heliza dan awal intim bercinta?
Agak lama Murai Batu tidak mendengar cerita tentang bintang Akademi
Fantasia 5 (AF5), Heliza yang jelita bertudung itu. Kali terakhir
melihat Heliza pun ketika Murai Batu menghadiri Anugerah Bintang
Popular Berita Harian April lalu apabila Heliza berduet dengan Mawi
pada malam kemuncak.
Hakikatnya, sekarang Murai Batu difahamkan Heliza sedang sibuk
menyambung pengajiannya di Sabah. Dulukan Heliza pernah tangguhkan
pelajaran sebab masuk AF5.
Tapi teman Murai Batu memberitahu satu lagi cerita hangat. Rupa-rupanya
Heliza sekarang sedang dilamun cinta dengan seseorang dan ia baru saja
berputik. Hai, dengan siapa pula?
Kalau nak tahu, pasangan Heliza itu bukan main popular orangnya. Sebut saja namanya mesti peminat akan kenal.
Dia adalah pengacara dan pelakon kacak, Awal Ashaari.
Nampaknya lepas ni bertambah satu lagilah pasangan romantis sesama
selebriti. Khabarnya, Heliza dan Awal tengah mengenali hati
masing-masing. Bagi Murai Batu, mereka memanglah sesuai. Seorang
cantik bertudung dan seorang lagi segak bergaya. Malah, kedua-duanya
mempunyai imej bersih, yakni tak ada kontroversi.
Apapun, dalam ghairah bercerita, teman Murai Batu berkata semua itu
hanya berlaku dalam filem terbaru lakonan mereka, Syurga Cinta arahan
Ahmad Idham! Huh, memang sengaja nak kenakan oranglah tu, April Fool
terlewat!
Sebenarnya, Awal dan Heliza pertama kali dipertemukan kerana sebelum
ini mereka tidak pernah kenal rapat. Dalam Syurga Cinta watak Awal
lebih kepada lelaki nakal yang baru pulang dari luar negara dan jatuh
cinta kepada gadis yang kuat pegangan agama lakonan Heliza. Hmm, macam
pernah ku dengar saja cerita seperti itu...
Apapun, kita harap gandingan Awal dan Heliza akan menjadi. Malah kalau
mereka berdua bercinta betul-betul pun OK juga sebab dua-dua pun masih
single. Betul tidak?
MURAI BATU: Cinta lokasi pernah terjadi dalam hidup Ogy Datuk Ahmad Daud dan Eman Manan. Fuh indahnya.