Dari mata turun ke hati, itulah gambaran estetika sepasang mata yang menjadi pelengkap kehidupan kita.
Memiliki mata yang cantik dan galak menjadi impian setiap wanita yang mementingkan kecantikan dan penampilan, apatah lagi jika digayakan dengan bulu mata palsu yang kini menjadi trend dalam fesyen di seluruh dunia.
Jika dahulu, trend ini tidak begitu popular dan hanya digunakan pada masa tertentu seperti menghadiri sesuatu majlis, tetapi kini trend bulu mata palsu seperti menjadi ikon fesyen yang memberi impak berkesan kepada personaliti wanita yang inginkan gaya unik dan sensual.
Walaupun kini banyak pusat kecantikan menawarkan teknik penyambung bulu mata namun bulu mata palsu masih diterima ramai wanita. Ini kerana penggunaan bulu mata palsu yang dilekat gam lebih mudah serta tidak memerlukan belanja yang tinggi.
Begitu juga dengan pilihan warna dan corak yang menampilkan tekstur yang berbeza dan unik pada bulu mata palsu.
Selain bulu mata biasa, gadis yang berani boleh mencuba bulu mata yang diperbuat daripada bulu, kain lace dan batu permata. Semuanya boleh dibuat, cuma bergantung kepada keberanian seseorang itu untuk memakainya.
Banyak jenama bulu mata palsu berada di pasaran. Paling disukai adalah daripada jenama Shu Uemura iaitu rangkaian Tokyo Lash Bar kerana gayanya lebih terkini dengan hiasan aksesori yang kontemporari agar mata lebih cantik dan menawan.
Jenama yang berasal dari negara matahari terbit itu bakal memberikan anda keberanian dan tampil dengan lebih elegan yang merubah mata anda dalam memberikan kesan yang dramatik.
Sebagai memenuhi cita rasa wanita tempatan, Shu Uemura dengan kerjasama juru solek tempatan telah menghasilkan fenomena fesyen bulu mata yang cukup sofistikated.
Seramai tujuh juru solek tempatan terlibat dalam merubah gaya menerusi pemakaian bulu mata Shu Uemura Mereka yang terlibat ialah Frederick, Emma Mustafa, Michelle Shia, Surya Zainul, Stevensunny, Chufan dan Taisu.
Berbekalkan pengalaman yang luas, masing-masing menghasilkan konsep bulu mata yang berani.
Hasil tangan mereka itu memberi impak yang berani dalam menghasilkan kreativiti bulu mata palsu bersama model-model terkenal Malaysia.
Lihat sahaja ilham bulu mata Stevensunny yang tampil lebih elegan yang tampil dengan dua tema berlainan.
Kali ini, Stevensunny memilih bulu mata bulu mata palsu yang bersalut keemasan dengan topeng emas yang nampak lebih misteri dan luar biasa.
Juru solek ini turut memilih gaya bulu mata yang berbeza tanpa solekan pemerah pipi, hanya dengan lirikan bulu mata yang semula jadi.
Seperti juru solek Shu Uemura yang lain, Surya Zainul turut mempamerkan gaya bulu mata yang glamor. Bagi yang inginkan kelainan, wanita boleh memilih konsep solekan bulu mata yang liar dan seksi.
Selain itu, terdapat juga gaya model yang menggunakan mekap bulu mata yang moden sesuai dengan zaman masa kini.
Misalnya, hasil tangan Taisu sesuai untuk wanita berkerjaya supaya mereka nampak berkeyakinan dan berani.
Tidak ketinggalan, Taisu memperkenalkan gaya bulu mata untuk wanita berani yang inginkan penampilan moden.
Ada antara juru solek berjaya menghasilkan gaya elegan bulu mata yang digabungkan bersama gincu Shu Uemura.
Emma Mustafa misalnya, lebih tertarik dengan kombinasi bulu mata kreatif mengikut warna gincu.
Contohnya, Emma mengenakan warna gincu merah dengan gaya bulu mata mengikut trend retro tahun 50-an.
Walaupun nampak klasik, ciri moden tetap menjadi pilihan Emma.
Bagi mereka yang ingin tampil dengan konsep unik seperti yang diketengahkan Michelle Shia, gabungan pembayang mata yang dilukis pasti sesuatu yang baru.
Diilhamkan menggunakan minyak lukisan Mark Rothko, hasil solekan ini masih memenuhi ciri wanita moden.
Apa yang jelas disini, produk Shu Uemura telah membuka lembaran baru dalam menghasilkan sesuatu jenama Shu Uemera yang mampu meningkatkan dan membantu industri kecantikan dunia.