SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12256
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime19/6/2008, 8:24 pm

Abdul Rahim Sabri | Jun 19, 08 6:08pm
Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini mengutuk tindakan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee ekoran kenyataannya bahawa parti itu akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat yang disambung Isnin depan.

Perkara itu terkandung dalam kenyataan yang dibaca oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Mansor selepas selesai mesyuarat tersebut yang berlangsung selama kira-kira 2.30 jam.

Menurutnya, parti komponen BN sebulat suara mengutuk kenyataan Yong kerana kenyataan itu tidak berprinsip, tidak etika dan bertentangan dengan permuafakat BN.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan akan diambil terhadap SAPP selepas mendapatkan kenyataan rasmi dari parti tersebut.

Manakala semua ketua parti komponen BN diminta mempastikan ahli Parlimen mereka menghadiri setiap sesi Dewan Rakyat dan mengikut arahan ketua wip dan menolak usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Semua pemimpin parti komponen BN yang hadir turut menyatakan sokongan padu mereka kepada Abdullah.

Tawar jawatan senator

Abdullah memberitahu pihak media kemudiannya bahawa kenyataan Yong itu merupakan satu kenyataan peribadi.

Beliau juga berkata, tindakan akan diambil terhadap ahli-ahli Parlimen BN jika mereka menyertai usul undi tidak percaya tersebut.

Perdana menteri juga mendedahkan bahawa beliau telah menawarkan jawatan utusan khas kepada Yong.

Bagaimanapun, katanya, Yong telah menolaknya dan membuat kenyataan yang mengejutkan itu semalam.

Semalam Yong mengumumkan parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri apabila sidang Parlimen disambung minggu depan.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan udangan negeri (Adun).

Bukan sebulat suara

Bagaimanapun, keputusan SAPP untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri, dipercaya bukan keputusan sebulat suara pucuk pimpinannya.

Timbalan Presiden, Raymond Tan - yang tidak hadir dalam sidang akhbar ketika Presidennya, Datuk Yong Teck Lee mengenai perkara tersebut semalam - berkata beliau "keliru dan malu" dengan tindakan SAPP itu.

Katanya, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.

Keempat-empat ahli dewan undangan negeri (Adun) SAPP tidak hadir di sidang akhbar tersebut.

SAPP akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya esok untuk memutuskan sama ada ia akan kekal atau keluar dari BN.


Kredit to : Malaysiakini.com
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12249
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 10:57 am

ni kenyataan bukan apa bah ni dia org mau pm letak jawatan bah ni...
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12407
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 1:51 pm

Bukan keputusan SAPP - BN ambil tindakan setelah mendapat pendirian rasmi parti itu – PM



