SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pakar Mata: Rokok rosak mata Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pakar Mata: Rokok rosak mata Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pakar Mata: Rokok rosak mata

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
yoR_eeL
JUNIOR
JUNIOR
yoR_eeL

Female
Age : 44
location : keningau
Points : 11697
Reputation : 1
Number of posts : 115

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime19/12/2008, 9:44 am

Pakar Mata: Rokok rosak mata
Oleh Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad (Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Prince Court)

ROKOK bukan saja dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kanser, tetapi ia juga memberi kesan besar terhadap kesihatan mata dan boleh menjejaskan penglihatan, terutama apabila usia semakin lanjut.

Bagaimana merokok memberi kerosakan kepada mata?


Perokok mempunyai risiko tinggi untuk menghidap katarak lebih awal pada umur muda. Melalui pengalaman saya, ada pemuda semuda usia 34 tahun mengalami katarak pada kedua-dua matanya.

Apabila disiasat, beliau mengakui menjadi perokok tegar yang menghisap 20 batang rokok sehari sejak berusia 16 tahun.

Berdasarkan penyelidikan Universiti Harvard, merokok terbukti antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada pembentukan katarak.

Walaupun berhenti merokok boleh mengurangkan risiko dan kerosakan kepada kanta mata, sesetengah kerosakan mungkin tidak dapat diperbaiki.

Memang semua orang tidak boleh lari daripada katarak apabila umur meningkat, tetapi ada kajian menunjukkan perokok mengalami masalah katarak kira-kira 10 hingga 15 tahun lebih awal berbanding individu tidak merokok.

Kajian menunjukkan rokok ‘membantu’ membentuk katarak dalam dua cara. Pertama, radikal bebas dalam asap rokok menyerang mata secara terus dan berpotensi merosakkan protein dan membran sel pada kanta mata.

Kedua, merokok mengurangkan paras antioksidan dan sesetengah enzim dihasilkan dalam badan yang berfungsi menyingkir protein yang rosak pada kanta.

Bekalan asap rokok yang berterusan lama kelamaan akan menggandakan risiko mendapat katarak.

Merokok juga meningkatkan kemungkinan mendapat kemerosotan makula. Kajian menunjukkan perokok dan bekas perokok mempunyai risiko tinggi untuk mengalami kerosakan pada retina.

Degenerasi makula boleh menyebabkan kebutaan kekal apabila berlaku perdarahan di dalam retina. Degenerasi makula adalah penyebab utama kebutaan pada mereka yang berumur melebihi 50 tahun.

Ia disebabkan asap rokok boleh meningkatkan risiko berlaku kerosakan pembuluh darah pada saraf optik. Ini menyebabkan kebutaan kekal.

Ada penyelidik mendapati risiko perokok mengalami kemerosotan makula ialah dua hingga dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding bukan perokok. Lebih lama tempoh seseorang itu merokok, risikonya lebih tinggi.

Walaupun perokok berdepan risiko dua kali ganda mendapat kemerosotan makula jika berhenti merokok, tindakan itu jauh lebih baik daripada terus membiarkan asap rokok merosakkan badan dan penglihatan anda kerana risiko ini berkurang perlahan-lahan.

Secara umumnya penglihatan perokok dikatakan kurang baik, terutama ketika memandu pada waktu malam. Penyelidik percaya ia disebabkan kehadiran gas karbon dioksida dalam asap rokok yang menjejaskan penglihatan pada waktu malam.

Mereka yang mempunyai diet tidak sempurna serta merokok dan meminum arak mempunyai risiko mengalami kerosakan kekal pada saraf optik.

Mereka yang mempunyai mata kering dan merokok menyebabkan gejala berlebihan seperti terasa pedih, gatal dan berair.

Bagaimanakah merokok mengganggu kesihatan mata janin dan bayi yang baru dilahirkan?

Kajian menunjukkan ada kaitan di antara kehamilan dan risiko mendapat radang otak ketika janin membesar. Risiko mendapat penyakit meningitis jangkitan kuman adalah lima kali ganda bagi ibu mengandung yang merokok.

Seperkara yang perlu diingat ialah merokok boleh menjejaskan penyerapan nutrien makanan. Asap rokok menyebabkan vitamin C musnah dua kali lebih cepat sebelum ia sempat diserap oleh badan.

Jika berterusan, ia boleh mengakibatkan perokok mengalami masalah kekurangan vitamin C.

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat diperlukan badan untuk melindungi sel daripada tindakan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

Jadi walaupun anda rajin mengambil pil vitamin, anda tidak dapat menikmati manfaatnya selagi tidak berhenti merokok.
Back to top Go down
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12801
Reputation : 7
Number of posts : 3450

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime19/12/2008, 9:52 am

very gud info bro........ Very Happy
Back to top Go down
RedWolf
JUNIOR
JUNIOR
RedWolf

Male
Age : 42
location : Keningau, Kudat
Points : 11866
Reputation : 0
Number of posts : 102

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime19/12/2008, 11:13 pm

ya.. verey good info.. so smoker, the choice is in ur hand.. pandai² ja la k... hehe.. Wink
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14366
Reputation : 10
Number of posts : 6723

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime19/12/2008, 11:30 pm

lau takdir mau kena sakit,kena jua bah aahahaha....
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
misz_comel
SENIOR
SENIOR
misz_comel

Female
Age : 43
location : keningau
Points : 12142
Reputation : 3
Number of posts : 615

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime19/12/2008, 11:42 pm

ProjectD wrote:
lau takdir mau kena sakit,kena jua bah aahahaha....

akakka...ini baru la.. Laughing
Back to top Go down
RedWolf
JUNIOR
JUNIOR
RedWolf

Male
Age : 42
location : Keningau, Kudat
Points : 11866
Reputation : 0
Number of posts : 102

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime19/12/2008, 11:43 pm

ProjectD wrote:
lau takdir mau kena sakit,kena jua bah aahahaha....

hehe.. betul tu bro! lau bab takdir, u can run but u cant hide.. haha..
(touch wood x3)
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12520
Reputation : 4
Number of posts : 1780

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime20/12/2008, 2:03 am

minta admin tlg pindah kn topik ni ke section CARA HIDUP SIHAT...TQ...Gd Info bro Very Happy
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12513
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime27/4/2009, 10:46 am

:cantek: :cantek: :cantek: :cantek: respek respek respek respek monster blue hypo monster blue hypo
good info
Back to top Go down
sonofthipareth
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sonofthipareth

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : KB - Putrajaya
Tag ID: : SFC 04835
Points : 12229
Reputation : 6
Number of posts : 1189

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime27/4/2009, 10:51 am

Alalala..
Mcm sy pla yg mengantam 20 batang sehari ni..
Alalala mau kurang2 ni skit nanti kena tu katarak punah masa depan..
tidak dpt suda p me'racing'kan diri
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12513
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime29/4/2009, 8:04 am

bgi aku la pendapat kan.rasanya sakit ne dtang nya dri allah.
Back to top Go down
PeArL_ZieLzA
JUNIOR
JUNIOR
PeArL_ZieLzA

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Kota Kinabalu & Labuan
Tag ID: : SfC_05672
Points : 11629
Reputation : 1
Number of posts : 233

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime7/5/2009, 3:52 pm

sasukey wrote:
bgi aku la pendapat kan.rasanya sakit ne dtang nya dri Allah.

Smile .. Kebanyakkan nya bro, ia bergantung dr perbuatan kita seharian bro..
Sekiranya kita pandai memilih yg mana baik utk kesihatan, semestinya kita boleh mengelaknya..

Ziel setuju ngan info ini.. Ia mmg benar,.. org lain merokok & kita yg terhidu rokok jg menjadi masalah.. Kerna asap rokok puncanya..

Dengan ini, kepada sesiapa saja yg merokok.. Anda boleh mengubahnya..
Ia utk kesejahteraan bersama.. RENUNG2KAN LAH.. Very Happy ..
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12894
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime18/5/2009, 11:33 am

Very Happy good n4.

klu d takdirkan sakit, dtg nya dari Allah.tapi kita kena mengelak tau. masa muda ni memang badan mc kuat tapi bila dah berusia kelak d situlah datang mcm2 penyakit tau....
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11954
Reputation : 12
Number of posts : 610

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime27/5/2009, 11:19 am

ubah cara hidup sihat... Cool

berhentila merokok... asap rokok busuk...
Back to top Go down
Shinigami_TWU
SUPERIOR
SUPERIOR
Shinigami_TWU

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : TAWAU
Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348.
Tag ID: : SFC 12348
Points : 12915
Reputation : 27
Number of posts : 2135

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime27/3/2011, 12:26 am

good info... thanks... Tp law dah merokok susah tu maw berenti... kasi kurang2 tu bolehla.... hehehehe
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16976
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime31/3/2011, 7:32 am

nasib baik saya tidak merokok...
untuk yang merokok, gunakanlah nikmat sihatmu sebelum datang masa sakitmu
...
Back to top Go down
Shinigami_TWU
SUPERIOR
SUPERIOR
Shinigami_TWU

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : TAWAU
Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348.
Tag ID: : SFC 12348
Points : 12915
Reputation : 27
Number of posts : 2135

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime31/3/2011, 1:39 pm

Thanks bro... akn diingat nasihat bro itu... tp utk msa skg mmg susah bro... study bha... nak berjaga lagi tyme xm nak hampir ne,, rokok ngan Nescaffe juga jd teman... xpe... boleh dicuba utk dikurngkan.... Thanx d advice bro...
Back to top Go down
CryZee
SENIOR
SENIOR
CryZee

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Points : 11880
Reputation : 2
Number of posts : 836

Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime2/4/2011, 5:46 pm

nice info.. thanks Bagus
Back to top Go down
Sponsored content




Pakar Mata: Rokok rosak mata Empty
PostSubject: Re: Pakar Mata: Rokok rosak mata   Pakar Mata: Rokok rosak mata Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pakar Mata: Rokok rosak mata

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Cara Hidup Sihat-
Jump to: