Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
Subject: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 9:33 am
Last edited by rynjeff on 16/7/2008, 9:56 am; edited 2 times in total
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12620 Reputation : 3 Number of posts : 1457
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 9:35 am
bukan semlm ka ni??? apa udah citer debat ni???
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 9:38 am
Yakuza wrote:
bukan semlm ka ni??? apa udah citer debat ni???
iya debat ni semalam....tengah cari2 video di youtube
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 9:58 am
so keputusannya?siapa lebih menonjol?
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 10:07 am
RBN76 wrote:
so keputusannya?siapa lebih menonjol?
rbn cuba kau tengok video you tube di atas, nanti beri ulasan
bagi pendapat saya ucapan Datuk Seri Anwar penuh fakta , cadangan dan bernas , Datuk Shaberi pulak selalu keluar topik dan kadang2 ucapan dia berulang2 hal yang sama jugak. Jadi Score saya Anwar 1 - Shaberi - 0
api696 SENIOR
Age : 54 location : LA - Bfort - KK Points : 12310 Reputation : 0 Number of posts : 737
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 10:54 am
Stuju...
Ulasan dn pendapat yg Datuk Seri Anwar bahaskan lebih banyak fakta tersirat dn mendalam... so gua
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12279 Reputation : 0 Number of posts : 656
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 11:17 am
hujah anwar hujah yg sangat bernas... dia hanya mau amik 3billion utk turunkan minyak 50sen seliter... bodoh ni sabery chick.. apa inflasi, lagilah ekonomi naik klu minyak rendah, produktiviti tambah.. dia cumat tau hentam anwar secara serangan peribadi, mengungkit kisah2 anwar yg lama bukan menyentuh pasal ekonomi...
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 11:30 am
apa yg aku tngk dlm debat smlm, Anwar lebih mngutarakn hujah2 yg boleh dtrima pakai. Shaberi nmpk trkulat2 utk mngupas topic debat, nmpk bliau hnya cuba mnghntm pribadi Anwar serta mngulang2 apa yg dckp sblm itu. aku rasa utk brdebat dgn Anwar hanya Tun Mahathir shj yg mampu krn bkn calang2 org yg boleh brdebat ngan Anwar. keputusannya.. Anwar 3 - Shaberi 0.
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 11:35 am
LoLLiPoP wrote:
hujah anwar hujah yg sangat bernas... dia hanya mau amik 3billion utk turunkan minyak 50sen seliter... bodoh ni sabery chick.. apa inflasi, lagilah ekonomi naik klu minyak rendah, produktiviti tambah.. dia cumat tau hentam anwar secara serangan peribadi, mengungkit kisah2 anwar yg lama bukan menyentuh pasal ekonomi...
iya betul tu.......orang debat pasal mau turunkan harga minyak , dia cerita pula pasal hal2 lain, pasal sejarah lah, sampai berbuih2 mulut dia tapi out of topik jugak . Tapi yang paling saya tidak puas hati yang dia cakap "Harga minyak naik, rakyat masih cukup makan" . Cukup makan apa....skrg rakyat terpaksa ikat perutlah...gara2 minyak naik harga.
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14035 Reputation : 10 Number of posts : 2993
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 11:37 am
kalau bagi aku lah, tak payah di buat debat ni........ menambah masalah yang sedia ada.... entah mau sokong sape? :confused: Kalau mau lawan memang hanya Dr.M saja yang layak berdebat dengan dia.
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12279 Reputation : 0 Number of posts : 656
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 11:51 am
[/quote]
iya betul tu.......orang debat pasal mau turunkan harga minyak , dia cerita pula pasal hal2 lain, pasal sejarah lah, sampai berbuih2 mulut dia tapi out of topik jugak . Tapi yang paling saya tidak puas hati yang dia cakap "Harga minyak naik, rakyat masih cukup makan" . Cukup makan apa....skrg rakyat terpaksa ikat perutlah...gara2 minyak naik harga.[/quote]
ya betul... bila minyak naik, produktiviti turun.. kilang suma nek harga... dia mau banding kan lagi harga beras kita paling rendah.. padahal pengeluaran beras negara kita cukup utk rakyat, tapi kerajaan mau lagi kasi import... ayat dia "Harga minyak naik, rakyat masih cukup makan" mmg mendapat teriakan yg gemuruh, cukup mkn apa... klu ahli keluarga ahli2 politik ni mmglah cukup.. tapi golongan petani? nak bajak tanah padi pun harga sewa traktor dah naik.. nelayan? harga minyak dah naik takkan nak mendayung pi laut? automatik harga ikan pun naik.. tukarlah kepimpinan sekarang.. aku sokong 1000%...
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12662 Reputation : 0 Number of posts : 1635
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 12:14 pm
Anwar tidak kemukakan formula mapan turunkan harga minyak
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan formula menurunkan harga bahan api yang meyakinkan dan mapan pada debat khas mengenai "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak."
Walaupun beliau berhujah dengan petah dan menarik hati penonton terutama penyokongnya menerusi retoriknya, formula yang dibentangkan berjaya dipatahkan oleh lawannya Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan.
Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta mempertahankan tindakan kerajaan menstruktur semula subsidi minyak berbanding Anwar yang memilih pendekatan populis yang mengambil hati penonton.
Anwar berkata, harga bahan api boleh diturunkan 50 sen seliter sehari selepas sekiranya Pakatan Rakyat memerintah menerusi formula RM5 bilion digunakan bagi menampung penurunan harga minyak. Wang itu dapat diperoleh dengan penjimatan perbelanjaan kerajaan termasuk mengatasi masalah kebocoran dan ketirisan, dan mengurangkan 'standby' kapasiti pengeluaran tenaga daripada 40 peratus kepada 20 peratus oleh pengeluar tenaga bebas (IPP).
"Dengan mengurangkan kapasiti itu saja kita telah mendapat RM2 bilion, jadi RM3 bilion lagi diperoleh melalui penjimatan dan mengatasi kebocoran," katanya.
Mematahkan hujah-hujah Anwar pada debat anjuran Agendadaily.com di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam tadi, Ahmad Shabery berkata cadangan Anwar itu sudah tidak lagi relevan berikutan harga minyak di pasaran dunia sekarang lebih mahal berbanding harga semasa formula itu di warkan-warkan sejak sebelum pilihan raya umum Mac lepas.
Beliau menjelaskan pada masa itu harga bahan api adalah RM1.92 seliter bagi petrol dan RM1.58 seliter diesel.
Berikutan harga setong minyak di pasaran dunia mencecah lebih US$130 setong, kerajaan terpaksa menstruktur semula subsidi bahan api, menjadikan harga di pam petrol RM2.70 seliter dan diesel RM2.58 seliter.
"Kalau kerajaan mengekalkan harga minyak pada kadar yang lama, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion.
"Ini bermakna banyak program pembangunan, termasuk sekolah, jalan, Felda, soal orang di kampung tidak dapat dijalankan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini," kata Ahmad Shabery.
Ahmad Shabery berkata kenaikan harga minyak adalah fenomena global yang berlaku di seluruh dunia akibat banyak faktor termasuk perang Iraq, kemungkinan Amerika Syarikat menyerang Iran dan peningkatan permintaan bahan api oleh China serta India.
Beliau berkata penyelesaian kepada masalah ini bukan dengan menambah subsidi secara konvensional tetapi memerlukan satu pendekatan baru menerusi penstrukturan subsidi bagi menjamin ia benar-benar disalur dan dinikmati oleh rakyat berpendapatan rendah.
"Kalau kita terus bagi subsidi, ada syarikat asing seperti Exxon-Mobil, Shell dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat," katanya.
Beliau berkata kebanyakan negara lain turut mengambil pendekatan yang sama seperti Malaysia.
Ahmad Shabery yang turut membidas Anwar kerana mendakwa kenaikan harga minyak kerana pengurusan kerajaan yang tidak cekap, berkata malah Finland, Norway dan juga negara yang dilaporkan kurang mempunyai kes rasuah tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyatnya. "Mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu," katanya.
"Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 (apakah) kita akan menjadi net importer?
"Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan atau pada waktu itu baru hendak naik mendadak serta-merta daripada apa yang ada sekarang?" tanya Ahmad Shabery kepada Anwar.
Anwar bagaimanapun mempertikaikan sumber minyak negara akan habis pada 2015 dan mendakwa kemungkinan telaga minyak baru ditemui kerana negara pernah menjangka kehabisan simpanan minyak pada 2005.
Kata Anwar lagi Petronas juga giat menjalankan aktiviti mencarigali di luar negara.
Ahmad Shabery berkata Malaysia memang negara pengeksport minyak tetapi bukannya pengeluar besar, oleh itu khazanah negara perlu diuruskan dengan cermat bagi kepentingan generasi akan datang.
"Daripada keuntungan Petronas itu, sebenarnya yang telah diberi pada kerajaan ialah sebanyak 91 peratus, apa lagi yang kita nak ambil dari Petronas," katanya disambut dengan tepukan penonton.
Ahmad Shabery, yang tidak luntur semangat menghadapi kepetahan Anwar berhujah menambah kata "Ingat Petronas kuat dan maju sekarang ini kerana siapa. Tidakkah kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional.
"Kehebatan yang dibuat oleh Petronas selama ini adalah dorongan yang diberikan kerajaan. Kita tidak bebankan Petronas, kita benarkan Petronas untuk menabur kembali (keuntungan)," katanya.
Penonton yang terdiri daripada 50 orang daripada Pakatan Rakyat dan 50 daripada pihak kerajaan mengikuti debat itu dengan tertib tanpa membuat sebarang kekecohan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP.
Begitu juga dengan ratusan penyokong kedua-dua belah pihak yang memberi sokongan moral di luar dewan.
Rata-rata penonton yang ditemui berpuas hati dengan perjalanan debat itu yang mereka sifatkan sebagai menyuburkan amalan demokrasi di negara ini.
"Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut.
Debat kira-kira sejam itu dikendalikan oleh pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Johan Jafaar. - Bernama
-Susah mau ckp sebab kita ni bukan pakar ekonomi...pakar kasi mod kereta mungkin la..
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12529 Reputation : 3 Number of posts : 2079
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 12:22 pm
"Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut.
aku rasa masa debat semalam orang ni tidur kali hehehe
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12662 Reputation : 0 Number of posts : 1635
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 12:35 pm
Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut
Ada kebenaran juga...
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 1:07 pm
tak payah debatlah banyak cerita saja
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12662 Reputation : 0 Number of posts : 1635
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 1:15 pm
shalina7981 wrote:
tak payah debatlah banyak cerita saja
Betul tu... tdk membawa apa2 faedah..hrg minyak tetap juga mahal...
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12125 Reputation : 0 Number of posts : 2142
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 1:18 pm
sebenarnya.....mereka pun bukan tau apa apa..main hantam saja,orang politik,yg penting pandai pandai bercakap.cuba ko suruh diorang berkira kira....pantang angkat jari terus tu..wakakaka
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 1:24 pm
rynjeff wrote:
"Anwar mengambil pendekatan mencuri hati penonton menerusi retorik yang menyentuh emosi penonton tetapi kurang meyakinkan dari segi mengemukakan kaedah sedangkan Ahmad Shabery lebih banyak mengemukakan fakta kukuh dan munasabah," komen seorang penonton yang enggan namanya disebut.
aku rasa masa debat semalam orang ni tidur kali hehehe
MUNGKIN NI ORG TNGK DEBAT DLM MIMPI KALI AH RYNJEFF
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12662 Reputation : 0 Number of posts : 1635
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 1:56 pm
Suda la...kita bukan pakar-pakar ekonomi...