KUALA LUMPUR 19 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) kerana pengisytiharan menentang beliau bukan dibuat oleh parti itu tetapi presidennya, Datuk Yong Teck Lee.
Perdana Menteri berkata, BN hanya akan membuat keputusan mengenai keanggotaan SAPP setelah mendapat surat rasmi daripada Majlis Tertinggi SAPP mengenai pendirian parti tersebut berhubung kenyataan Teck Lee.
‘‘Ini bukan soal takut atau tidak, kalau BN hendak membuat keputusan, ia tidak boleh diambil secara tergesa-gesa kerana kita perlu tahu sama ada ia keputusan parti ataupun presidennya sahaja,’’ katanya yang juga Pengerusi BN kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Teck Lee semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan mengugut akan menyokong sebarang bentuk undi tidak percaya terhadap Abdullah.
Presiden SAPP itu turut melahirkan keyakinan bahawa pendirian tersebut akan disokong oleh beberapa parti komponen BN lain di Semenanjung dan Sarawak.
Teck Lee mendakwa, Ahli Parlimen BN yang lain juga bersetuju dengan tindakan SAPP itu walaupun mungkin tidak secara terbuka.
Abdullah memberitahu, Dewan Tertinggi BN berpendapat, tindakan tidak boleh diambil terhadap SAPP kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Teck Lee itu bukan keputusan parti.
‘‘Dewan Tertinggi BN juga memutuskan bahawa SAPP perlu mengambil tindakan terhadap Teck Lee atas kenyataannya yang memesongkan ahli-ahli parti tersebut.
‘‘Tidak ada sebab untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada SAPP kerana parti itu tidak melakukan sesuatu yang salah,’’ katanya.
Mesyuarat yang bermula pukul 3.45 petang itu berlangsung selama dua jam setengah dan dihadiri Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V. K. Liew.
Parti-parti komponen lain yang hadir ialah Naib Presiden Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Bersatu (Upko), Datuk Dr. Makin Marcos Mojigoh; Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Masing; Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu; Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Lee Hing.
Turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Bendahari UMNO, Datuk Mohd. Azim Zabidi.
Perdana Menteri memberitahu, kenyataan Teck Lee itu tidak mendapat sokongan atau disukai serta tidak boleh diterima malahan Dewan Tertinggi BN kesal atas apa yang telah dilakukan oleh Presiden SAPP tersebut.
Abdullah menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Teck Lee itu ditolak secara total oleh parti-parti komponen BN lain.
Menurut beliau, Dewan Tertinggi BN tidak memberi amaran kepada mana-mana parti komponen atau memberi nasihat kerana pemimpin-pemimpin terbabit faham mengenai tugas serta tanggungjawab untuk memelihara kemuafakatan BN.
Mengenai tindakan terhadap dua Ahli Parlimen SAPP, iaitu Ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun, Perdana Menteri memberitahu, tidak ada tindakan akan diambil kerana ia dilakukan di luar Dewan Rakyat.
‘‘BN hanya akan mengambil tindakan sekiranya kedua-dua ahli Parlimen itu mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat kerana ia menyalahi disiplin parti.
‘‘Tindakan akan diambil seperti terhadap seorang ahli MIC dan dua ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dulu,’’ katanya.
Abdullah juga menjelaskan secara terperinci mengapa beliau menganggap Teck Lee tamak.
Jelas beliau, Presiden SAPP itu bukan sahaja hendak merampas kerusi Parlimen daripada parti lain, malahan mahukan jawatan lebih tinggi.
Abdullah bagaimanapun tidak tertekan atau kesal dengan tindakan Teck Lee kerana beliau telah lama dalam politik dan ia bukan sesuatu yang baru.
‘‘Perkara ini akan berlaku dan paling penting ialah ia tidak akan menganggu saya dan ahli-ahli parti lain untuk melakukan tugas berdasarkan kepada mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya lepas,’’ katanya.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
ap_opticlassic
REGULAR
REGULAR
ap_opticlassic

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 39
location : Tawau
Tag ID: : 2822
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 492

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 2:36 pm

ermmm....suru pm letak jawatan....lagi bagus...apa yg sabah dapat...cuma 20 bilion....mmg d anak tirikan bah kita nie di sabah.....apa jawatan yg tertinggi di kabinet sabah pernah dpt..????...ermm....pikir2kan lah....???? Mad Mad


BuLih2 Suda Tu Tau...he3...
Back to top Go down
http://www.pipercross.niceboard.net
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12283
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 2:56 pm

kerajaan perlu tegas..... Very Happy
bukannya buat keputusan ssuka ati... Very Happy
p/s**kpd pemimpin2, janla jd tamak haloba....
pentingkanla kesejahteraan rakyat, bukan duit poket sndiri...
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12249
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 3:50 pm

ada-2 saja bah dia org ni....apa yg dikatkan datuk yong tu banyak kebenarannya....sabah dijadikan anak tiri semenanjung saja bah...
Back to top Go down
Tenz
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 41
location : Tenom-Labuan
Points : 11943
Reputation : 3
Number of posts : 235

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 3:52 pm

terengganu suda dapat royalty sumber asli..
sabah bila??
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12283
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 4:04 pm

Tenz wrote:
terengganu suda dapat royalty sumber asli..
sabah bila??
tepuk dada tnya diri sndiri.... 8)
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12249
Reputation : 0
Number of posts : 2041

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 4:19 pm

sabah sampai bila pun tak dapat.. kan sabah anak tiri..memang di pinggirkan..kesian Sad
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12470
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime20/6/2008, 5:27 pm

Sabah oh Sabah memang nasibmu slalu malang alahai dont know
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12407
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime21/6/2008, 11:17 am

MT SAPP setuju dengan usul undi tidak percaya

KOTA KINABALU: Majlis Tertinggi (MT) Parti Maju Sabah (SAPP) bersetuju supaya usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikemukakan di Dewan Rakyat, Isnin ini.

"Setelah menimbang semua pendapat, Majilis Tertinggi membuat keputusan menyetujui usul itu dibawa," kata Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar itu, di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat tidak membuat keputusan sama ada SAPP akan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Seramai 33 dari 35 Anggota Majlis Tertinggi SAPP hadir, kecuali Timbalan Presiden yang juga Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas, Datuk Liew Teck Chan, yang kedua-duanya sedang berada di luar negara.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan hala tuju parti itu ekoran kenyataan Yong, pada Rabu lepas bahawa SAPP telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah.

Khamis lepas, Dewan Tertinggi BN yang mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur membuat keputusan tidak akan mengambil tindakan sehingga mendapat kepastian sama ada kritikan oleh Yong itu adalah pendirian parti atau bersifat peribadi.

Majils Tertinggi SAPP juga menggariskan lapan "perisytiharan penduduk Sabah" bagi membawa perubahan dalam negara ke arah mewujudkan satu kerajaan beramanah dan satu masyarakat yang adil, harmoni dan progresif:

  • Kerajaan berasaskan kepada tadbir urus yang baik, masyarakat madani dan politik bukan perkauman.
  • Sabah harus mempunyai autonomi politik, yang kerajaannya dibentuk dan diuruskan oleh penduduk Sabah.
  • Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.
  • Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah dan diuruskan sebagai satu wilayah khas. Undang-undang Pusat yang tidak adil kepada Sabah, dan jabatan Persekutuan yang tidak membawa manfaat kepada negeri itu, dikaji semula.
  • Sabah diberikan penyertaan adil dan saksama dalam pentadbiran Persekutuan, perkhidmatan awam dan sektor swasta, dan Jabatan Persekutuan di Sabah, sebolehnya diketuai rakyat tempatan.
  • Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri menyediakan sumber, kesungguhan dan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah kehadiran pendatang tanpa izin dengan cara yang tegas tetapi berperikemanusiaan, dengan tumpuan kepada konsep serantau dan perkongsian bijak.
  • Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bekerjasama membetulkan ketidakseimbangan dalam struktur ekonomi dan sosiol melibatkan Sabah dan negeri lain.
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12407
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime21/6/2008, 11:18 am

Sabah dan negeri lain yang mengeluarkan minyak berhak mendapat 20 peratus royalti petroleum.


dont know -kesian Sabah ni.. negeri ada minyak yang termiskin...Smile
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
ap_opticlassic
REGULAR
REGULAR
ap_opticlassic

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 39
location : Tawau
Tag ID: : 2822
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 492

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime21/6/2008, 3:42 pm

he3...tulah kita nie mau beingat2....sabah nie kita punya...jadi...pikir2kan lah.,...


BuLih2 Suda Tu Tau...he3... Very Happy
Back to top Go down
http://www.pipercross.niceboard.net
junraz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
junraz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 51
location : Negeri Dibawah Bayu
Points : 12540
Reputation : 0
Number of posts : 1635

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime21/6/2008, 9:46 pm

Ok la tu...
Back to top Go down
http://www.kcarlife.com
anip
MODERATOR
anip

Male
Age : 38
location : kk bah....
Points : 11976
Reputation : 0
Number of posts : 967

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime22/6/2008, 1:11 am

ya ba sabah nie macamna la lepas nie dont know
Back to top Go down
Sponsored content




Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Empty
PostSubject: Re: Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP   Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP Icon_minitime

Back to top Go down
 

Majlis Tinggi BN kutuk presiden SAPP

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: