yg berwarna ni macamanalah agaknya ya!
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12932
Reputation : 0
Number of posts : 470

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 9:41 pm

cubala kak rynn....ada perubahan tu.....
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12044
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 10:50 pm

rynjeff wrote:
Saya pun pengguna kanta lekap juga, tapi yg biasa saja teda warna, mau juga cuba2 guna yg berwarna ni macamanalah agaknya ya!

Try la...belum cuba belum tau kan.. Suspect
CG nda pakai yg teda color coz CG rabun..kalo contact lense terlari nda blh nampak ni lari p sebelah mana..hehehe
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12044
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 11:02 pm

TRU247 wrote:
pakai contact lense mesti pandai kasi padan wif our own tone color..
mcm padankan dress wif shoe..
if lari tune.. hmf! pakai pun xguna.. bikin samak jak..
lain la klu go halloween.. 8)

Betul tu Tru..mcm kita ni org malaysia bgs jgn pakai yg over2 sgt py color kan..
mcm creepy+scary py ni kan..hehe
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12531
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime4/6/2008, 11:12 pm

ChristyGwen wrote:
rynjeff wrote:
Saya pun pengguna kanta lekap juga, tapi yg biasa saja teda warna, mau juga cuba2 guna yg berwarna ni macamanalah agaknya ya!

Try la...belum cuba belum tau kan.. Suspect
CG nda pakai yg teda color coz CG rabun..kalo contact lense terlari nda blh nampak ni lari p sebelah mana..hehehe

samalah kita CG, saya pun pakai sebab rabun , baru saya punya kekuatan kanta lekap tidak sama kiri dan kanan, kena hati2 semasa simpan balik dalam case dia, jangan tertukar.......
kelmarin semasa di wisma merdeka tiba2 saya rasa pandangan saya kabur sebelah mata, rupanya kanta lekap saya sudah lari ke bawah heehhe nasib tidak jatuh
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12044
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime5/6/2008, 1:20 am

rynjeff wrote:
ChristyGwen wrote:
rynjeff wrote:
Saya pun pengguna kanta lekap juga, tapi yg biasa saja teda warna, mau juga cuba2 guna yg berwarna ni macamanalah agaknya ya!

Try la...belum cuba belum tau kan.. Suspect
CG nda pakai yg teda color coz CG rabun..kalo contact lense terlari nda blh nampak ni lari p sebelah mana..hehehe

samalah kita CG, saya pun pakai sebab rabun , baru saya punya kekuatan kanta lekap tidak sama kiri dan kanan, kena hati2 semasa simpan balik dalam case dia, jangan tertukar.......
kelmarin semasa di wisma merdeka tiba2 saya rasa pandangan saya kabur sebelah mata, rupanya kanta lekap saya sudah lari ke bawah heehhe nasib tidak jatuh

hahaha...CG fhm pa perasaan tu...same la kita...CG py deg lain2 ni..pernah sekali yg bodohnya CG buka tutup tmpt contact lense tu 2gether..trus terbingung ni mana kiri mana kanan..hehehe..sot sot...pakai spec menyusahkan...kan,...
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12288
Reputation : 0
Number of posts : 478

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime6/6/2008, 8:59 am

Try la kakryn yg ada kaler punya...u can feel the different... What a Face . Me oso like misty grey..green..pure hazel..turquoise..brown..from freshlook colorblend & fresh kon...

for asian ppl,blue kaler bleh guna gak..tp lebih suit in the nite time...


Of cos pengunaan lenses ni kena ikut ur kaler of baju...if not cacat ur pernampilan la..but if kasual time..juz go santai2 ka..wif jeans..kaler paling safe is misty grey..grey..pure hazel...brown.

My advice..do not believe when sales girl tu ckp lenses bleh guna up to 3mth...paling safe in a mth buang la..unless u guna 1-2x sbulan..then u can use up to 2mth...tp if mata sda gatal2 n merah..juz buang la the lenses...lenses bleh beli d kedai mah...kalu mata rusak..teda jual woooo.
What a Face

Nowadays lenses suda murah wooo...but ada 1 kedai yg i owez buy the lenses..will open soon in kk..maybe next wk d 1 borneo hypermall. Imperial optics...in miri dorg jual rm30 jak kaler lenses...baru ni i asked in 1 borneo dorg akan jual rm38..bah murah suda tu...paling murah in kk nie... Bah mari serbu... Very Happy
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12288
Reputation : 0
Number of posts : 478

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime6/6/2008, 9:00 am

drakult wrote:
warna merah ada kh??


Kalu merah len sda tu drakult...B kuasa 2 punya geng sda tu kali... Shocked
Back to top Go down
iealza
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12303
Reputation : 0
Number of posts : 155

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime6/6/2008, 9:13 am

sy pun pakai..tp tedalah yg berwarna punya..hihih..
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 12116
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime6/6/2008, 10:18 am

sist. dlu tru try midnight grey.. rm90 for 3months.. now is rm38 saja?
wah! best Ooo.. tapi ada price difference ka between yg ada degree & yg teda Suspect
Back to top Go down
Sponsored content




Kuasa kanta lekap Empty
PostSubject: Re: Kuasa kanta lekap   Kuasa kanta lekap Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kuasa kanta lekap

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
Jump to: