|
| Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia | |
| Author | Message |
---|
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 21/6/2008, 3:11 pm | |
| Ibarat buku bertemu ruas
VIENNA – Pertembungan Belanda dan Rusia pada aksi suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 awal pagi esok diibaratkan pertembungan buku bertemu ruas. Belanda yang dibimbing Marco van Basten memperlihatkan reputasi tinggi pada kempen kali ini apabila merekodkan kemenangan bersih dalam aksi Kumpulan C, iaitu ‘kumpulan maut’ yang turut disertai Itali, Perancis serta Romania. Nasib berbeza pula dilalui Rusia apabila dibelasah Sepanyol 1-4 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D sebelum bangkit menewaskan Sweden 2-0, sekali gus menempah slot ke suku akhir. Sebagai percaturan, Belanda akan mempertaruhkan Ruud van Nistelrooy di bahagian serangan dengan Rusia terus mengharapkan kepada keajaiban Roman Pavlyuchenko bagi memburu gol. Di posisi tengah Belanda, Wesley Sneijder akan berdepan perancang utama Rusia, Andrei Arshavin sementara pemain sayap The Oranje, Arjen Robben bakal bersaing dengan pemain serba boleh Rusia, Konstantin Zyryanov. Begitupun, bagi van Basten, dia mahu mengambil jalan mudah dengan menjadikan kemenangan besar Sepanyol ke atas Rusia sebagai ‘senjata’ pasukannya ketika turun menentang anak didik Guus Hiddink itu. “Kami akan lihat bagaimana Sepanyol boleh mencatat kemenangan besar ke atas Rusia dan cuba belajar melalui perlawanan itu,” jelas van Basten. Pada aksi di Basel awal pagi esok, Belanda dijangka menurunkan barisan terkuatnya selepas van Basten hanya menyenaraikan skuad simpanan pada aksi terakhir menentang Romania sebelum ini. Kombinasi van Nistelrooy, Sneijder dan Robben serta Dirk Kuyt menjadi taruhan terbaik bagi mengulangi kejayaan bersejarah Belanda membelasah Perancis 4-1 minggu lalu. Bagi Hiddink pula, dia cukup berpuas hati mengenai tahap kecergasan pemainnya yang bebas daripada sebarang kecederaan serius. – Reuters |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 21/6/2008, 3:12 pm | |
| Rusia sedia kekang Belanda
| ARSHAVIN ketuai jentera tengah Rusia pada pertemuan menentang Belanda awal pagi esok.
|
LEOGANG, Austria - Jurulatih Rusia, Guus Hiddink memberitahu, dia tidak menghadapi masalah kecederaan menjelang pertemuan menentang pasukan pilihan, Belanda pada aksi suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 awal pagi esok. "Kami masih menjalani latihan dengan keseluruhan skuad hari ini (kelmarin), jadi tiada sebarang masalah kecederaan pada pemain saya," kata Hiddink kelmarin. Rusia mara ke suku akhir selepas menewaskan Sweden 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan D, satu pencapaian yang di luar jangkaan peminat mereka sendiri. Hiddink juga agak terkejut dengan standard bola sepak Rusia ketika menentang Sweden apabila pemainnya dilihat lebih banyak menguasai perlawanan. Pada perlawanan tersebut, penyerang Roman Pavlyuchenko dan perancang Andrei Arshavin masing-masing menjaringkan gol. Corak permainan secara menyerang merupakan gaya permainan Rusia, namun Hiddink berkata, ia juga banyak dibantu dengan kecergasan dan juga komitmen pemain di bahagian pertahanan. "Saya tahu pasukan ini mampu beraksi dengan baik, mereka membuktikannya ketika berdepan Sepanyol, namun mereka masih mentah," kata Hiddink ketika mengulas kekalahan 1-4 kepada Sepanyol pada aksi pembukaan Kumpulan D. "Saya tahu mereka boleh bermain, tetapi aksi mereka perlu lebih berkesan dan juga menarik." Hiddink yang pernah membimbing Belanda ke separuh akhir Piala Dunia 1998 berkata, bekas pasukannya itu menjadi pilihan pada pertemuan di Basel nanti selepas hampir semua tonggak utamanya tidak beraksi pada perlawanan terakhir ketika menentang Greece. Sementara itu, kapten Rusia, Sergei Semak pula menjangkakan satu perlawanan sengit ketika berdepan Belanda nanti. "Kami kini bermain seperti gaya permainan Belanda," katanya. "Kedua-dua pasukan beraksi dengan corak menyerang dan saya percaya perlawanan ini pasti menjanjikan saingan sengit." - AP |
| | | 9w6bah FRESHIE
Age : 48 location : TUARAN, KK Points : 12006 Reputation : 0 Number of posts : 70
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 22/6/2008, 1:47 pm | |
| wuaaaah !!!...inilah tidak senang hati nie...buku dah bertemu ngan ruas, ntah Belanda nie ruas kah @ bukukah...yg sedih nie dah kalah tadi subuh, mcm tak caya kena undur diri dgn kalah 3 gol dari Russia...bah tidak apa ...Turki pun bulelah...okey chow dulu...qrx73 |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 22/6/2008, 11:00 pm | |
| Rusia benam Belanda 3-1 ketika masa tambahan
[url=mailto://][/url]
BASEL (Switzerland): Rusia menjaringkan dua gol ke gawang Belanda pada masa tambahan dalam perlawanan yang berlangsung semalam sekali gus melayakkan pasukan itu ke separuh akhir.
