SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12159
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime25/7/2008, 11:56 am

Gila remaja 16 tahun - Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Dia mungkin ada di depan anda!

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Ru_01.1




HAMPIR kesemua kajian dan penyelidikan awal yang dilakukan ke atas kejadian rogol, di dalam dan luar negara, hanya bertumpu pada insiden yang berlaku. Kalau diselami jauh pun, ia masih menyentuh kesan yang dialami oleh mangsa rogol dan cara-cara menangani punca kejadian tersebut.
Jarang sekali perhatian diberikan kepada bukti yang menghala kepada pesalah. Malah ia berbalik semula kepada mangsa rogol yang dikatakan menggoda pemangsa.
Secara puratanya, empat orang wanita dirogol setiap hari di Malaysia. Ini bermaksud setiap hari kita ‘menggadaikan’ maruah wanita yang mungkin merupakan ibu kepada seorang anak kecil, isteri, pelajar sekolah atau pekerja profesional.
Pada tahun 1980, sebanyak 138 kes rogol dilaporkan kepada pihak polis. Ia satu angka yang kecil. Namun tahun-tahun berikutnya menyaksikan jenayah ini semakin menjadi-jadi.
20 tahun kemudian, jumlah kes meningkat kepada 1,217. Pada tahun 2006, bilangannya ialah 2,431. Apa yang lebih membimbangkan ialah ratusan kes dipercayai tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan holistik dengan mewujudkan keperluan memahami secara mendalam diri perogol.
“Oleh kerana mereka yang bersalah dan melakukan perbuatan keji itu, seharusnya satu penilaian dilakukan ke atas pemikiran, perasaan, pendapat dan perangai pesalah dalam usaha menurunkan statistik,” hujah Dr. Rohana Ariffin, penyelidik bersama dan penyunting buku Rapist & Rape, Who & Why.
Selalunya, orang ramai memberi fokus yang lebih kepada mangsa kerana mereka dianggap memerlukan sokongan moral dan kaunseling.
Sesetengahnya pula terus menuding jari kepada mangsa rogol kononnya merekalah yang menjadi punca kerana mengenakan baju yang seksi, memakai mekap atau kasut tumit tinggi.
Tidak kurang juga keadaan persekitaran yang mendorong kejadian. Pesalah pula bagaikan secara tidak sengaja telah ‘disorokkan’ di belakang tabir.
Dr. Rohana berkata: “Apabila kita memfokuskan kajian kepada pesalah, beberapa soalan berbangkit: Siapakah perogol ini dan mengapa mereka merogol?
“Bolehkah kita memperoleh profil perogol lelaki? Apakah sebab di sebalik seleksi mangsa dan apa yang berlaku sebelum insiden ini tercetus?”
Buku Shame, Secrecy & Silence oleh Dr. Rohana pada tahun 1997 membongkar perkara-perkara tertentu berhubung kejadian rogol, perogol dan agensi yang terbabit.
Namun tinjauan ini terhad kepada 42 orang perogol dan merangkumi penjara di bahagian utara iaitu Taiping dan Pulau Pinang.
Kajian pada tahun 2003 oleh Rachel Samuel, seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, bagaimanapun menjadi penggerak kepada pengklasifikasian perogol.
Kajian selama 10 bulan itu melibatkan temu ramah dengan 90 orang yang telah disabitkan kesalahan merogol. Mereka dibahagikan kepada enam kategori berdasarkan maklumat sosiodemografik, keluarga, persekolahan, sejarah hubungan seksual, kejadian rogol dan tingkah laku perogol itu sendiri.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Ru_01.2TEROWONG yang cerah dan dilalui ramai pengguna dapat mengurangkan risiko jenayah rogol.




