Serba sikit tentang JDM (Japanese Domestic Models):-
1. Keseluruhan bahagian luaran kenderaan haruslah mengikuti spesifikasi tulun pembuatnya, misalnya:-
Mira Moderno L200
Mira Gino L700
Mitsubishi Townbox BJ (Widebody)
2.
Kelonggaran diberikan kepada model saduran yang tidak dapat menepati
spesifikasi tulen model asal, misalnya versi L200S Avanzato mempunyai 2
pintu sedang model kita mempunyai 4 pintu dan juga model2 lain yang
tidak dapat menjadikan kereta mereka kepada 2 pintu mengikuti
spesifikasi asal akan diberikan kelonggaran 100%
3. Penggunaan betul bahan aksesori asal dari model JDM misalnya, L200 tidak dicampur adukkan dengan bahan L500 adalah wajib.
4.Warna asal JDM juga diambil kira sebagai markah penting.
5. Hiasan dalaman hendaklah menepati model bahagian luaran kenderaan.
6.
Penggunaan enjin JDM digalakkan dan kelonggaran diberikan sekiranya
pemilik tersebut enjin yang berlainan spesifikasinya misalnya:-
Jika model luaran dan dalamannya adalah L500 Moderno, pemilik
menggunakan enjin L200 Xx atau L502 Avanzato, kelonggaran diberikan
terhadap kes-kes begini.
7. Penggunaan sticker mestilah
mengikuti spesifikasi kenderaan tersebut (hanya dibenarkan menggunakan
sticker didalam bilik pameran sahaja).