Gol kejayaan Rusia disempurnakan Dimitry Torbinski dan Andrei Arshavin dalam tempoh lima minit saja antara satu sama lain manakala Van Ruud Nistelrooy pula memungut mata untuk Belanda pada minit ke-86. Gol pertama Rusia dilakukan Roman Pavlyuchenko. Rusia menang 3-1. - AP
Rusia: Igor Akinfeev, Denis Kolodin, Sergei Ignashevitch, Aleksandr Anyukov, Konstantin Zyryanov, Yuri Zhirkov, Igor Semshov, Sergei Semak, Ivan Saenko, Roman Pavlyuchenko, Andrei Arshavin. Belanda: Edwin van der Sar, Andre Ooijer, Joris Mathijsen, Khalid Boulahrouz, Nigel de Jong, Rafael Van der Vaart, Giovanni Van Bronckhorst, Wesley Sneijder, Orlando Engelaar, Ruud Van Nistelrooy, Dirk Kuyt.
|
| | | arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12639 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 23/6/2008, 12:15 am | |
| cilakak mcm mane nie leh kalah.... |
| | | codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 23/6/2008, 9:23 am | |
| - arep wrote:
- cilakak mcm mane nie leh kalah....
wakakakaa, da orange chmpions?? |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 23/6/2008, 9:38 am | |
| habis sudah orange2 semua........hehehe |
| | | rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia 23/6/2008, 10:07 am | |
| Rusia memang layak menang - Van Basten
BASEL - Jurulatih Belanda, Marco Van Basten berkata, Rusia layak memperoleh kemenangan di peringkat suku akhir Euro 2008 ke atas pasukan bimbingannya kerana lawannya itu mempunyai sebuah pasukan yang baik. "Pemain-pemain Rusia berhak untuk menang. Mereka bermain dengan lebih baik dan menghasilkan banyak peluang. Jadi, saya boleh menerima perkara tersebut," kata pengurus Belanda itu yang kini akan memulakan tugas bersama kelab Ajax Amsterdam. Belanda mengalah kepada usaha keras yang dipamerkan oleh pemain Rusia apabila berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan masa tambahan untuk mengatasi Belanda dengan keputusan 3-1, setelah terikat seri 1-1 di masa sebenar perlawanan. "Kami melakukan beberapa pergerakan cantik pada permulaan permainan, tetapi malangnya tidak menghasilkan apa yang seharusnya diperlukan. Kami tidak mengawal perlawanan tersebut. Rusia menjadikannya begitu sukar kepada kami. Kami mempunyai masalah fizikal. Pemain-pemain tidak boleh bertahan sehingga ke akhir perlawanan," kata Van Basten. Dalam pada itu, jurulatih Rusia, Guus Hiddink berkata, pasukan bimbingannya itu masih mempunyai ruang untuk melakukan peningkatan setelah membenam Belanda dan melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Euro 2008. "Pemain-pemain masih menjalani proses penambah baik. Mereka merupakan pemain muda. Tetapi ia begitu mengagumkan apabila mereka berjaya mempelajari taktik bola sepak antarabangsa dengan pantas. "Mereka mudah untuk ditunjuk ajar dan begitu cepat menerimanya. Mereka mempunyai kualiti," kata jurulatih berasal dari Belanda, Hiddink pada sidang akhbar selepas mencatat kemenangan meyakinkan. Hiddink berkata, dia 'teramat bangga' dengan kemenangan yang dicapai, terutamanya pasukan itu hanya mempunyai masa selama dua hari penuh untuk kembali cergas selepas bertemu Sweden di perlawanan akhir peringkat Kumpulan D, Rabu lalu. "Kami hampir tidak mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan pasukan dengan taktik. Tetapi, kami lebih bagus daripada pihak lawan dari semua bahagian pada perlawanan malam ini (kelmarin) dari segi teknikal, taktik dan fizikal," kata Hiddink. - Reuters |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia | |
| |
| | | | Ibarat buku bertemu ruas Belanda - Rusia | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|