sdil_trdtoms CONTRIBUTOR
Age : 41 location : w.p labuan-kk-sdk Points : 12474 Reputation : 0 Number of posts : 1199
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 2:19 pm
adakah shabery mau lwn org sdh lyk jd PM...mau lwn yg dah berpglmn luas berpuluh² thn! 8)
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14035 Reputation : 10 Number of posts : 2993
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 2:40 pm
debat sana, debat sini harga minyak tetap sama, tak kan turun punya walaupun kerajaan yang sedia ada ditukar. Ada baiknya mereka ini berdebat macamana mau bantu rakyat terutamanya yang perlukan bantuan, bukannya mau menegakkan pendirian masing2......Walau kita sokong pemerintah, sokong pembangkang rakyat juga yang sengsara.
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12592 Reputation : 0 Number of posts : 1268
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 3:04 pm
bumbek wrote:
debat sana, debat sini harga minyak tetap sama, tak kan turun punya walaupun kerajaan yang sedia ada ditukar. Ada baiknya mereka ini berdebat macamana mau bantu rakyat terutamanya yang perlukan bantuan, bukannya mau menegakkan pendirian masing2......Walau kita sokong pemerintah, sokong pembangkang rakyat juga yang sengsara.
aku sokong Bumbek.. drpd brdebat smata2 mo kasi tunjuk siapa betul siapa salah, ada baiknya pihak pmerintah maupun pmbngkang mncari resolusi utk mbantu rkyt yg slama ini kurang mndpt pmbelaan yg swajarnya khususnya msykt kat pndlmn Sabah.. 8)
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12662 Reputation : 0 Number of posts : 1635
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 3:07 pm
Ya..mcm kg sy...kasi tar jln pun separuh2...lepas tu jmbtn dari zaman parti berjaya..lg kihh..kihh..
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12405 Reputation : 0 Number of posts : 2370
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 3:50 pm
SEPA2 PUN BULE CAKAP MAU KASI TURUN HARGA MINYAK.... AKU PUN BULE, BUKAN LG 50SEN BG FREE PUN BULE.... SMUA PUN SMA BHA, JANJI POLITIK SAJA.... MMG TUGAS PEMBANGKANG MHANTAM KERAJAAN, MCARI KSALAHAN KERAJAAN...KESALAHAN SNDIRI DIA XNAMPAK... ADAKA HARGA MINYAK AKAN TRUN KLU DIA JD PERDANA MENTERI?? APA JD SMA SELANGOR??PULAU PINANG?? PERAK?? ADAKA HARGA MINYAK DRG TRUN??WAKAKAKAKAK ADAKA ANWAR NIE BGTU HEBAT?? ADAKA IDEA DIA TLALU BERNAS?? KLU DIA HEBAT TIDAKLA DIA MMALUKAN NEGARA KITA DLUAR SNA... YANG NYATA, ORG MELAYU SMAKIN KETINGGALAN... SEMAKIN MUNDUR SBAB X BSATU & SLALU BGADUH SESAMA SENDIRI, ASYIK KUTUK MGUTUK, TAMAK,FITNAH SANA SINI..
vandalheart SENIOR
Age : 47 location : Papar, Sabah Points : 12280 Reputation : 6 Number of posts : 631
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak 16/7/2008, 4:44 pm
Huh....berita ckp lain...di forum lain lagi tu....
tapi bila melihat debat ni aku rasa shabery tu mcm nda sedia....hujah dia mcm nda cukup mantap...lebih serangan peribadi saja....bagi aku anwar lebih berisi...
ntahlah....tp pandai becakap nda semestinya pandai kerja....debat ka diorang, betimbak ka diorang....minyak kita bayar masih juga RM2.70
Bagus buat debat "Hari ini membentuk kerajaan, besok kereta JDM dibenarkan" baru syok hehehe
Sponsored content
Subject: Re: DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak
DEBAT: Hari Ini membentuk Kerajaan,Esok turun Harga Minyak