Dengan bantuan kira-kira empat orang penyelidik termasuk Dr. Rohana yang merupakan bekas profesor madya di Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang aktivis yang memperjuangkan hak persamaan jantina, Rachel mengunjungi empat buah penjara, yakni di Seremban, Kajang, Sungai Buloh dan Johor Bahru.
Hasilnya, muncul satu petunjuk yang mengejutkan. Data purata umur perogol di negara ini ialah 41 tahun.
Secara lazimnya, 37 peratus penjenayah sumbang muhrim terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas manakala mereka yang merogol kenalan berusia 40 tahun dan ke bawah.
“Statistik ini memperlihatkan sebahagian besar perogol di Malaysia adalah golongan berusia berbanding di luar negara.
Di Amerika Syarikat, misalnya, 80 peratus perogol adalah mereka yang berumur di bawah 30 tahun,” kata Dr. Rohana.
“Berlainan, di Malaysia kita menyaksikan hanya 27 peratus perogol datang daripada kumpulan usia di bawah 30 tahun manakala 13 peratus lagi adalah kumpulan perogol berusia di bawah 25 tahun.”
Adakah trend ini dipengaruhi oleh sindrom usia pertengahan yang dilalui oleh kaum lelaki?
Rachel menjelaskan bahawa kemungkinan kaum lelaki pada usia berkenaan merasakan diri mereka tidak ‘diendah’ oleh wanita.
“Satu sebab ialah kurang tarikan dari segi fizikal. Kedua ialah isu andropaus yang membuat mereka rasa kurang macho.
“Jadi, itu sahajalah yang dipandang berat semasa membuktikan sifat macho ke atas mangsa.
“Bagi mereka, perbuatan sedemikian bukanlah rogol memandangkan tiada penggunaan kekerasan seperti pisau,” jelas Rachel merujuk kepada beberapa pengakuan penjenayah.
Sebanyak 60 peratus daripada perogol yang ditemui, masing-masing bersetuju dengan kenyataan bahawa wanita dicipta untuk memuaskan nafsu lelaki dan bersifat menggoda.
Sebanyak 80 peratus bersetuju bahawa wanita perlu diajar dan ditunjuk jalan yang betul. Tanpa disedari, pengakuan ini menjurus sekali lagi bahawa wanita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan rogol.
Jika anda menerima hakikat di atas, ikuti petikan ini dan renung-renunglah. Seorang perogol berusia 57 tahun yang merogol seorang budak berusia 14 tahun, berpendirian bahawa: “Jika makanan sudah dihidang, kalau saya tak makan, lalat akan datang. Biar saya yang makan.”
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Ru_01.3SESETENGAH orang menuding jari kepada mangsa rogol kononnya merekalah yang menjadi punca berlakunya kejadian tersebut.




Sama juga dengan seorang lagi perogol berusia 55 tahun yang mengambil kesempatan ke atas anak jiran yang berumur 15 tahun kala isterinya mencapai fasa menopaus. “Nak ‘tidur’, bantal pun sampai, kita pun tidurlah.”
Isu kekuasaan ke atas wanita juga ditekankan oleh perogol. Faktor-faktor lain ialah bilangan dan hubungan antara adik-beradik, status perkahwinan ibu bapa, siapa yang membesarkan diri, diskripsi penjaga atau ibu bapa, pengalaman di sekolah dan pendedahan kepada unsur-unsur keganasan.
“Dari segi sejarah hubungan seksual, persepsi dan tingkah laku perogol serta pola pemilihan mangsa cukup menarik.
“Jika anda membayangkan hanya wanita yang berkulit cerah mempunyai kebarangkalian tinggi, 47 daripada 90 perogol yang dikaji menggemari wanita berkulit hitam manis dan gelap.
“Manakala 61 peratus bercitarasakan wanita yang memiliki rambut panjang dan 43 perogol suka pada wanita yang berbadan langsing.
“Ada juga yang tertarik pada wanita kurus,” kata Dr. Rohana. Beliau menambah, 52 peratus perogol berminat dengan wanita dalam lingkungan usia 10 hingga 29 tahun.
Secara perbandingan, statistik tahun 1995 menunjukkan 60 peratus mangsa rogol terdiri daripada mereka yang berusia 16 tahun dan ke bawah.
“Sebab itu kesannya amat buruk jika had umur kesalahan rogol dalam Kanun Keseksaan diturunkan daripada 16 kepada 12 tahun. Mengikut undang-undang sebelum ini, mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis berusia bawah 16 tahun dianggap merogol secara automatik.
“Ini bermaksud seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas kini hanya diklasifikasikan rogol setelah terbukti bahawa dia tidak membenarkan perlakuan tersebut.
“Jika hubungan seksual tersebut berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak, ia tidak disabitkan sebagai kesalahan rogol.
“Persoalan ini tidak wujud sebelum ini jika kanak-kanak perempuan di bawah usia 16 tahun dirogol,” luah Rachel kesal.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Ru_01.4DARI kiri: Rachel, Dr. Rohana, Dr. Ng Yen Yen dan Nanthini.




Sebagai Pengarah Program Wanita untuk Pembangunan Wanita, Era Consumer Malaysia, Nanthini Ramalo yang banyak terlibat dengan aktiviti kaunseling dan membina kendiri yakin pembukuan data-data terperinci ini memberi kesedaran dan kefahaman terhadap jiwa perogol.
“Setakat ini, kami hanya menerima mangsa rogol yang datang mendapatkan kaunseling. Namun buku Rapist & Rape membuka ruang kepada Era Consumer menggambarkan cara pemikiran perogol sebelum menawarkan kaunseling.”
Era Consumer yang menerbitkan 2,000 naskhah buku tersebut, kini mengedarkannya secara percuma di pejabat-pejabat di Petaling Jaya.
Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Dr. Ng Yen Yen mengalu-alukan agar lebih ramai warga muda terutamanya remaja membaca buku setebal 65 muka surat itu.
Bagi mereka yang berminat membaca Rapist & Rape, Who & Why, boleh memuat turun buku tersebut di laman web www.eraconsumer.org.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Ru_01.5
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12222
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime25/7/2008, 12:53 pm

