google_ad_client = "pub-6454466075842123";
/* 125x125, created 10/14/08 */
google_ad_slot = "7493073000";
google_ad_width = 125;
google_ad_height = 125;
google_protectAndRun("ads_core.google_render_ad", google_handleError, google_render_ad);
Setelah lebih dua tahun
membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang
hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.
Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul
Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu
Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira
200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga,
saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz
Zulhairi Jaid.sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.
Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak lebih dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda
atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil.
Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan
menegaskan mereka hanya berkawan baik.
Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri
Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka
dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.
Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan
persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidupbermadu
setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda
ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang
ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu
menerusimedia.
Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina
kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu
pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.
KELUARGA BAHAGIA??
INILAH DUIT MASKAHWIN KU..BOLEHLA KITA BUAT LAGU NASYID BERSAMA NANTI EKK!!
TAK PASAL-PASAL ANAK-ANAKNYA DAPAT DUA IBU..MACAM BAPAKNYA SORANG YANG HAPPY..