Akhbar Berita Harian hari ini memaparkan berita pergolakan rumah tangga Norish Karman, 34 bersama Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.
Bila ditanya benarkah desas-desus itu, Norish hanya memberitahu yang mereka masih berkahwin dan tinggal sebumbung. Tetapi yang mengelirukan, dia juga memberitahu yang satu sidang media akan diadakan tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara sebenar. Kekeliruan itu bertambah apabila disuruh pihak media untuk bertanyakan “pihak satu lagi” untuk mendapatkan jawapan mengenai status rumah tangganya.
Alasan Norish untuk tidak bercakap panjang lebar kerana perkara ini membabitkan anak-anak dan ibu bapanya.
“Isu ini hanya membabitkan ibu bapa, anak-anak jangan dibabitkan kerana saya tidak mahu membabitkan mereka. Biar mereka tahu ibu bapa sayang pada mereka.
“Tidak ada siapa yang berdoa supaya perkara ini berlaku. Kalau perlu lalui, saya kena juga lalui. Jangan terasa dihina atau jatuh martabat apabila perkara ini terjadi. Saya tahu siapa diri saya, kalau sesuatu perkara tiada jodoh itu berlaku, itu hak saya. Saya bercakap bagi pihak wanita dan seorang ibu,” kata Norish.
Bila diminta jelaskan jika keretakan rumah tangganya disebabkan dia mempunyai teman lelaki muda, Norish hanya menjawab yang dia mempunyai hak untuk berkawan dengan sesiapa.
Dan bagi mereka yang tidak sempat menonton “Melodi” semalam, Norish juga menafikan gosip yang dia mendera anak tirinya, Halysha Nur, 14. Dibawanya juga Halysha untuk sendiri menjelaskan keadaan sebenar.
“Bonda tak pernah dera or hate or torture me, it’s merapu. Don’t know where they get this stuff from. It’s nonsense, not true,” kata Halysha yang mengaku pada mulanya dia benci pada bondanya.
“She hated me. Pada dia, saya perampas. Pada dia, saya seorang yang merampas kebahagiannya, merampas baba dia keluar dari rumah. Kami kemudian timbul rasa kasih sayang, we love each other. Then boleh timbul perkataan saya dera anak tiri ….,” jelas Norish.
“Saya buat dia macam anak saya, memang anak saya. Jangan mengocakkan benda yang tak ada.”