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Ru_01.5
So kpd wanita² sila renungkn n amik info sdikit mngenai informasi di atas.. Yang penting jg diri slalu. Tp kan bkn jak Wanita yg penah kena rogol.. aku penah bc 1 artikel yg lelaki jg mnjadi mangsa rogol oleh wanita? Mmmm dlm kes ni MACAMANA plak? tiada² ka tips² yg brguna utk mngelakkn drpd mnjadi mangsa rogol versi Lelaki?... Mad
Back to top Go down
vamsufer
REGULAR
REGULAR
vamsufer

Points : 12112
Reputation : 0
Number of posts : 485

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime25/7/2008, 4:49 pm

ringkasan kajian rachel samuel tu macam cincai saja lah..

terlampau umum lah...macam tidak habis buat kerja kajian saja ni...bagus dia cakap semua lelaki boleh jadi perogol dan semua perempuan boleh di rogol... hahaha...
Back to top Go down
xiaomao
MODERATOR
xiaomao

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kota kinabalu,sabah
Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361
Tag ID: : 00735
Points : 13777
Reputation : 24
Number of posts : 7994

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime25/7/2008, 4:56 pm

1 sebab ialah orang tiada duit layan rumah pela****n so cari mangsa mana2 saja...
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12008
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime25/7/2008, 5:59 pm

vamsufer wrote:
ringkasan kajian rachel samuel tu macam cincai saja lah..

terlampau umum lah...macam tidak habis buat kerja kajian saja ni...bagus dia cakap semua lelaki boleh jadi perogol dan semua perempuan boleh di rogol... hahaha...

Sokong Very Happy

terlalu umum..tiada kah ciri2 yg lebih spesifik..klu ada boleh juga ku tgk2..jumpa saja trus ludah mukanya..baru MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 11642
Reputation : 0
Number of posts : 1494

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime26/7/2008, 11:39 am

drakult wrote:
vamsufer wrote:
ringkasan kajian rachel samuel tu macam cincai saja lah..

terlampau umum lah...macam tidak habis buat kerja kajian saja ni...bagus dia cakap semua lelaki boleh jadi perogol dan semua perempuan boleh di rogol... hahaha...

Sokong Very Happy

terlalu umum..tiada kah ciri2 yg lebih spesifik..klu ada boleh juga ku tgk2..jumpa saja trus ludah mukanya..baru MANTAP!!?!! Very Happy
ada. check ja yg mereng sket.. hek ehk
Back to top Go down
vamsufer
REGULAR
REGULAR
vamsufer

Points : 12112
Reputation : 0
Number of posts : 485

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime26/7/2008, 12:02 pm

cs..apa yang mereng tu...hahahahaha Laughing
Back to top Go down
scorpions
SENIOR
SENIOR
scorpions

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : sandakan
Points : 12201
Reputation : 3
Number of posts : 677

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime26/7/2008, 4:09 pm

kesimpulannya,semuanya diatas ada pada semua lelaki biasa.takda maknanya kajian ni secara jelas untuk membantu.apa yang boleh dijadikan tips hanyalah hati-hati ngan lelaki lum kawin coz takda duti.dorang ni mgkin desperate .

jgn slalu jln sdri2 kemana-mana.byk mata memerhati termasuk mataku 8)

pakaian tu biarlah 4 meter jan 2meter je(kalo brani pakai jelah) Shocked

terakhir.........

kalo takut kena rogol kena fikir macamana nak jadi perogol.itu kajian aku.hehehe
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime29/7/2008, 12:03 am

nasibla badan aku brisi klu nda abis aku kena rugul,wkakakakaak....
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12250
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime29/7/2008, 10:46 am

Laughing
codeng wrote:
nasibla badan aku brisi klu nda abis aku kena rugul,wkakakakaak....

