SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15110
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime19/7/2008, 10:54 am

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN

sumber: malaysia today/harakah daily.

Banyak kajian yang dibuat berpendapat, perbahasan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak lebih menyakinkan daripada Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek yang mempertahankan dasar kerajaan menaikkan harga minyak.

Cadangan Anwar menurunkan harga minyak 50 sen seliter walaupun disifatkan Shabery bukan mengikut janji beliau sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu dimana ketika itu petrol berharga RM1.92 seliter, tetap diterima berdasarkan rakyat mempunyai dua pilihan iaitu satu pihak menaikan harga minyak dan satu lagi menawarkan turun harga minyak.

Selain itu, Anwar juga mampu menyakinkan rakyat bahawa harga penurunan itu dibuat berdasarkan langkah awal sekiranya beliau memerintah setelah mengambil kira kerosakkan ekonomi akibat BN menaikkan harga minyak begitu tinggi.

Malah bukan rakyat sahaja yang teruja dengan hujah Anwar bahkan Ahli Parlimen BN juga seolah mengakui kebenarannya apabila mereka pada keesokkan harinya mendesak kerajaan menaikkan jumlah rebet tunai yang dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian.

Debat antara Anwar dan Shabery di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur pada malam Selasa lalu, manakala sidang Dewan Rakyat keesokkannya menyaksikan Ahli Parlimen BN yang mengambil bahagian perbahasan Rang Undang-Undang Pembekalan Tambahan 2008, meminta kerajaan meningkat jumlah rebet tersebut bagi meringankan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang), Dato' Baharum Mohamad (BN-Sekijang), Dato' Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dato' Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) dan Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud).

Malah ada perbahasan yang beremorsi seperti Muhammad Aziz (BN-Sri Gading) sehingga menyukarkan Timbalan Speaker, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk menghentikan ucapan beliau.

Walaupun perbahasan Muhammad tidak meminta kenaikan rebet tetapi kesan kenaikan harga minyak dan barang menyukarkan kehidupan rakyat miskin. Bagi beliau kerajaan kena tegas memastikan peruntukan tersebut sampai kepada sasaran.

Sementara Hamim yang menyentuh tentang rebet, menegaskan, peningkatan rebat tunai itu akan dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang kebanyakannya menggunakan motosikal dan kereta Proton.

Bagi mengurangkan beban pemilik kenderaan ekoran kenaikan harga minyak, mulai 14 Jun lalu kerajaan telah membayar rebat RM625 kepada pemilik kenderaan di bawah 2,000cc manakala pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc p**a menerima bayaran tunai sebanyak RM150.

Bayaran itu dibayar kepada pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan kenderaan masing-masing.

Menurut Hamim, polisi rebat tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan amat baik tetapi jumlahnya tidak sesuai kerana penduduk berpendapatan rendah tidak mendapat bantuan sepenuhnya bagi menghadapi beban kenaikan harga petrol dan diesel.

"Seelok-eloknya rebat tunai bagi pemilik motosikal dinaikkan paling kurang RM1,000 kerana mereka merupakan golongan berpendapatan rendah," katanya.

Hamim percaya bantuan rebat tunai yang lebih tinggi kepada pemilik kenderaan terutama motosikal akan memberi insentif kepada mereka untuk memperbaharui cukai jalan yang selama ini tidak diendahkan.

Baharum p**a ketika mencelah memberitahu, rebat tunai perlu ditingkatkan kepada pemilik motosikal kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah manakala pemilik kereta merupakan golongan berpendapatan lebih tinggi.

Bung Moktar p**a ketika mencelah perbahasan Hamim mahukan kerajaan memasukkan pembayaran rebat tunai ke dalam Bajet 2009 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Ogos ini.

"Kerajaan ada kemampuan dan sebaik-baiknya masukkan perkara ini dalam Bajet 2009. Marilah kita realisasikan perkara ini dan marilah kita bantu rakyat berpendapatan rendah yang memang mengharapkan bantuan daripada kerajaan BN," kata beliau.

Sementara itu, Abdul Rahman meminta subsidi pengangkutan awam turut diberi kepada pemilik kenderaan persendirian yang menggunakannya sebagai teksi sapu tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jelasnya, teksi sapu merupakan pengangkutan awam utama di Sabah dan Sarawak yang ketinggalan dari segi kemudahan pengangkutan awam.

"Saya harap pemandu teksi sapu ini diberi kelonggaran agar mereka dapat subsidi minyak bagi kepentingan penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak," katanya.

Bagaimanapun, Jamaluddin ketika menyentuh isu yang sama meminta rebat tunai tidak diberikan kepada rakyat yang memiliki sehingga empat atau lima buah kenderaan.

Jelasnya, rakyat yang memiliki kenderaan yang banyak semestinya mempunyai pendapatan yang tinggi.

"Kalau mereka mempunyai empat kenderaan, dua daripadanya jenis BMW serta dua buah Proton, mereka ini dikira mempunyai pendapatan tinggi dan tidak sepatutnya menerima rebat walaupun untuk dua buah kereta Proton itu," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen, Tian Chua (PKR-Batu) ketika mengambil bahagian perbahasan yang sama, menyangkal hujah Shabery bahawa Iran dan Venezuela walaupun harga minyak rendah tetapi inflasi negara tersebut tetap tinggi.

"Kita kena ambil kira keadaan semasa di negara terbabit. Iran umpamanya mendapat tekanan embargo Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara tersebut," ujarnya.

Halaman internet pro BN tidak banyak mengulas tentang debat tersebut berbanding sesawang pro pakatan rakyat dan bebas.

Posting halaman Puteri Umno hanya mengambil salinan daripada laporan Bernama manakala sesawang pemuda Umno p**a bertajuk `Kantoi' dengan karikatur berwajah Anwar.

Bagaimanapun dailognya: "Tak sangka temberang aku boleh pakai lagi. Janji manifesto pakatan rakyat BA** pun dah kantoi. Apa susahnya nak jual air liur basi� Kalau ada orang nak 'free' pun boleh!" mengundang pelbagai pertanyaan.

Ini kerana sesiapa yang mengikuti debat tersebut tahu siapa yang berbuih air liur berhujah? Apakah sindiran pemuda Umno itu bermaksud serampang dua mata? Sekiranya itulah yang dimaksudkan bermakna Shabery tidak lagi popular bagi pemuda Umno dan kedudukan beliau dalam Umno mungkin sudah ke penghujung.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12601
Reputation : 0
Number of posts : 263

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime2/8/2008, 3:52 am

bgitu la c Shabery..teda point suda bah.
tba2 kluar tjuk pla..
bkin malu ja.. Smile
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime2/8/2008, 4:00 am

bolih bolih sudah nie.. pale
Back to top Go down
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12601
Reputation : 0
Number of posts : 263

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime2/8/2008, 4:05 am

lebih kurang begitu la crita dia tu Boscho.. Very Happy
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12378
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime2/8/2008, 4:29 am

KEMANTAPAN MEMBAWA BERKAT!!?!! Very Happy
Back to top Go down
maxx munkie
FRESHIE
FRESHIE
maxx munkie

Male
Age : 37
location : kinabalu city
Points : 11970
Reputation : 0
Number of posts : 62

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime10/8/2008, 10:27 pm

shabery nda profesional..ckp mulut berbuih mcm sawan..
tp xda2 isinya..
klu ambil upsr pun nda pas tu ja! lain org tanya lain jawapanya geek
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12592
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime11/8/2008, 9:11 am

bkn calang orang boleh lawan tu Anwar.. dia penah pegang pelbagai jawatan dlm krajaan n penah jd org no 2 dlm krajaan. stakat mo brdebat mngenai isu minyak.. kacang jee. krajaan kena cr resolusi yg sesuai agar rakyat yakin ngan pentadbiran krajaan skrng bkn dgn cr begini yg akhirnya mnampakkn lg klemahan pntadbiran krajaan. wassalam...
Back to top Go down
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12601
Reputation : 0
Number of posts : 263

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime11/8/2008, 12:42 pm

btul tu geng..mcm serba xkena ja pa yg krjaan buat skrg ni..
suda salah tp xcba perbetulkn keadaan,
pa salahnya buka minda sikit demi kebaikan rakyat..
terutamanya kta Bumiputera Sabahan..
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11954
Reputation : 12
Number of posts : 610

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime23/4/2009, 12:11 am

ariel87 wrote:
bgitu la c Shabery..teda point suda bah.
tba2 kluar tjuk pla..
bkin malu ja.. Smile

Anwar punya debat betul2 kaw-kaw...

zaman anwar menteri kewangan dulu pun 1991 - 1997 harga minyak rm1.10... tak pernah naik...

menteri2 skrg semua tamak...
Back to top Go down
Sponsored content




Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Empty
PostSubject: Re: Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN   Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kesan debat isu minyak Anwar-Shabery kepada BN

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: