Mahligai Cham bergolak?
|
SELEPAS perceraian Nora Danish dan Beego,industri hiburan mungkin dikejutkan dengan satu lagi berita pergolakanrumah tangga artis. |
Berbeza dengan kes sebelum ini, ia berlaku dalam keadaan cukupsenyap. Sehingga ramai pihak media dan rakan baik gagal menghidupergolakan itu. Empunya badan dan keluarga memilih untuk merahsiakanperkara itu daripada pengetahuan umum.
Bagaimanapun, tatkalaSelebriti Metro Ahad (MA) menghubungi Charma Adizalilullah Abdul Khalilatau mesra disapa Cham bagi mendapatkan pengesahan, anggota kumpulan VEitu terkejut dan cuba mengalih topik.
Meskipun diasak soalansama berulang kali, dia tetap berdiam. Lama juga memujuk, baru dia akurdengan desakan MA. Sambil menghela nafas panjang, dia mengajukanpertanyaan dari mana MA tahu cerita ini.
“Hairan macam mana media dapat hidu cerita ini. Saya sedaya upaya merahsiakannya daripada tersebar.
“Bukan apa, bimbang ia diperbesar-besarkan dan ditokok tambah hingga mengeruhkan lagi keadaan.
“Ini adalah dugaan terbesar saya dan Kiki Karmila selepas lima tahun kami melayari rumah tangga.
“Saya tidak menyangka jadi begini kerana sebelum ini kami sangat bahagia.
“Bohong kalau saya cakap tak pernah bergaduh, sama seperti pasanganlain pasti ada pasang surutnya. Namun tidaklah sampai hubungantercalar.
“Kami sudah lama kenal hati budi masing-masing.Sebelum berkahwin, kami bercinta enam tahun. Saya tidak faham mengapaselepas 11 tahun, tiba-tiba kami berdepan keadaan seperti ini. Walhalmasing-masing masih saling menyayangi,” katanya sebak.
Yang pasti, pasangan ini berpisah bukan atas kerelaan. Tidakwujud istilah orang ketiga, tetapi kekalutan itu kesan daripada tekananyang mereka hadapi.
Hakikat itu diakui bapa kepada Citta Kaisara, 4, dan Citta Karamina, 2, dan Citta Kamilea, 3 bulan ini.
“Saya betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku. Saya menyalahkan dirisendiri dan lebih memedihkan, anak ketiga kami baru lahir pada 20 Aprillalu.
“Sepatutnya kehadiran Citta Kamilea disambut denganpenuh bahagia, tetapi tidak sangka begini pula jadinya. Apapun, sayaberjanji akan memberinya kasih sayang secukupnya seperti bapa lain. Diadan dua kakaknya darah daging saya, cinta hati saya.
“Saya dan Kiki kini berusaha mencari penyelesaian terbaik. Saya sangat menyayanginya dan anak.
“Saya tidak henti-henti berdoa masalah ini selesai secepat mungkin dan kami dapat bersama semula seperti dulu. Insya-Allah.
“Ini saja yang dapat saya kongsi, selebihnya terlalu peribadi untukdiceritakan. Mohon saya jangan buat spekulasi bukan-bukan, biar kamiselesaikannya,” katanya yang mengharapkan pengertian ramai.