Laughing Laughing Laughing betul juga... kalau ko ramping siap la ko...codeng
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12222
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime29/7/2008, 1:21 pm

Fadzliey wrote:

Tp kan bkn jak Wanita yg penah kena rogol.. aku penah bc 1 artikel yg lelaki jg mnjadi mangsa rogol oleh wanita? Mmmm dlm kes ni MACAMANA plak? tiada² ka tips² yg brguna utk mngelakkn drpd mnjadi mangsa rogol versi Lelaki?... Mad
<---- aku msh g mncari tip² mngelakkn dr kena rogol dr perempuan.. mmm Adakah??? dont know
Back to top Go down
4x4Drifter
SUPERIOR
SUPERIOR
4x4Drifter

Male
Age : 34
location : Menggatal Kg Paling A
Points : 12063
Reputation : 0
Number of posts : 2547

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime29/7/2008, 9:15 pm

sudah juga bah mo cegah nih perogol nih sorry to say or im sorry for my HarD word ok
:evil: "PangAMpuT WiLL O'WeZ Be PENgaMPuT" :evil:
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/tulangblakangz
ara
JUNIOR
JUNIOR
ara

Female
Age : 37
location : kk
Points : 11643
Reputation : 0
Number of posts : 97

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime29/7/2008, 10:02 pm

codeng wrote:
nasibla badan aku brisi klu nda abis aku kena rugul,wkakakakaak....

ahahah nasib i pun chubby jg Laughing klu slim mesti high risk utk jd mangsa rogol kannn
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime30/7/2008, 5:49 pm

ara wrote:
codeng wrote:
nasibla badan aku brisi klu nda abis aku kena rugul,wkakakakaak....

ahahah nasib i pun chubby jg Laughing klu slim mesti high risk utk jd mangsa rogol kannn
eyaiiii,fikir lugur nie main2ka?? :punch:
jaga2 ko ra....ko 2 cute... dancing
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 11744
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime30/7/2008, 11:31 pm

aisehmen.. bikin takut taw lepas tru baca..
tru lagi ni yg balik jam 10.30~11pm klu dapat shift malam... mataii nah~ lariiii
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 11672
Reputation : 0
Number of posts : 1013

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime31/7/2008, 1:17 am

Na Tru kasi chubby la bdn like me and ara..hahaha
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12222
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime31/7/2008, 7:47 am

ara wrote:
ahahah nasib i pun chubby jg Laughing klu slim mesti high risk utk jd mangsa rogol kannn
progol ni bkn kira kurus ka gumuk ka.. klu dtg angin dia mo mrugul mmm kerbau pun dorang pergi antam.. What a Face
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12035
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime31/7/2008, 9:16 pm

Fadzliey wrote:
ara wrote:
ahahah nasib i pun chubby jg Laughing klu slim mesti high risk utk jd mangsa rogol kannn
progol ni bkn kira kurus ka gumuk ka.. klu dtg angin dia mo mrugul mmm kerbau pun dorang pergi antam.. What a Face
WAH?? ganas jua?? :adoi:
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 46
location : SU, SA, SB
Points : 12008
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime1/8/2008, 1:39 am

bolih-bolih sudah nie.. pale
Back to top Go down
Ah_Pye
REGULAR
REGULAR
Ah_Pye

Male
Age : 35
location : Beaufort-Membakut Sabah
Points : 11582
Reputation : 0
Number of posts : 314

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime1/8/2008, 3:57 pm

jd knp gal bukan perogol?ah...hejhehehe..apa2 pun utamakan keselamatan diri..jgn terpengaruh...
Back to top Go down
hafizZ
REGULAR
REGULAR


Male
Age : 36
location : Kg Petagas - UitM Sabah...
Tag ID: : SFC 03204
Points : 11763
Reputation : 3
Number of posts : 421

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime24/8/2008, 9:52 am

so, berhati - hati la d tmpt awam...
utama kan kslmatan dri...
huhu... Very Happy Very Happy
Back to top Go down
froneTier
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
froneTier

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Jesselton
Tag ID: : SFC 03082
Points : 12310
Reputation : 11
Number of posts : 2208

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime2/9/2008, 8:19 pm

tp ada jg perogol yg suka budak2,.yg ni ciri2 dia apa pula? :roll:
Back to top Go down
hantukubur
MODERATOR
hantukubur

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : KK
Tag ID: : SFC 03473
Points : 11657
Reputation : 0
Number of posts : 1331

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime16/9/2008, 12:26 pm

Nasib aku cam tengkorak... klu tidak kana rogol jgk aku nihhh... LOL
Back to top Go down
http://hantukubur-gigabyte.blogspot.com/
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 37
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12179
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime13/10/2008, 2:49 pm

tp ada jg perogol yg suka budak2,.yg ni ciri2 dia apa pula? :roll:


wah aku rasa tu ciri-ciri yang lagi merbahaya.. mau main budak hehe.. menakutkan lah tu
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
Silent_Night
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Silent_Night

Male
Age : 36
location : Keningau-Kota Kinabalu
Tag ID: : 3910
Points : 11644
Reputation : 1
Number of posts : 1137

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime5/1/2009, 8:04 am

relax hmmm...kena tetapkan iman skit eh....nafsu nie kuat betul...so sblm ada fikiran buat apa2...byk2 kan amalan mu...
Back to top Go down
Sponsored content




Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: